Tuesday 15 March 2016

Cameron Highlands Lagi @ 11/02/16

Ride, ride juga. Masa dengan famili jangan dilupa. Tak lama selepas 'Ride Daun Teh' aku tu, wife mengutarakan hasrat untuk bercuti. Kali ni buat kelainan sikit, asyik stay kat hotel je bosan juga, kita bercuti di kampung pula.

Memandangkan destinasi kami adalah Kuala Kangsar, Perak, wife mencadangkan untuk singgah di Cameron Highlands dahulu. Anak-anak pun excited nak tengok pokok strawberi haha.. Maka pada pagi 11/02/16, kami pun bertolak dari Klang. Kali ini aku pilih laluan Simpang Pulai untuk sampai ke Cameron Highlands. Bagi aku, laluan Tapah agak kurang sesuai kerana banyak selekoh pendek yang memungkinkan famili aku pening & keadaan jalan yang tak berapa elok.

Breakfast di R&R Tapah
Lebih kurang jam 9.30 pagi kami tiba di R&R Tapah & berhenti seketika untuk bersarapan. Sejam juga lah berada di sini, biasalah ada yang nak ke tandas la, itu la, ini la hahaha.. Perjalanan diteruskan menuju ke exit Simpang Pulai. Trafik agak sibuk di sini memandangkan masih lagi berada dalam cuti sempena Tahun Baru Cina. 

Perjalanan melalui laluan Simpang Pulai - Cameron Highlands agak selesa. Cuma bila memandu kereta bergear auto melalui selekoh & mendaki ni perlu berhati-hati mengawal pedal minyak agar gearbox tak kepenatan. Terima kasih Toyota untuk gear 'sportshift' yang membuatkan perjalanan lancar seakan kereta manual. Terima kasih juga kepada Rosli Smart untuk setup suspensi yang mantap & selesa. Jam 12 tengahari, kami berhenti seketika menikmati keindahan alam menuju ke Cameron Highlands..




Di sini kita boleh melihat laluan yang telah kita lalui sebelum ini. Subhanallah memang cantik pemandangan. Perjalanan diteruskan menuju ke Brinchang, tapi malangnya punya la ramai umat, jem lah pulak!! Adehh ingatkan masa menyupir je jem, nak bercuti pun kena juga hahaha.. Hmm apa nak buat layan je lah.






Sambil melayan jem, curi-curi ambil gambar hehe.. Oleh kerana terlalu panjang jem, aku buat keputusan untuk berhenti di tempat pertama yang mempunyai ladang strawberi. Budak-budak pun dah bosan duduk dalam kereta. Akhirnya jam 1.45 petang sampai lah kami di Cameron Lavendar Garden - ada kebun strawberi & bunga. Ok lah ni. Apa-apa hal isi perut dulu lah. Kemudian kami terus masuk ke dalam Lavendar Garden untuk bersiar-siar. Walaupun ramai pengunjung tapi kawasan yang disediakan agak selesa dengan surau tersedia untuk bersolat.


Nasi goreng ayam sambal strawberi, air strawberi, segalanya strawberi haha





Tercapai hajat Qaisara nak makan strawberi tapi malangnya 2 kotak tercicir entah ke mana, apa nak buat bukan rezeki









Jam 4 petang, masing-masing dah keletihan berjalan kaki. Luas juga kawasannya, ditambah pula dengan keadaan kawasan yang berbukit, memang agak letih la berjalan. Pokok strawberi dah kenal, kita cari pokok daun teh pulak hehe.. Destinasi seterusnya, Boh Tea House yang berada di laluan pulang ke Simpang Pulai. Memang sengaja aku memilih lokasi ini kerana tak larat nak menghadap jem ke pekan Brinchang.






Di sini terdapat perkhidmatan buggy yang boleh disewa & juga safari trak untuk bersiar-siar di sekitar kawasan ladang. Selesai bersiar-siar di ladang teh & meneguk teh yang boleh tahan juga harganya, jam 5 petang kami bertolak menuju ke Kuala Kangsar pula. Ketika ini, hujan mulai turun. Perjalanan turun ke Simpang Pulai agak mencabar oleh kerana selekoh yang licin & perlu lebih berhati-hati. Malang tak berbau ada 2 kemalangan terjadi di sepanjang laluan ini. So hati-hatilah ye..


Lokasi yang sama sewaktu perjalanan pergi, hujan mulai turun & sangat sejuk ketika ini

My lovely wife hehe


Alhamdulillah jam 7.15 malam kami tiba di kawasan Kuala Kangsar, Perak & terus menuju ke destinasi seterusnya - Syamille Agro Farm

No comments:

Post a Comment