Dah selesai makan, kami bergerak ke Masjid Jamek Bandar Tangkak yang terletak hanya lebih kurang 1 km dari kedai makan tadi. Ride, ride juga, solat jangan dilupa..
|
1415hrs @ Masjid Jamek Bandar Tangkak,Johor |
|
Alamak pegawai JPJ datang check motor!! |
Ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki ke masjid ni. Hati terpaut kepada senibina masjid ni semasa sesi menyusun route untuk ride ni tempoh hari. Darah senibina tu masih ada tau walau tak praktis hihi.. Di luar masjid tersergam sebuah bangunan dengan bentuk yang unik, dipercayai adalah bangunan masjid lama Tangkak. Binaan ini dikekalkan di tengah kawasan masjid yang baru & dijadikan sebagai Pusat Pengajian Al-Quran Ledang.
|
Ruang solat utama |
Seperkara lagi yang menarik di negeri Johor ni adalah kesemua masjidnya menggunakan konsep warna yang sama, biru & putih. Kalau tak percaya cuba perhatikan jika ke negeri Johor, warna biru, putih disertakan dengan bendera negeri yang berkibar megah. Seragam & menarik!!
|
Bangunan masjid lama yang dikekalkan |
Selesai solat & berehat seketika, kami meneruskan perjalanan menuju ke destinasi seterusnya, Gunung Ledang. Memandangkan waktu agak singkat kerana ini adalah 'day ride', cukuplah sekadar singgah sebentar di pintu utama Taman Negara Gunung Ledang untuk mengabadikan sedikit kenangan bersama.
|
1510hrs @ Taman Negara Gunung Ledang,Johor |
|
Pemandangan yang sememangnya memukau pemikiran aku seketika |
|
Kau panas kau kipas |
|
Susunan kuda besi dari kiri - abg Zul, Zul, aku, cikgu Shah, abg Masri, Joe, Mirul, Akashah, ust Lutfi & Johan |
|
Gambar ihsan Mirul |
Dah selesai berposing lebih kurang, kami bergerak menuju ke destinasi utama, Bukit Kepong. Perjalanan agak mencabar dek kerana trafik yang sibuk di jalanraya yang berselekoh & agak sempit. Bermula lah sesi potong memotong hinggalah ke simpang 3 menghala ke Bukit Kepong.
Masing-masing dah berhenti & berkumpul di simpang, tiba-tiba kelihatan Akashah & cikgu Shah tak membelok. Ahh sudah!! Selaku rider dengan tunggangan di selekoh ala-ala Randy Mamola, Joe pun mengejar mereka berdua. Lama juga kami menunggu, hampir 20 minit akhirnya mereka bertiga pun tiba. Masing-masing ketawa terbahak, mana taknya, Akashah & cikgu Shah kononnya mengejar kami di depan, memang dipulas abis la throttle. Hahaha tak cukup nafas Joe mengejar mereka berdua. Nasib baik ada traffic light sebagai penyelamat, kalau tak mau sampai Segamat!!
"Haa baru kamu tau Honda memang laju, selalu kata Yamaha - Semakin Di Depan, ini 'Semakin Mengejor" kata abg Masri kepada Joe ahahahaha..
|
Terbukti 6-speed DOHC lebih 'nakal' hahaha - gambar ihsan ust Lutfi |
|
Selesai sesi kejar mengejar, moh le kita - gambar ihsan Mirul |
Akhirnya jam 4.15 petang, kami berjaya tiba di Galeri Darurat Bukit Kepong. Tak jauh mana pun dari Gunung Ledang tadi, lebih kurang 30 km je hehe..
|
1615hrs @ Galeri Darurat Bukit Kepong,Johor |
"Susun motor elok-elok bang, baru la nampak konvoi, cantik sikit nak ambil gambar" kata abang polis di pintu masuk. Hehe mungkin memang tugas mereka untuk memastikan tempat ini sentiasa dalam keadaan kemas & teratur.
|
Alhamdulillah touring kami ke sini kali ini |
|
Sungai Muar menjadi saksi peristiwa hitam Balai Polis Bkt.Kepong |
|
Antara aset polis dalam menjaga keamanan negara |
Dalam kejadian tersebut, sekitar 25 orang anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota Polis Marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru. Dalam kejadian ini, 17 orang anggota polis dan hampir 40 orang komunis telah terkorban.
Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik dalam penyembelihan berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis. Apabila mereka memulakan pengepongan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat. Ini disebabkan faktor kelebihan senjata dengan jumlah keanggotaan yang ramai & keadaan balai polis yang terpencil."
Sumber Wikipedia
|
Gambaran bagaimana bermula serangan sehinggalah kemusnahan balai polis |
|
Tayangan petikan dari filem Bukit Kepong |
|
Insaf sungguh mereka ini |
|
Design tingkap lama yang dimodenkan |
Minat untuk mengetahui sejarah peristiwa Bukit Kepong dengan lebih mendalam membuatkan kami terleka. Galeri ini memaparkan latar belakang kominis beserta barang-barang tinggalan mereka, pendudukan mereka di Tanah Malaya, keadaan ketika serangan, keadaan negara semasa darurat, pembentukan Malaysia & pelbagai info lagi. Sesuatu yang wajar untuk kita ambil ikhtibar, selain menanam semangat patriotik untuk pertahankan tanah tumpah darah kita.
Al-Fatihah buat wira-wira Bukit Kepong..
Selesai sesi pembelajaran sejarah, lebih kurang jam 5.15 petang kami kembali menggolekkan tayar. Nak cari minum petang katanya, kami menuju ke Bandar Muar. Menghala ke Muar, kami menggunakan Jalan Muar-Labis (Route J32). Seperkara yang bagus negeri Johor adalah keadaan jalanraya yang elok, tak berlubang-lubang seperti di tempat sendiri hehe.. Mungkin kerana setiap tahun diadakan Kembara Mahkota Johor, maka keadaan jalanraya memang sentiasa dalam keadaan baik. Siapa yang untung? Rakyat juga kan..
|
Gambar ihsan Mirul |
|
1745hrs @ Pekan Pagoh,Johor |
|
Berhenti sat sebab ada yang kehingan skru no.plat hihi |
|
1815hrs @ BHP Bkt.Pasir,Muar,Johor |
Oleh kerana masing-masing tak pasti nak menghala ke mana, aku pun mengajak ke Medan Selera Bentayan. Hahaha ke sini lagi kita Joe. Mungkin ada yang kata makanan di sini tak lah sesedap mana, tapi aku suka konsep tempat makan sebegini, lebih santai & tenang. Nak makan pun ada banyak pilihan.
|
1845hrs @ Medan Selera Bentayan,Muar,Johor |
Keadaan yang sama semasa
Ride Selatan tempoh hari, melepak hingga hari gelap hihihi.. Mi bandung, murtabak, nasi goreng cili api, yong tau fu & satar menjadi pilihan kami. Nak balik jauh lagi ni, kena la isi tenaga cukup-cukup hehe..
Hampir jam 8.00 malam, barulah kami bergerak semula. Dari Bandar Muar, kami terus ke exit Highway PLUS & menghala ke R&R Ayer Keroh untuk berhenti mengisi minyak. Oleh kerana ada yang dah mula keletihan & terasa 'hilang punggung' dek seharian ride, kami melepak lama sedikit di sini. Tak ada apa yang nak dikejar memandangkan keesokan harinya adalah hari Ahad, tak perlu paksa diri sendiri. Kalau ada yang letih kita rehat, kalau mengantuk kita tidur lah hahaha..
|
2040hrs @ R&R Ayer Keroh |
|
Penglipurlara mesti duduk tengah hahaha |
|
Jauh menung orang bujang sorang ni |
Bila masing-masing dah rasa ok, kami menyambung semula perjalanan. Dari R&R Ayer Keroh, kami berhenti pula di R&R Seremban untuk solat jama' ta'khir, minum & mengisi minyak. Lagipun ni adalah hentian terakhir untuk semua bersama sebelum berpecah pulang ke rumah masing-masing.
|
2200hrs @ R&R Seremban |
|
Walau baru pertama kali jumpa & ride bersama, tak kering gusi borak dengan abg Masri |
Dah puas berehat & bergelak ketawa, kami pun berangkat pulang, Alhamdulillah tepat jam 12.00 malam aku tiba di rumah. Dah biasa ride dua hari, bila ride sehari rasa macam tak puas pula hahaha.. Apapun terima kasih pada semua yang terlibat dalam menjayakan Ride Bukit Kepong 2017 ini. Aku bukanlah ketua tapi sekadar penyusun jadual untuk memudahkan pergerakan, yang penting adalah kerjasama dari semua yang boleh bersatu hati dalam apa jua keadaan.
So next week inshaAllah dah masuk bulan Ramadhan, aktiviti ride dibekukan seketika sehingga selepas raya kot - diri sendiri pun tak boleh jamin hihi.. Selamat berpuasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak, jom kita pulun buat amal ibadah di bulan yang penuh keberkatan nanti.
- matthafidz-
#ridebukitkepong2017
#kapcaitourer
#letsride
#everyonecanride
No comments:
Post a Comment