Sunday 13 March 2016

Motor Meganathan

Pheww agak sibuk hidup ni bila dah menyupir, maka tergendala la kisah-kisah 'throwback' ni. Haa berapa banyak 'throwback' daa.. Bukan apa, sengaja nak kongsi perjalanan kisah aku & jalanraya ni. So selepas jual BLC139 aku tu, lama juga la takde motor. Bosan juga sebenarnya. Memang kurang kepentingan tapi payah juga nak ke kedai haha.. Tak lama lepas keluar limo tu, fikir punya fikir, kena cari satu motor murah-murah la. Dalam fikiran nak beli RXZ, lagi pulak masa tu tengah heboh masing-masing meng'NOS'kan RXZ, tapi macam leceh pulak, maklumlah dah biasa dengan kapcai. 

Tiba-tiba teringat ada sorang kawan ex-UIA dulu pernah bagitau nak jual motor yang dia pernah guna masa study dulu. Bila tanya "Ada kat Melaka adik ipar aku simpan. Tak guna dah parking saja, hang tau la budak-budak la ni mana nak guna motor macam tu" Ok canteklah!! Setelah deal harga semua, aku pun ajak Reza @ Keker bawa truck bosnya pergi ambil motor kat Melaka..



Ni gambar yang owner wasap pada aku hihi
Fuhh selamat sampai rumah, enjin hidup, dokumen complete tapi body barai hihi
Haha macam kelakar pun ada beli Suzuki RG110 Sports nih. Tapi kalau compare dengan motor sezamannya - Yamaha SS110, RG ni lagi syok bawa sebenarnya, lebih laju & yang penting tak bergegar. Cuma motor yang aku beli ni dah di'convert' coverset RGV120. Macam biasa la, bila dah ada motor mesti nak 'touch-up' bagi hensem & sempurna. Belek punya belek, banyak pula part nak kena tukar & beli. Pastu survey kat kedai, payah pula nak dapat barang original Suzuki ni aduhh, tak macam RXZ bersepah lagi barang-barangnya. Tapi dah namanya rezeki, ada pula brader sorang ni nak jual sebijik RG Sports yang agak sempurna tapi enjin jem. Motor ni pun sebenarnya dia nak buat projek motocross, tapi tergendala kerana dah berkerusi roda selepas kemalangan jalanraya tak lama dulu.


RG ke-2 siap ada sportrim lagi hahaha
Dengan bermodalkan kurang RM800, aku berjaya membeli dua biji RG Sports hahaha.. Kebetulan pula sama warna, biru itu menawan katanya. So kerja-kerja pembaikan pun bermula & Ijal menjadi pomen aka mangsa untuk memberi nyawa kat motor Meganathan nih. Akhirnya jadilah sebuah motor yang sempurna (roadtax hidup tau)..


Kalau masuk rim GTO atau AR125 mesti meleleh macam zaman kegemilangannya dulu
Ada yang gelar motor Meganathan (legend cubprix), ada yang gelar motor mat indon, arrgghh lantak la janji aku boleh ronda-ronda naik motor hahaha.. Yang ni tak jalan jauh sangat pasal malas nak melayan minyaknya yang boleh tahan 'parak'nya tapi lepas juga la ke KL. Jadilah untuk lepaskan gian memulas throttle kan. Nak ride pun bukan ada masa sangat kalau dah sibuk menyupir..

2 comments: