Sunday 24 December 2017

Ride Kemaman @ 30-31/08/2017 (Solo Ride)

Entah kenapa 1-2 bulan ni hati aku ni terpanggil untuk ke Terengganu. Bukannya ada skandal kat sana pun hahaha tapi macam rindu nak tengok pantai di sebelah sana. Dah beberapa kali juga cuba buat 'adhoc ride' dengan Joe tapi gagal sebab tak kena masa.

31 Ogos tahun ni hari khamis kebetulan jatuh sehari sebelum Hari Raya Aidiladha, so maknanya cuti panjang la. Sekolah pula memang cuti seminggu. Tiba-tiba datang idea nak ride solo ke Pantai Timur. Kebetulan masa tu tengah serabut dengan macam-macam benda, ok aku nak 'reset' sekejap. Bak kata sorang kawan - otak seminit. Terlintas di kepala, basuh motor, siapkan apa yang patut & terus start motor haha.. Maka petang 30 Ogos 2017, jam 7.00 malam aku terus menuju ke Caltex Bandar Puteri, isi minyak & terus turun ke KESAS Highway.

Dari KESAS Highway, aku meneruskan perjalanan menuju ke NKVE, Duke & Karak Highway. Keadaan trafik agak sibuk pada malam tu memandangkan 1 September adalah Hari Raya Aldiladha, jadi ramai lah warga kota yang menuju pulng ke kampung.

Lebih kurang jam 9.00 malam, aku tiba di Petronas Bentong (Highway Karak). Berhenti seketika untuk mengisi minyak & solat. 

2100hrs @ Petronas Bentong, Karak Highway, Pahang

Ramai juga yang ride pulang ke kampung, so ramai la teman malam ni hihi..
Dari Petronas Bentong, aku meneruskan pejalanan ke Highway LPT & berhenti pula di Shell R&R Temerloh. Adat naik kapcai setiap 100 kilometer kena la top up minyak hehe.. Tapi dia punya que perghh sampai ke R&R. Nasib baik naik motor bole la menyelit dengan geng motor. Niat nak guna debit kad kat pam terbantut sebab takde mesin. Adehh la.. Kebetulan brader 125ZR ni pun tengah que nak bayar, terus aku 'kirim' sekali hihi..

2215hrs @ Shell R&R Temerloh, Pahang

Tu dia que nak bayar, payah juga tak bole guna kad di pam
Sambil isi minyak, sempat la borak dengan brader 125ZR ni. Dari Nilai nak pulang ke Kuantan katanya. Selesai isi minyak, dia minta izin beredar dulu manakala aku melepak kejap di tepi jalan.


Dari R&R Temerloh, aku meneruskan perjalanan & berhenti pula di Petronas R&R Gambang. Selesai isi minyak , sempat berehat & berborak sekejap dengan brader RS ni yang bekerja dengan syarikat pembekal barang-barang oil & gas. Dari Klang nk pulang ke Kuala Berang, Terengganu katanya. Tu dia lagi jauh. Hampir jam 11.50 malam, kami pun bergerak bersama-sama, tapi dia keluar di exit Gambang sebab nak bermalam di Kuantan dahulu, manakala aku meneruskan perjalanan menuju ke exit Jabor. Keadaan trafik mulai lengang selepas exit Gambang, hmm camne pula kalau LPT2 ye hehe..

2330hrs @ Petronas R&R Gambang, Pahang
Perjalanan dari exit Jabor menuju ke Cherating memang agak mencabar kerana gelap tiada lampu jalan. Trafik juga lengang & hanya aku sahaja motosikal pada ketika itu. Hahaha redah je la. Selesai jalan dua lane yang lengang, kena redah pula jalan berselekoh yang gelap di kawasan Cherating. Memang kena berhati-hati memandangkan sesekali berselisih dengan kenderaan yang agak laju. Walau bagaimanapun, 'confident' tu ada sebab aku dah pernah dua kali redah jalan ni pada waktu tengah malam sebelum ni semasa bawa limo dulu.

Alhamdulillah akhirnya jam 12.40 malam aku selamat tiba di pintu gerbang Pahang-Terengganu. 

0040hrs @ Kemaman, Terengganu
Dah sampai tempat yang dituju, aku pun mencari tempat untuk bermalam. Mula-mula rasa nak bermalam di masjid sahaja tapi macam kurang berani pula sorang-sorang hihi.. Kalau berteman ok juga kot. Aku pun meronda di pekan Chukai mencari hotel. Hotel ke-3 baru la dapat harga berpatutan. Ok lah ni janji boleh berehat & tidur. 

0100hrs @ Hotel Sri Buana, Kemaman, Terengganu
Walaupun bukanlah hotel baru, kelihatan macam hotel tahun 90an tapi memang selesa. Ada aircond, water heater & wifi, yang penting boleh berehat dengan selesa.

Menguap je lebih, pejamnya tak

Biar TV dengan harapan dia tengok aku tapi memang aku yang terkebil-kebil tengok dia haha..

Niat di hati nak keluar selepas subuh mencari matahari terbit, tapi mata tak boleh lelap la pulak!! Pusing sana, guling sini, sedar-sedar dah jam 4 pagi. Mata mengantuk tapi otak dok berfikir macam-macam benda haha.. Tak tau jam berapa aku lena, yang pasti aku terjaga jam 6.40 pagi. Adehh rosak program nampaknya haha.. Takpelah buat apa yang termampu, solat Subuh & berehat seketika, jam 7.45 pagi baru aku turun.

Pemandangan dari tingkap bilik
Dari hotel aku bersantai pulas throttle menuju ke kawasan persisir pantai di Kuala Kemaman. Keadaan bandar agak lengang pagi ni, mungkin sebab cuti Hari Kebangsaan, masing-masing lelap lagi kot hehe..

0800hrs @ Bandar Kemaman, Terengganu


Jeti LKIM Kuala Kemaman, Terengganu




Dataran Kuala Kemaman, Terengganu


Panas sehh..


Niat hati nak meninjau aktiviti di jeti LKIM di Kuala Kemaman, tapi belum ada bot yang pulang dengan hasil tangkapan lagi. Maka aku pun bersiar-siar di sekitar Kuala Kemaman, menikmati suasana kampung di persisir Laut China Selatan ini. Dah puas menikmati suasana di sini, masa untuk cari sarapan. Kelihatan sebuah gerai makan berdekatan Masjid Kuala Kemaman, ok jom kita sarapan sat.



Makang nasi dagang la

Tumpang sarapan katanya
Walaupun hanya sebuah gerai di kawasan kampung, kelihatan tak putus-putus pelanggan yang kunjung tiba. Memang tak menang tangan nampaknya si tuan kedai. Nasi dagang pun boleh tahan sedap, disertakan dengan sebungkus keropok ikan & nescafe tarik, harga RM6.50 memang ok la kan.


Selesai makan, aku menuju pula ke Pantai Teluk Mak Nik. Kalau dalam Gmaps memang tak jumpa sebab namanya Monica Bay, dasat juga Mak Nik jadi Monica hihihi.. Menuju ke tepi pantai, kelihatan banyak kedai makan, tempat jualan keropok, satar & otaka-otak di sepanjang tepi jalan. Warung Aziz Satar sahaja ada 3 buah di sini haha.. Kayo Pak Aziz ni ye..

Salah satu Warung Aziz Satar

0900hrs @ Pantai Teluk Mak Nik, Kemaman, Terengganu








Dah bertenang-tenang lebih kurang, menikmati keindahan alam ciptaanNya, aku pun meninggalkan kawasan pantai. Jam pun dah hampir 9.30 pagi, nak kena balik kampung pula petang nanti. Singgah di Petronas isi minyak & balik semula ke hotel untuk bersiap pulang.

Banglo ni dari tahun lepas tak siap lagi hehe..

Petronas Jakarta??

Hotel Sri Buana - agak oldskool tapi selesa
Selesai checkout, jam 10.40 pagi aku pun mula menggolekkan tayar. Dari Kemaman, aku menuju ke Jabor untuk ke Highway LPT, route yang sama aku datang. Alang-alang dah lalu kawasan ni, singgah la sekejap di Cherating.


1100hrs @ Cherating, Pahang
Sisa tempat bakar kayu arang yang masih terdapat di kawasan ni
Tiba di tepi pantai, kelihatan 2 susuk tubuh sedang berbual. Selepas bersalam, aku pun meninjau-nijau kawasan sekeliling sambil mencuri-curi dengar perbualan mereka hehe.. Lama-lama aku join sekali. Pak Jamil ni orang tempatan kawasan Cherating ni tapi sekarang dah menetap di Johor. Sekali sekala memang akan balik ke sini. Manakala yang bertopi (lupa pula namanya hahaha) berasal dari Kuala Terengganu. Malam tadi ride & sambut malam Merdeka bersama rakan-rakannya di Kuantan katanya dan menginap di Cherating.



Macam tau je tekak kami dah kering


Menurut Pak Jamil, Cherating dah tak meriah seperti dahulu kerana kebanyakan pemilik tanah menjadikan kawasan pantai sebagai kawasan persendirian, yang menyebabkan kurang pengunjung datang ke sini. Panjang lebar juga ceritanya dari kisah pantai, kisah port 'sekodeng', kisah tempat bakar kayu arang hinggalah ke kisah kereta haha.. Kaki kereta juga orang tua ni, kebetulan minat kami sama memang panjang la ceritanya..

Pak Jamil bersama Mazda bertoyolkan turbo
"240kmh celah gigi je tu haha.." katanya berseloroh
Hampir sejam berbual, aku pun minta diri untuk pulang. Memang seronok berbual dengan Pak Jamil ni. InshaAllah lain kali kalau ke sini & kebetulan dia ada boleh la berjumpa lagi.

Dari Cherating, aku singgah pula sebentar di Masjid Baru Kg.Sg.Ular yang terletak hampir dengan susur keluar menghala ke tol Jabor. Matahari pun dah tegak, kita selesaikan apa yang patut dulu la ye.

1215hrs @ Masjig Baru Kg.Sg.Ular, Kuantan, Pahang


Kg.Sg.Ular, Kuantan, Pahang


Dari Kg.Sg.Ular, Kuantan, aku meneruskan perjalanan menuju ke Highway LPT melalui tol Jabor. Cuaca memang agak terik menyebabkan mata yang tak cukup tidur ni bertmbah berat. Hahaha kena berhenti sekejap la nampaknya. Berhenti sebentar di R&R Gambang, lelapkan mata dalam 15 minit, solat & kembali meneruskan perjalanan.

1330hrs @ R&R Gambang, Pahang
Selepas R&R Gambang, aku berhenti pula di R&R Temerloh. Adatlah naik kapcai memang kena singgah isi minyak. Cuaca memang agak terik tapi takde pula tempat untuk berteduh. Aku pun meneruskan perjalanan & berhenti untuk berehat di bawah jejambat selepas R&R Temerloh.

1545hrs @ Temerloh, Pahang
Tak lama aku duduk, kelihatan seseorang memanggil aku dari seberang highway. Oleh kerana agak bising, dia pun melintas ke pembahagi jalan. Rupa-rupanya dia kehabisan minyak. R&R Temerloh memang tak jauh lebih kurang 2-3 kilometer je, tapi dengan cuaca yang panas ni memang mencabar la dia nak menolak motor. Kalau sehala boleh juga aku tolong tolakkan.

"Sikit lagi nak sampai bang (Shell R&R Temerloh), ingatkan cukup aduyai," katanya yang dalam perjalanan pulang dari KL ke Kuantan. Kebetulan pula masa tu aku tak bawa minyak spare, menyesal pula rasanya. Yelah kalau tak guna pun, boleh bantu orang yang memerlukan. Sambil berbual dari seberang jalan (memekik sebenarnya sebab bunyi bising hahaha..), kelihatan ada sebuah motosikal berhenti. Alhamdulillah ada yang sudi bantu menolak ke stesen minyak.


Alhamdulillah ada yang sudi berhenti & menolak ke stesen minyak

Adat berada di jalanraya, kita bantu la jika ada yang perlu pertolongan. Hari ni dia perlukan pertolongan, esok-esok mungkin hari kita pula kan. 

Dari Temerloh, aku meneruskan perjalanan & berhenti di R&R Genting Sempah. Tu dia kalau dah nama cuti perayaan ni memang sesak la segala hentian hihi.. 

1700hrs @ R&R Genting Sempah, Pahang

Trafik menghala Pantai Timur sedat & padat
Selesai isi minyak & berehat seketika, aku meneruskan perjalanan pulang. Alhamdulillah jam 6.30 petang selamat tiba di Klang, di kala menyambut kedatangan Aidil Adha hehe..

Ride santai-santai, sesetengah orang mungkin anggap tak ada apa yang menarik, tapi bagi aku ianya satu proses pembelajaran & menimba pengalaman. 

1830hrs @ Klang, Selangor



Sekadar nukilan peribadi untuk tatapan masa hadapan..

-matthafidz-