Thursday 12 January 2017

Ride Gigil @ 01/01/2017

Syukur alhamdulillah dah masuk ke tahun 2017, kejap betul masa berlalu. Kuda merah aku pun dah berusia setahun hehe.. Bila sebut tahun baru, kalau zaman bujang dulu ada pelbagai agenda, tapi yang pasti memang tak stay di rumah, kebanyakannya merayau naik motor tengok bunga api la & macam-macam aktiviti lagi. Bila dah berfamili ni, dah tak fikir semua tu walaupun teringin juga nak bawa anak-anak layan bunga api, tapi bila mengenangkan jalan jem, hmm takpelah. Puas dah hari-hari melayan jem wehh hahaha..

Bila dah hari-hari pegang stereng, mula la rasa bosan. Kerja pegang stereng, masa bercuti pun pegang stereng juga. Kepala dah start fikir nak ride tapi tak tau ke mana hahaha.. Kebetulan pada 31/12/16, anak ke-2 aku ada sesi orientasi darjah 1, dari pagi hingga tengahari. Aku pula memang malas nak kerja hari tu, yelah malam tu dah tentu jalan jem orang 'celebrate' tahun baru. Cadangan asal lepas selesai sesi orientasi tu nak ride, mungkin dekat-dekat je lah kot. Tapi malangnya balik kerja lewat pula malam sebelumnya, jam 4 pagi baru tido hihihi.. Ok takpe nanti fikir.

Dalam masa menunggu anak di sekolah, aku 'wasap' riding partner aku, siapa lagi kalau bukan Joe..


Kebetulan Joe pun free, apa lagi kasi ON terus hahaha.. Dah plan lebih kurang, kami pun mengajak beberapa rider lain, tapi last minit punya plan memang payah la orang nak follow hahaha.. Ok takpe Joe macam biasa la kita berdua pun ok apadahal..

Klang - Spg.Pulai - Lojing - Cameron Highlands - Sg.Koyan - Raub - Bentong - Klang

Route yang kami pilih lebih kurang dengan 'Ride Daun Teh' aku dulu, cuma kali ni kami akan menuju ke Cameron Highlands melalui Simpang Pulai sebab aku plan nak tido di masjid je kali ni. Target adalah Masjid Lojing, Kelantan yang terletak bersempadan dengan Cameron Highlands, Pahang. Aku pun tak pernah sampai ke situ, cuma mengikut kata abang ipar aku yang selalu 'travel' dari Sg.Besar ke Kota Bharu, lokasi masjid tu memang menarik sebab antara tempat yang tertinggi di kawasan tu, dah tentulah sejuk giler!! Hmm ok jom kita cari matahari di sebalik kabus pagi..

Kali ni Cikgu Omar (Wak) akan join ride, so 3 biji Y15 akan ride malam ni, tapi kena gerak lewat sikit sebab ada kenduri di kawasan diorang. Ok takpe kita ride malam kali ni. Lebih kurang jam 10.30 malam, macam biasa aku pun menunggu di RV biasa kami, Caltex Bandar Puteri, Klang.

1030hrs @ Bndr.Puteri Klang, Selangor - Joe segak bergaya bersama jaket baru, pheww..

Malam ni ada BMW follow lah


Macam biasa reset 0 km sebelum bergerak
Bila masing-masing dah sedia, lebih kurang jam 11.00 malam, kami pun mula menggolekkan tayar. Macam biasa turun ke KESAS Highway, NKVE & terus ke PLUS Highway. Keadaan trafik malam tu agak lancar membolehkan kami ride sekitar 120kmh. Wak yang pada mulanya malu-malu kucing nak pulas throttle Movistarnya, akhirnya dapat ikut rentak kami hehe..

Jam 12.05 pagi, kami berhenti di Shell Hentian Sebelah Tg.Malim, sempat juga la nampak percikan bunga api di kawasan Tg.Malim. Fuhh tadi bertolak tahun 2016, ni dah masuk 2017, ride 2 tahun kali ni hahaha.. Selesai mengisi minyak dengan harga baru, naik 20 sen, berehat sebentar menghirup udara nyaman dulu la.

0005hrs @ Hentian Sebelah Tg.Malim, Perak


Dari Tg.Malim, kami meneruskan perjalanan menuju ke utara, meredah kegelapan malam di PLUS Highway. Seronok juga ride waktu malam sebab trafik tak banyak. Lebih kurang jam 1.30 pagi, kami berhenti pula di Hentian Sebelah Simpang Pulai. Cadangan asal nak berhenti di R&R Tapah tapi masih awal, so kami singgah di sini sajalah sebelum berhenti makan di Simpang Pulai. Di sini, kelihatan sekumpulan Yamaha RXZ & 125Z, mungkin menghala ke Pulau Pinang atau ke Thailand. Yelah zaman sekarang semua nak ride lepas border je, kami ni je yang tak abis-abis lagi pusing Malaya. Tapi yang menarik perhatian kami, 3 buah SBK masing-masing berpillion, tapi ada 2 pillion cilik! Mungkin budak-budak tu sekitar umur 6-7 tahun kot hehe.. Semoga perjalanan mereka selamat.

0130hrs @ Hentian Sebelah Spg.Pulai, Perak - Kali terakhir ride bersama Wak masa sekolah dulu kot haha..

Salah sorg pillion cilik tengah memanjat naik

Group RXZ & 125Z
Dari Hentian Sebelah Spg.Pulai, kami keluar di exit Simpang Pulai. Walaupun sebelum gerak tadi, Joe & Wak pergi kenduri tapi diorang makan ala-kadar je sebab tak nak lewat. So kita cari kedai makan dulu lah. Berhenti di traffic light selepas Plaza Tol Spg.Pulai, kelihatan beberapa kedai tomyan di kanan & kiri jalan, ok kita pilih yang kanan, Restoran Wiratha, sebab nak menghala ke Cameron Highlands.

Sambil makan, sambil bincang mengenai perjalanan kami selepas itu. Kalau ikut hati nak panjat terus ke Cameron Highlands, lagi pulak aku ni memang dah biasa 'driving' waktu malam, inshaAllah takde masalah la, tapi difikir faktor keselamatan, hehe ada baiknya kami bergerak esok pagi je kan.

"Tak kira la hero tahap mana pun, hutan & laut jangan main-main woo.." kata Joe.

0145hrs @ Restoran Wiratha, Spg.Pulai, Perak


Dah selesai makan, kami pun bergerak ke Petronas Jalan Spg.Pulai-Lojing, satu-satunya stesen minyak yang terletak di laluan ke Cameron Highlands. Kelihatan sekumpulan rider dah tidur di kaki lima, lebih 15 orang rasanya. Aisehh mesti surau dah penuh ni. Namun alhamdulillah rezeki kami kerana tiada sesiapa di dalam surau, hehe dapat port nak lelap mata. Sempat juga aku bertegur dengan rider-rider yang melepak di kaki lima, rata-rata bawa Yamaha 125z..

"Kami dari Kedah bang, tidoq sini dulu la esok pagi baru naik," kata salah sorang dari mereka. Sembang lebih kurang, aku pun minta diri untuk tidur, tapi payah juga nak lelap kat situ sebab tak lama lepas tu sampai pula sekumpulan lagi rider, geng 2T juga. Lepas tu pulak ada yang parking lori kat belakang surau dengan bunyi radio kuat la, hmm buat tak tau sudah la.. Golek punya golek sedar-sedar jam 6 pagi, dapat la lelap dalam 2 jam kot haha..

0230hrs @ Petronas Jalan Spg.Pulai-Lojing - Dapat la tumpang melelapkan mata sat

0630hrs - Bersiap-siap untuk mendaki ke puncak kikiki..

Tu dia ramai wehh
Selesai solat Subuh, kami pun bersiap-siap untuk meneruskan perjalanan. Kelihatan lebih 30 biji motosikal (termasuk yang dah bermustautin malam tadi haha) di sekeliling stesen minyak tu, patut la meriah semacam haha.. Cabaran mendaki bukit dengan jalan berselekoh dalam keadaan gelap membuatkan kami lebih berhati-hati. Sesekali ada juga kenderaan lain yang kami pintas atau pun berselisih, ok lah takde la sunyi sangat kan.

Alhamdulillah jam 7.15 pagi, kami selamat tiba di checkpoint pertama kami. Aku pun tak tau nama tempat ni tapi memang lokasi wajib untuk aku berhenti kalau ke atas ni, Lokasi ni tak jauh dari sempadan negeri Perak-Pahang. Dari atas jambatan ni boleh nampak jalanraya yang kita lalui sebelum ni & jika cuaca cantik, boleh nampak Bandaraya Ipoh. Tapi kali ni nampaknya dah dipasang penghadang jalan untuk menghalang orang ramai berhenti. Nasib baik naik motor boleh la menyelit hihi.. Layan view dulu..


0715hrs - layan view sat



Di belakang kawasan bukit tu kelihatan cahaya dari Bandaraya Ipoh
Dah lepak lebih kurang, kami meneruskan perjalanan. Walaupun plan bertukar, namun kami tetap menuju ke Lojing, Kelantan untuk memastikan apa yang diperkatakan oleh abang ipar aku tu betul ke tak, hahaha.. Singgah sebentar di cabin Route 185. Diasaskan oleh salah sorang rakan motorsports, Along Mirage, di sini terdapat booth menjual pelbagai cenderamata. Semoga tempat ini akan terkenal seperti Route 41 di Thailand, yang aku sendiri tak pernah sampai haha.. 

Boleh intai-intai FB Page Route 185 . Tapi oleh kerana kami sampai awal pagi, memang takde apa lah hehe.. Dah selesai posing, kami mneruskan perjalanan. Semakin lama, cuaca semakin sejuk. Melepasi persimpangan Kg.Raja, Cameron Highlands, kabus semakin tebal hinggalah jarak penglihatan hanya sekitar 50 meter sahaja. Tu dia nak kabus sangat kan, bukan takat kabus, sejuk tahap gigil vibrate handle nih hahaha..






0745hrs @ Jalan Gua Musang-Cameron Highlands



Sebenarnya kami dah terlajak memasuki Jalan Gua Musang-Cameron Highlands haha.. Tak konpiden dengan apa yang akan kami tempuh, kami pun berpatah balik sambil mencari masjid yang diperkatakan. Pheww memang mula-mula lalu tadi tak nampak oleh kerana kabus yang sangat tebal. Alhamdulillah berjaya jumpa, itupun sebab aku cam simpang ke masjid tu seperti yang aku tengok dari pakcik Google. Hahaha ni macam punya kabus, kalau redah malam tadi mau terlajak sampai ke Gua Musang!!


0750hrs @ Masjid Long Tan, Lojing, Kelantan

Simpang 3 tu kalau kanan ke Cameron Highlands, kiri ke Gua Musang




Ada brann mandi kolah ni..

Joe berjogging bagi panas badan katanya haha..

Wak memang pakar 'freestyle' sejak zaman sekolah lagi haha..
Menurut budak security di masjid ni, pagi tu memang 'terlebih' sejuk sebab hujan renyai sejak awal pagi. Memang bernasib baik kami tak teruskan perjalanan & tidur di sini malam tadi, kalau tak mau kesejukan & 'kekerasan' semua hahaha..

Di sini juga terdapat homestay. Memang sesuai lah memandangkan ini adalah laluan utama ke Gua Musang, Kelantan. Dah melepak lebih kurang, kami meneruskan perjalanan ke Brinchang. Ride dalam keadaan menggigil kesejukan, singgah pula sebentar di ladang teh. Dah sampai Cameron Highlands rugilah kalau tak singgah hehe..



0840hrs @ Cameron Valley Tea House - Pomen ni memang tak boleh tengok 4x4 lah





Jam 9.00 pagi, kami tiba di Brinchang, Cameron Highlands. Dah siap kunci kuda masing-masing, kami pun menuju ke gerai makan sepupu aku, Mamat di situ. Terletak di medan selera yang setentang dengan stesen minyak Shell, memang mudah untuk pelanggan datang. Jom kita sarapan pagi..



0900hrs @ Brinchang, Cameron Highlands - Medan selera di sebelah Hilux hitam tu je

Nak pekena nasi lemak kukus kaww punya, meh datang sini


Nasi lemak kukus mantap, air pulak mabeles, terbaikk la Mat!

Special menu - kopi strawberry

TQ Mat sudi layan kami
Mamat ni sepupu aku dari Sungkai, Perak & dah beberapa tahun menetap di sini. Menurutnya, ketika ini memang cuaca agak sejuk hingga penduduk sini pun tak boleh tahan. Hahaha apatah lagi kita yang jarang-jarang ke sini ye tak. Berlatar belakang keluarga yang menjalankan bisnes makanan, memang tak hairan lah nasi lemak & air yang dibancuh cukup tiptop!

Selesai makan, kami pun minta diri & meneruskan perjalanan ke pasar pagi Brinchang. Nak bawa balik ole-ole kata Wak. Ride kali ni aku sekadar cuci mata je tak beli apa pun, saja nak tengok berapa bajet minimum aku kali ni. Dah selesai shopping di pasar pagi, singgah pula di Tanah Rata, Joe pula beli jagung. Dah dapat jagung, nampak petai pula di tepi jalan, singgah la beli lagi hahaha..


1030hrs @ Pasar pagi Brinchang, Cameron Highlands





1050hrs @ Tanah Rata, Cameron Highlands

Pekan Tanah Rata

Petai!! Petai!! Petai!!
Dah selesai shopping, kami menuju ke Shell Ringlet untuk mengisi minyak, sebelum meneruskan perjalanan melalui Jalan Ringlet-Sg.Koyan.


Awas bikers!! Anda sedang diperhatikan, jangan bikin onar kikiki..

1110hrs @ Shell Ringlet, Cameron Highlands
Selain dari kabus pagi, laluan ini juga antara yang aku & Joe nantikan. Kalau kata Sg.Koyan, dah tentu ramai bikers/riders akan terbayang selekoh-selekoh di sini haha.. Tapi macam biasa la kami ni bukanlah mengejar kelajuan, cuma sekadar nak menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi.

Jalan Ringlet-Sg.Koyan, lets goo Wak..



Ini adalah kali kedua untuk aku melalui laluan ini selepas kali pertama semasa 'Ride Daun Teh' yang lalu. Joe tak payah cerita lah, zaman belajar di poli dulu semua pelusuk jalan dia redah, manakala Wak pula memang tak pernah lalu lagi.

Dari kawasan kebun-kebun sayur, kami melintasi kawasan Empangan Ulu Jelai, yang mana telah pun beroperasi. Masa aku lalu dulu masih dalam pembinaan.

Kawasan tadahan Empangan Ulu Jelai


1130hrs @ Empangan Ulu Jelai, Cameron Highlands
Aku yang teruja melihat empangan ni terus cari port untuk berhenti & berposing. Suasana empangan yang dikelilingi bukit bukau & diliputi kabus ketika itu memang mengasyikkan, sampai aku tak sedar kelibat 2 orang kawan aku ni tak muncul-muncul. Rupanya Joe 'tergolek' ketika nak membelok ke bahu jalan dek kerana pasir di tepian jalan. Alahai aku pulak tak menyedar dok layan view kat situ. Hihi nasib baik pakai jaket, cuma luka sikit sahaja di kaki, tapi bercalar juga motor. Apa pun steady Joe hehe!

Aduhh bersagat lutut



Muka ada senyum lagi ok lah tu hehe..

Takpelah sikit je kata Joe. Dah selesai sesi berposing, kami meneruskan perjalanan. Apa yang menarik di sini, permulaan perjalanan disajikan dengan pemandangan kebun-kebun sayur di lereng bukit, bukit bukau, empangan, kemudian disusuli dengan kawasan hutan yang masih terpelihara. Di sinilah kawasan kegilaan sesetengah 'kaki leper'. Keadaan jalanraya yang cantik disertakan dengan selekoh-selekoh memang merangsang nafsu meleper haha.. Kalau kapcai macam kami ni memang boleh layan corner full throttle lah, cuma kering tak kering je hati tu hehe..



Tapi bagi aku apa yang lebih penting di sini pemandangan yang mengasyikkan. Kali ni memang bole santai habis sebab ada teman, berbanding semasa 'Ride Daun Teh' dulu solo ride je, risau juga nak berhenti sendirian tengah-tengah hutan hehe.. Salah satu checkpoint adalah di atas jambatan yang terletak di lereng bukit. Tak pasti berapa ketinggian jambatan ni tapi Subhanallah memang syiok lah!!

Tempat yang sama aku berhenti semasa 'Ride Daun Teh' dulu








Ramai juga bikers yang berselisih dengan kami di laluan ini. Dari kapcai hinggalah ke SBK, masing-masing ada tujuan tersendiri melalui laluan ini. Jam 12.50 tengahari, kami singgah di Masjid Felda Sg.Koyan, yang terletak setentang dengan stesen minyak Petron. Masa untuk solat & berehat.

1250hrs @ Masjid Felda Sg.Koyan, Pahang
Dah selesai segala urusan, lebih kurang jam 1.45 petang, kami menggolekkan semula tayar kami. Dari Felda Sg.Koyan, kami menuju ke pekan Raub. Selesai mengisi minyak, terasa sangat mengantuk. Mana taknya sehari sebelum jam 4 pagi baru sampai rumah, jam 6.30 pagi dah bangun. Selesai sesi orientasi sekolah anak, dapat lelap lagi sejam je sebelum 'askar-askar' berperang di dalam rumah haha.. Malam tadi pula dapat lelap sekejap je, hmm terus kami menuju ke sebuah surau & dapatlah berehat seketika mengumpul semula tenaga.

1430hrs @ Petronas Raub, Pahang
Dah dapat lelap mata sekejap, perut pun lapar. Menuju ke Bentong, nak singgah makan di Lemang To'ki memang mengundang bantal namanya haha.. Maka jam 3.50 petang, kami pun berhenti di Medan Selera Bentong. Ok juga gerai di sini yang menyajikan lauk kampung. Patin tempoyak, ikan bakar pun ada. Rasa?? Not bad..

1550hrs @ Medan Selera Bentong, Pahang



Wak macam tak puas makan je hihi..
Selesai bersantap, kami meneruskan perjalanan ke Karak Highway & berhenti mengisi minyak di Petronas R&R Genting Sempah. Memandangkan ketika itu adalah 'public holiday' sempena tahun baru, memang ramai lah geng-geng bikers di atas jalanraya. Walaupun begitu, keadaan trafik agak lancar.

1700hrs @ Petronas R&R Genting Sempah, Pahang

1750hrs @ Plaza Tol Kemuning, Shah Alam, Selangor
Dari Genting Sempah, kami terus menuju ke Klang & berhenti berehat seketika di KESAS Highway. Memandangkan Joe dah cedera sikit ni memang tak boleh la nak singgah banyak tempat kan. Apa-apa hal balik rumah dulu lah. Alhamdulillah kami selamat tiba di rumah masing-masing jam 6 petang.
1800hrs @ Klang, Selangor
Selesai sudah sesi 'Ride Gigil' yang memakan masa 2 tahun ni hahaha.. TQ banyak Joe & Wak yang turut sama ride kali ni, sama-sama tak cukup tidur & sama-sama giler buat keputusan last minit. Ada kemungkinan ke last minit plan lagi lepas ni?? Hihihi..

Berapa kos untuk ride kali ni..??

Petrol -
1. Shell Tg.Malim - RM10 (untuk botol spare sekali, minyak dah penuh dari rumah)
2. Petronas Spg.Pulai - RM10 (topup botol spare sekali)
3. Shell Ringlet - RM5
4. Petronas Raub - RM5
5. Petronas Genting Sempah - RM5
* Minyak spare tak guna pun hihi..

Makan/minum - 
1. Supper @ Spg.Pulai - RM8 (jam 1 pagi kira supper jugak la kan haha)
2. Breakfast @ Brinchang - RM8 (RM24 / 3 orang)
3. Lunch @ Bentong - RM10
4. Air mineral & lain-lain - RM20

TOTAL RM81.00

Hmm RM81 untuk ride sejauh lebih kurang 600 km. Ok ke tak ok?? Tepuk dada tanya selera..

#yamaha
#y15zr#ridegigil
#letsride
#everyonecanride

- Matt Hafidz -