Saturday 21 May 2016

Ride Ganja @ 17/04/2016

Pheww.. Setelah sekian lama akhirnya dapat juga menjenguk blog yang dah naik bersawang ni. Bulan 4-5 ni memang agak sibuk, sibuk dengan kerja, kenduri kendara & yang paling sibuk bila si puteri no.3 kena admit seminggu kat hospital bulan lepas. So bila dah banyak cuti, kena la cover semula apa yang patut, maklumlah kerja takde payslip macam ni la kan. Ni pun dah sebulan lebih lepas ride baru nak mengarang cerita hehe..

Dalam sibuk dengan pelbagai urusan, ride tetap ride hehe.. Macam biasa si Ijal menjadi 'pembakar line', minat pulak ko sekarang ni ye hahaha.. So selepas plan lebih kurang, kami merancang untuk pekena Nasi Ganja @ Ipoh.


Seperti biasa kalau aku punya route, aku tak nak lalu route yang sama untuk pergi & balik. Dah nama pun ride santai, menjelajah tempat orang & menikmati keindahan alam Allah kan. Jarak ride kali ni lebih kurang dalam 480km, itu ukuran dari Google Maps, realitinya belum pasti.

Maka pada jam 8 pagi 17/04/2016, kami pun berkumpul di Bandar Puteri Klang untuk memulakan perjalanan. Kali ni kami berempat.  Ijal bawa LC135 nya yang baru 'direstore', Joe pula bersemangat dengan Y15 yang masih bau kedai & sorang lagi Faiz dengan LC135. Faiz ni dulu rakan kerja masa kat Bukit Raja dulu. Saja je bakar-bakar sikit ajak pergi ride, jadi pulak la haha..

Starting point biasa @ Bandar Puteri Klang, senang bole isi minyak, sarapan & terus masuk KESAS Highway
Tayar golek bermula lebih kurang jam 8.30 pagi. Dari Klang, menggunakan Highway KESAS & PLUS untuk menuju ke Ipoh. Alhamdulillah cuaca agak baik pagi tu. Dengan kelajuan 110-120kmh, jam 10.30 pagi kami tiba di Hentian Sebelah Tg Malim. Kami pun berhenti seketika untuk mengisi minyak & berehat.


Masing-masing muka segar lagi nih hehe..
Selesai sesi berehat & mengambil nafas, kami meneruskan perjalanan. Plan asal nak keluar di exit Simpang Pulai tapi terpaksa keluar di Gopeng kerana ada yang perlu mengisi minyak. Mana taknya motor standard layan full throttle memang parak la hahaha..

Faiz, aku curik gambo ke ye
Perjalanan diteruskan dengan Faiz sebagai leader, yang lain follow saja sebab dia dah biasa selok belok jalan di Ipoh. Maklumlah kampung pun kat Bidor memang dah pakar la kan. Lebih kurang jam 12 tengahari kami pun selamat tiba di kedai Nasi Ganja Ipoh, setelah menempuh berapa punya banyak traffic light daa..

Nasi Ganja Ipoh
Tadaa.. Inilah dia kedainya. terletak di Jalan Yang Kalsom, Ipoh, Perak. Konsep sama macam kedai nasi daun di Klang, kedai kopi cina tapi pengusaha makanannya adalah mamak. Kedai endlot yang simple je tapi yang beratur nak makan & tapau makaih panjang giler. Kalau ikut cerita kawan-kawan lain, inilah satu-satunya kedai nasi ganja. Kalau yang nama 'Vanggey' tu dah kategori lain.







Oleh kerana ramai bebenor orang, terpaksa la tunggu turn untuk makan. Dalam kedai tak payah ceritalah memang padat dengan pelanggan. Tunggu punya tunggu akhirnya dapat la tempat di luar kedai, di tepi lorong bawah payung. Cuaca ketika ni agak panas jugalah sampai ada yang berpeluh-peluh makan haha.. Tapi sedap punya pasal kita layan je la kan..



Tengok nasi macam kandar biasa je, tapi kelainannya pada kuah. Memang marbeles!! Tak percaya korang pergi la try sendiri hehe.. Dah kenyang dengan nasi ganja & bergelas-gelas air, kami pun menggolekkan tayar semula. Kalau ikut hati nak lepak lagi tapi memandangkan ramai yang menunggu, bagi la laluan pada mereka pula kan. Ok selesai misi utama.

Dari Ipoh, kami bergerak ke Highway PLUS melalui exit Simpang Pulai. Kemudian kami keluar semula di exit Tapah untuk meneruskan misi seterusnya. Jam 2 petang, kami tiba di pekan Tapah & singgah seketika di Masjid Jamek Tapah untuk solat & berehat. Maklumlah dah kena nasi kandar, mata pun serupa ada gam la hahaha..


Masjid Jamek Tapah
Masjid yang terletak di tepi Sungai Batang Padang ni kelihatan agak baru. Tak pasti samada benar-benar baru ataupun masjid lama yang telah 'diupgrade'. Sepanjang hidup aku, ni baru kali kedua kot masuk pekan Tapah ni hehe..Lokasi masjid ni memang agak strategik, mudah dilihat dari laluan utama/

Solat sudah, sesi meregangkan urat pun sudah, tayar bergolek kembali menuju ke Bidor. Sebenarnya plan asal yang dicadangkan Joe melalui kawasan Batu Gajah & Bota, tapi sebab Faiz nak singgah sebentar di rumah makciknya yang telah mengadakan kenduri kahwin sehari sebelum tu, kami pun mengubah laluan. Singgah salam la senang cite hehe..

Jam dah menunjukkan jam 3 petang, target nak sampai Klang jam 7 malam. Hmm sempat ke tak ni ye.. Dari Bidor kami meneruskan perjalanan ke Teluk Intan. Sempat juga singgah di gerai buah-buahan, dapatlah Joe tapau barang seplastik jambu.


Ride punya ride, langit dah makin gelap. Ahh sudah, perjalanan jauh lagi ni. Akirnya hujan pun turun dengan lebatnya haha.. Dalam box ada je baju hujan tapi sebab yang lain takde, tak payah pakai la. Lagipun lama tak main hujan wehh.. Kami berhenti seketika di bus stop, bincang punya bincang, kami sepakat untuk redah. Perjalanan diteruskan dengan penuh berhati-hati. Di pertengahan jalan, kami singgah mengisi minyak di kawasan Sungai Manik. Redah punya redah, akhirnya hujan pun reda. Dapatlah mengeringkan badan sikit sebelum sampai di Teluk Intan.

Jam 4 petang, kami tiba di pekan Teluk Intan. Tempat tuju dah tentulah mercu tanda kawasan ni, Menara Condong Teluk Intan. Aku dah pesan dengan Joe ini adalah checkpoint wajib haha.. Inilah kali pertama aku tengok depan mata menara ni sepanjang 36 tahun hidup, tu yang bersemangat nak tengok. Elok pula ada kedai makan di depan menara ni, kami pun melepak la minum sebentar. Konon minum je tapi ada juga yang memesan laksa haha.. Apapun boleh tahan sedap juga laksa kat sini.

Ok dah sampai!
Alamak langit dah gelap semula
Sejarah Menara Condong Teluk Intan

Haa nampak menara kat belakang tu
Selesai minum lebih kurang, kami pun bergerak ke destinasi seterusnya. Tapi belum pun sempat keluar dari kawasan menara, hujan pun turun dengan lebatnya. Apa lagi, mandi hujan lagi la haha.. Alhamdulillah hujan tak berpanjangan & berhenti sebelum tiba di persimpangan Hutan Melintang, Perak.

Dari Teluk Intan, Perak, kami bergerak ke Sg.Besar, Selangor. Timbul pula idea nak menikmati pemandangan bendang. apa lagi Joe selaku leader kali ni pun membelokkan tayarnya menuju ke arah 'Ban Canal' apabila tiba di kawasan Sg.Haji Dorani. Lupa pula nak snap gambar ban canal, maklumlah dah biasa dari zaman sekolah dulu. Kalau yang tak tau macam mana rupa ban canal & apa fungsinya, korang google je la ye.


Kawasan hutan belakang tu dipisahkan dengan kawasan bendang oleh ban canal

Simpang Lima, Sg.Besar, tak jauh pun dari rumah orang tua Joe hehe

Selesai sesi bergambar, kami pun meneruskan perjalanan. Dengan badan yang lembab-lembab angkara mandi hujan, dah tentu perut pun keroncong haha.. Laluan alternatif di ban canal ni menghubungkan Sabak Bernam - Tanjung Karang, so tak perlu nak keluar semula ke jalan utama.

Belum sempat sampai kawasan Tg.Karang, motor Faiz dah kehabisan minyak. Joe & Ijal dah jauh ke depan, maka aku lah jadi 'tow-truck' nampaknya hahaha.. Stesen minyak terdekat hanya di jalan utama. Perghh jauh jugak tu. Slow-slow aku tunda hingga ke kawasan Sawah Sempadan, Tg.Karang, aku 'pass baton' kepada Ijal & Joe yang dah setia menunggu..


Sesi tunda menunda di Sawah Sempadan, Tg.Karang
Selesai mengisi minyak di Sg.Sireh, Tg.Karang, kami terus menuju ke Warong Soto di kawasan Pasir Penambang, Kuala Selangor. Kalau nak tau, kedai ni ada cawangan ni Bandar Bukit Raja Klang. Dah nama pun keturunan jawa, memang kena la dengan tekak aku haha.. Selain soto, ada juga pecal, laksa & pelbagai menu di sini.

Warong Soto, Pasir Penambang, Kuala Selangor


Lapar ye Jal ;p
Makan sudah, tapau pun sudah, tibalah masa untuk ke destinasi terakhir - Klang. Jam 6.50 petang, kami pun menggolekkan tayar masing-masing. Alhamdulillah aku selamat tiba di rumah pada jam 8 malam, lewat 1 jam dari perancangan awal, tapi ok la kan, banyak aktiviti ride kali ni hehe..


Untuk ride kali ni, total jarak sejauh 537.6km dengan kos..

Petrol;
1. Caltex Bandar Puteri Klang - RM5 (kasi full tank dengan balance yang ada)
2. Shell R&R Tg Malim - RM6
3. Shell Gopeng - RM4
4. BHP Sg.Manik - RM5
5. BHP Tg.Karang - RM6

Makan/minum:
1. Breakfast @ Klang - RM3
2. Air mineral - RM2
3. Lunch @ Ipoh - RM10 (bayar air je)
4. Minum @ Teluk Intan - RM13 (aku pulak bayar semua)
5. Minum petang @ Kuala Selangor - RM15 (siap tapau)

Bukan jarak & masa jadi ukuran, tapi pengalaman yang dicari. Ada orang kata alang-alang ride jauh baik lintas border terus. Haa yang tu memang dalam perancangan, tapi aku nak jelajah Malaysia ni dulu. Banyak lagi tempat belum sampai. Kalau ikut plan Joe, memang banyak tempat nak dituju, cuma masa tak mengizinkan. Apa pun terima kasih pada kawan-kawan yang ride bersama kali ni. InshaAllah lepas ni kita ride lagi hehe..

Ke mana pula?? Tunggu..


#letsride
#everyonecanride