Wednesday 30 November 2016

Ride Selatan @ 05/11/2016 (DAY 1)

Pheww dekat sebulan ride baru dapat jenguk blog. Biasalah kalau dah pegang stereng memang payah la nak pegang laptop, ni pun curi-curi masa sebab ada yang dok bertanya bila nak update hihihi..

Selepas sesi 'Ride Pantai Timur' yang lepas, macam biasa la masing-masing sibuk dengan tugasan harian. Walau bagaimanapun, dalam kepala tetap berfikir bila nak ride lagi hahaha.. Jika sebelum ni kami dah ke Pantai Timur dengan jarak perjalanan lebih kurang 1,300 km, kali ni kami akan ke Selatan pula, tapi dengan jarak perjalanan yang kurang sedikit. Memang target untuk 'khatam'kan tanah malaya ni seperti yang kami plan dulu-dulu masa berkudakan LC135 (boleh refer kisah-kisah lalu), tapi dek kerana komitmen masing-masing memang tak dapat sekali harung. So ride kali ni kira 'Ride Malaya Part 2' la hahaha..

Dari Selangor ke Negeri Sembilan, Pahang, Johor, Melaka & pulang semula ke Selangor
Jika sebelum ni Joe yang tentukan route, kali ni giliran aku pula. Bukannya apa sebab masing-masing kurang pengalaman ke Selatan. Route dah siap, tarikh & masa dah tentukan, kami pun mengajak beberapa orang rakan lain yang katanya benar-benar serius nak join. Target aku ride kali ni untuk melalui 'Kuala Klawang International Circuit', pekena udang galah Rompin, Desaru dan Tg. Piai (penghujung benua Asia). Akan tetapi masih gagal kerana masing-masing ada urusan peribadi. Ada juga yang tak konfiden - jauh oii katanya hahaha.. Target tak ramai pun dalam 5-6 orang dah ok. Hmm nampaknya kita berdua lagi la Joe..

Ride tetap ride. Kalau Joe terpaksa cancel last minit pun aku jalan je solo macam Ride Daun Teh dulu hahaha.. Maka seperti yang dijanjikan, pada 05/11/2016 lebih kurang jam 7.00 pagi kami pun berkumpul di RV biasa, Caltex Bandar Puteri. Dari jauh dah kelihatan seorang brader duduk atas motor seakan menanti seseorang. Rupanya Wak Omar menanti kami bersama motosikal barunya, juga Y15ZR tapi Movistar Edition. Fuhh bau kedai!! Perancangan awal memang dia nak join sekali, tapi malangnya ada perkara yang tak dapat dielakkan. Takpelah next time kita ride sama ye wak..

0700hrs @ Bandar Puteri Klang, Selangor - nampak bertambah ensem Wak Omar bersama Movistar hihi..

Macam biasa reset 'trip meter' ke 0 sebelum tayar golek
Minyak dah isi, segala barang & kelengkapan pun dah ok, jam 7.10 pagi kami pun menggolekkan tayar. Dari Klang, kami bergerak menuju ke Hulu Langat melalui Highway Kesas & MRR2. Lebih kurang jam 7.50 pagi kami tiba di Petronas Bkt.Nanding, Hulu Langat untuk mengisi minyak. Kalau ikutkan masih banyak minyak dalam tangki, tapi memandangkan ini adalah stesen minyak yang terakhir sebelum ke Kuala Klawang, kami penuhkan semula tangki.

0750hrs @ Petronas Bkt.Nanding, Hulu Langat, Selangor
Dari Hulu Langat, kami menuju ke Kuala Klawang, Negeri Sembilan. Ini adalah kali pertama kami melalui route ini, yang juga dikenali sebagai Kuala Klawang International Circuit oleh kaki-kaki leper di hujung minggu. Ada 3 stage di sini (siap ada stage tu). Nak tau lebih lanjut search di google atau youtube je, banyak la dalam tu. Tapi ramai juga yang tewas di sini, so safe ride guys.. 

Perjalanan kami disajikan dengan pemandangan di Empangan Hulu Langat sebelum melalui jalanraya yang penuh dengan selekoh. Ramai juga yang berbasikal di kawasan ni, so berhati-hatilah jika anda melalui kawasan ni. Mungkin masih awal pagi, belum kelihatan geng-geng motor yang meleper di sini, jadi boleh la kami ride bersantai-santai. Kami pun takdelah beriya sangat nk layan selekoh, sekadar nak cari pengalaman sambil menikmati pemandangan alam semulajadi kan.

Stage 1 Kuala Klawang International Circuit


Joe dah jauh ke depan sebab aku sibuk cuci mata layan pemandangan haha..


Ok setel 3 stage hahaha..
Jam 9.00 pagi, kami memasuki kawasan Jelebu, Negeri Sembilan. Perut pun dah lapar, apa lagi cari tempat makan la. Kami terjah je warung yang ada di tepi jalan, boleh tahan sedap juga nasi lemak & bihun supnya. Harga pun murah, yang penting perut kenyang, jauh lagi perjalanan nih.



0900hrs @ Jelebu, Negeri Sembilan - bekpes sat
Selesai sarapan, kami meneruskan perjalanan menuju ke Petronas Kuala Klawang untuk mengisi minyak. Di sini kami berjumpa seorang brader bersama wifenya ride Y15 juga, dari Sg.Besi KL menuju ke kampung halamannya di Kg.Chenor, tak jauh dari situ. Kalau tengok gaya kedua-duanya dalam ligkungan usia hampir 50 tahun, tapi masih steady ride kapcai hehe..



0945hrs @ Petronas Kuala Klawang - brader jaket biru ride dari KL bersama wife
Dari Petronas, perjalanan terhenti seketika di Muzium Adat. Ada function apa pulak ramai-ramai nih, siap berkompang & menari bagai la pulak pulak nih. Jom singgah sat..

Majlis pelancaran SHEMUD 2016 di Muzium Adat, Kuala Klawang, Negeri Sembilan

Deretan monster-monster 4x4



Ehh auto..???
Ohh rupanya salah satu program SHEMUD International 4x4 Women Challenge 2016. Program 8 hari mereka ini meliputi konvoi & perlumbaan yang bermula di Kuala Lumpur, datang ke kawasan hutan di N9 & pulang semula ke Kuala Lumpur. Apa yang menariknya hanya wanita yang boleh turut serta dalam perlumbaan yang menggunakan jentera extreme 4x4 ni. Fuhh memang kagum!! Nak tau lebih lanjut boleh lihat di Shemud 2016

Dari Kuala Klawang, kami meneruskan perjalanan melalui kawasan Simpang Pertang & singgah sebentar di Masjid Kariah Kg.Serting Ulu, yang terletak di laluan utama ke Hutan Lipur Serting Ulu. Dari situ, kami meneruskan perjalanan melalui Bandar Seri Jempol sebelum berhenti berehat & mengisi minyak di Petronas Felda Palong 16, Negeri Sembilan. Alhamdulillah cuaca agak cantik pagi tu memudahkan lagi perjalanan kami. Ada pula orang jual kacang rebus kat sini, lepak la jap layan kacang rebus..

Laluan utama ke Hutan Lipur Serting Ulu, Negeri Sembilan

1130hrs @ Petronas Felda Palong 16, Negeri Sembilan

Nasib baik takde yang tercicir hihi..

Layan kacang rebus sat..
Dah selesai menumpang makan sebungkus kacang rebus di pondok goreng pisang, dari Felda Palong 16 kami meneruskan perjalanan. Perjalanan melalui jalanraya yang lurus di kawasan ladang sawit ini sesekali membuatkan mata menjadi berat. Bila dah ada teman ride ni masing-masing kena amik peranan la menghilangkan mengantuk hahaha..

Tulisan JB pun tak nampak bayang lagi hihi..
Menghampiri kawasan Muadzam Shah, Pahang, kami memintas sekumpulan brader-brader Yamaha RXS. Rasa macam familiar dengan 2-3 biji RXS yang ada, dari mana pula mereka ni. Jam 12.40 tengahari, kami memasuki kawasan Bandar Muadzam Shah, Pahang. Geng RXS tadi pun berhenti juga. Sempat la bertegur sapa. Rupa-rupanya geng RXS kawasan Klang/Banting. Uwalaaa orang kampung rupanya, patut la macam kenal. Mereka baru pulang dari Mersing, Johor. Berlawan arus nampaknya. Apapun memang respek sebab motor masing-masing tiptop macam baru!! Selesai mengisi minyak di Petronas Muadzam Shah, kami sama-sama meminta diri menuju destinasi masing-masing.


1240hrs @ Bandar Muadzam Shah, Pahang

Lebih kurang 16 biji Yamaha RXS yang ride, tiptop belaka semuanya

Petronas Muadzam Shah, Pahang
Dari Muadzam Shah, kami bergerak menuju ke Kuala Rompin, misi mencari udang galah hehe.. Tak jauh dari Bandar Muadzam, kami melintasi satu kawasan yang mempunyai pemandangan yang agak menarik. Sebelum ni aku pernah terlintas nak singgah tapi kebanyakan masa melalui kawasan ni dengan famili mesti waktu malam. So dah ada peluang ni apa lagi..

Ini adalah kawasan ternakan lembu Mardi. Kawasan yang agak besar ni merangkumi kandang lembu & tanaman makanan lembu. Kalau berhajat nak ke sini, boleh search di Gmaps - 'Kompleks Tenusu Muadzam'. Ada juga yang menamakan sebagai 'New Zealand Mardi' hehe..

1310hrs @ Kompleks Tenusu Mardi Muadzam Shah, Pahang








Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahuakbar..

Menarik kan pemandangan kat sini. Kalau nak tau, gambar-gambar yang aku upload dalam blog semuanya original dari camera phone, takde touch up atau edit-edit cahaya ke, warna, cuma ada la ejas sikit-sikit saiz, sebab nak share camne keadaan yang sebenar. Phone pun Samsung J5 je bukan Ipong pun hihihi..

Dah puas melepak, berposing bagai sambil menikmati nyanyian lembu-lembu dari dalam kandang. kami sambung perjalanan. Perut dah lapar wehh, apa lagi terus menuju ke Rompin, Pahang. Lebih kurang jam 2 petang, kami tiba di kawasan Kedai Makan Azizah Udang Galah, Rompin, Pahang. Lokasi kedai ni agak glamer sampaikan ada yang datang semata-mata nak makan udang galah. Aku macam biasa la turun je motor buat sesi fotografi hinggalah didatangi sorang brader. Mungkin berasa curiga kot sebab aku berjalan celah-celah bigbike yang parking kat depan tu. Yelah helmet & jaket semua letak di motor je. Sembang punya sembang, diorang datang dari Kemaman, Terengganu. Nak pegi Pahang Bike Week 2016 di Kuantan, Pahang tapi pekena udang galah dulu la katanya. Haha yelah semua berkuasa tinggi apadahal, kalau nak suruh aku buat camtu naik kapcai buang tebiat namanya. Dia suggest kedai tepi sekali, ok la jom kita makan..

1400hrs @ Gerai Makan Azizah Udang Galah, Rompin, Pahang

Yang berkuasa kecil parking depan sket hihi..

Masakan kampung beserta pelbagai ulam memang menyelerakan perut yang keroncong

Haa tu dia sepit biru

Round 1, steady Joe..

Round 2 la plak, banyak sangat lauk sedap-sedap aku pening Mat haha..
Harga udang galah mengikut gred, so terpulang la nak yang kecil ke, yang besar ke. Makan berdua berlaukkan 2 ekor udang galah besar, 2 ekor kecil, patin tempoyak, keli goreng, sayur, ulam-ulaman berserta 3 gelas air harga lebih kurang RM84. Ok la kan jika banding kalau makan di KL, menggigil nak bayar haha.. Lokasi pun menarik, ada banyak gerai, so banyak pilihan. Surau & tandas pun disediakan.

Selesai makan, kami bergerak ke Bandar Rompin untuk mengisi minyak, solat & berehat seketika di Masjid Tegku Mahkota Abdullah. Lebih kurang jam 3 petang, kami tiba di Bandar Rompin. Memandangkan langit dah semakin gelap, kami pun bersiap sedia dengan segala 'senjata untuk bertempur' meredah hujan nanti haha..

1500hrs @ Petronas Bandar Rompin, Pahang



Tu dia langit dah gelap..

Pemilihan warna di luar & dalam masjid ni agak menarik, nampak ceria je kan 
Redah hujan lagi la gamaknya kita Joe hahaha.. Alah bisa tegal biasa, kali ni hujan tak lah selebat di Pantai Timur tempoh hari, walaupun begitu kami menunggang dengan penuh berhati-hati hinggalah sampai di Bandar Mersing, Johor.

Laluan utama ke Taman Negeri Endau Rompin, 30km ke dalam tu..


Macam biasa, jam 4.50 petang kami singgah di Petronas untuk mengisi minyak. Walau tak lebat, tapi sejuk juga. Kami pun bersiar-siar seketika di sekitar Bandar Mersing untuk memanaskan badan sebentar. Tujuan sebenar nak ke Pantai Air Papan, tapi terlepas simpang pula,langsung terus ke Taman Laut Sultan Iskandar, yang terletak berdekatan dengan Rawa Island Resort & jeti ke Pulau Tioman. Lepak sat layan view Laut China Selatan.

1700hrs @ Jeti Nelayan, Mersing, Johor






Agak kurang bernasib baik ketika itu air surut, jadi takdelah desiran ombak membelah pantai hihihi.. Hujan pun dah berhenti, tapi masih renyai. Dah lepak lebih kurang, kami meneruskan perjalanan menuju ke destinasi seterusnya, Desaru.

Dari Mersing, kami melalui Jalan Jemaluang untuk menuju ke kawasan Kota Tinggi. Kawasan ini dipenuhi dengan ladang kelapa sawit di kiri kanan jalan, walaupun begitu banyak juga kenderaan di sini memandangkan ianya adalah laluan utama. Hampir sejam kami ride, hujan pun dah lama berhenti, kami berhenti seketika di tepi jalan, layan view sambil membuka semula baju hujan. Panas wehh angin tak masuk haha..



Perjalanan diteruskan memasuki kawasan Mawai. Kalau kawasan Jemaluang tadi Joe dah pernah lalu, kali ni kami akan melalui kawasan yang tak pernah kami lalui seumur hidup. Hari pula dah semakin gelap. Dari jalanraya yang lebar, bertukar ke jalanraya di dalam felda, agak sempit & menempuh bukit bukau. Lebih kurang jam 7.00 malam, kami berhenti seketika di Petronas Felda Bukit Waha, antara stesen minyak yang tak timbul di GMaps sewaktu aku mengkaji route hahaha.. Lega juga sebab jarak antara Mersing-Desaru lebih kurang 120km, takut ada yang terkucil tak cukup minyak. Ketika ini juga la handphone masing-masing dah kekurangan 'oksigen', port USB yang aku DIY di motor pula tak hidup, memang tak boleh nak refer apa-apa map la nampaknya.

1900hrs @ Petronas Bukit Waha, Kota Tinggi, Johor


Sebenarnya rasa ragu-ragu juga sebab dah masuk kawasan felda ni, tapi diyakinkan oleh pekerja Petronas tu memang ini adalah laluan utama ke Desaru. Dalam setengah jam sampai lah bang, katanya. Ok lah kami pun meneruskan perjalanan. Memang agak mencabar melalui kawasan felda di waktu Maghrib - jalan banyak selekoh, naik turun bukit, lane jalan yang 'ada macam takde', lampu jalan dah tentulah takde, ditambah pula lagi dengan serangga yang berterbangan hinggap di visor masing-masing hahaha.. 

Alhamdulillah akhirnya kami tiba di kawasan Desaru pada jam 7.40 malam. Sangkaan aku Desaru ni macam kawasan Port Dickson, setidak-tidaknya ada la kedai untuk membasahkan tekak di tepi pantai. Kami pun terus ride ke dalam kawasan pantai Desaru, makin lama makin gelap hinggalah kami tiba di satu kawasan berpagar. Datanglah polis bantuan yang menjaga di situ..

"Nak ke mana bang?"
"Pantai Desaru la bang"
"Kawasan pantai tutup sebab kerja construction sekarang ni"
"Alamak yeke"
"Dari mana bang?"
"Klang hehe.."

Hahaha.. Budak polis bantuan tu pun macam serba salah bila bagitau kami dari Klang. Macam nak gelak pun ada. Aku & Joe dah gelak mengekek nak pecah perut. Ride dari terang sampai gelap, last-last DESARU TUTUP!! Hahaha hampeh tul takde sapa yang update dalam website ke apa ke, padahal dah tentu aku banyak kali buka web untuk cari hotel. Hahaha sebagai mengubat hati, berhenti la sekejap di pintu gerbang, ambil gambar kenang-kenangan hahaha..

1940hrs @ Desaru, Johor
Dah puas menggelakkan diri sendiri, kami meneruskan perjalanan menuju ke last point untuk hari ni, Johor Bahru. Plan asal nak menginap di Desaru, tapi semua tempat 'fully booked', aku ubah plan ke kawasan yang memudahkan kami untuk memulakan ride hari berikutnya, kawasan yang berdekatan Pasir Gudang/Masai, tak jauh dari JB & senang untuk berjumpa abang Aziz PG esok pagi. 

Mujur ada Highway Desaru-Senai yang memudahkan perjalanan kami. Jam 9.30 malam, kami selamat tiba di Hotel Alam Indigo, Plentong, JB yang terletak di belakang Tesco. Memandangkan dah sehari ride, malas pula nak keluar mencari makan malam, lagipun nampak ada kedai tomyam di blok sebelah tu. Selesai mandi, kami pun turun semula menuju ke kedai makan tu, tapi malang cuma ada chicken chop je, makanan lain dah habis. Hahaha hantam je lah. 

Sesat sekejap kat sini hehe..

Parking kat koridor siap ada guard ok la kan


Tak lama duduk di kedai makan, datang sorang kawan Joe dari Skudai. Sembang punya sembang, jam pun dah hampir 12 malam, aku yang dah rasa kelat-kelat mata minta diri untuk naik dulu tido sementara Joe sambung menyembang dengan kawannya.

Bersambung..