Tuesday 30 May 2017

Salam Ramadhan 1438H

Alhamdulillah pagi ni 01/06/2017 dah masuk hari ke-6 umat Islam mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Sebelum terlambat, selamat berpuasa kepada semua pembaca blog aku yang tak seberapa ni, semoga tahap amal & ibadah kita di Ramadhan tahun ni lebih baik dari sebelum ini.


So bila dah berpuasa, aktiviti ride dikurangkan, atau dihentikan seketika. Dengan keadaan cuaca yang agak panas sekarang ni, memang mencabar juga hehe.. Beberapa hari ni jadi 'peon' puan loyer ke beberapa tempat dengan kuda merah. Cuaca boleh tahan terik juga, cuma semalam agak redup sedikit. Teringat pula kepada 'Couple Ride to London', Alfi & wifenya, Diana yang sekarang berada di India. Kat sana cuaca lagilah panas, so apa sangat la panas di sini kan.

Cerita pasal couple ride ni, kalau ada yang tak tahu lah kan, mereka ni dalam perjalanan dari Malaysia ke London dengan menunggang motor kapcai Honda RS150R. Haa kalau sebelum ni mungkin pernah dengar kisah 3 orang sahabat dari Penang yang menunggang Honda Wave 125 ke London, kali ni cabaran lebih hebat kepada Alfi & wife kerana menunggang kapcai berdua. Sempatlah aku join flagoff pada 08/04/2017 yang lalu di Gua Xtreme Park, Batu Caves sebagai tanda sokongan kepada anak Klang ni. Melepak sambil menimba ilmu dari rakan-rakan lain, ambil aura overland katanya hehe..

Pelepasan oleh YB Amirudin Shari

Honda RS150R, pesaing Y15ZR yang semakin mendapat tempat di hati peminat moped
Parking sebelah ambil berkat hihi..
Packing.. Packing..


Gambar terkini dari dari FB Alfi (Mohd Alfishahrin), yang sebelum ni pernah buat solo ride '7 Nation' pada tahun 2016. Nak 'add friend' memang tak boleh sebab dah maximum, so kalau berminat nak tau kisah pengembaraan mereka, follow je FB nya.


Pergi Taj Mahal naik kapcai bro, berdarah idung tengok haihh

Disambut & dilayan mesra oleh bikers di India
Mengembara dengan dua roda memang penuh cabaran. Apa yang aku belajar dari orang yang berpengalaman, bukan jarak atau masa jadi ukuran, tapi berapa banyak pengalaman & kenangan yang boleh kita cipta di sepanjang perjalanan tu. Apapun semoga couple ini diberi kesihatan yang baik & dipermudahkan segala urusan sepanjang misi ride mereka ni. Kami di sini sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kalian.

Dalam masa flagoff tu, sempat lah bertemu dengan beberapa orang bikers yang dah overland dengan dua roda. Antaranya Along yang dah ride vespa Malaysia-Mekah pada tahun 2013, juga abg Ipin yang dah ride Malaysia-London, London-Malaysia & bermacam-macam lokasi lagi. Kalau nak cerita pasal orang yang hebat-hebat ni memang tak boleh abis hehe.. Apapun kagum dengan semangat mengembara mereka yang tak pernah padam.

Along - otai vespa ride ke Mekah

Sesi pembakaran oleh abg Ipin, meleleh tengok gambar wehh, sebelah tu Amirul yang dah banyak kali overland ke Siam dengan Yamaha LC135
BMW F800GS yang dah redah Malaysia-London & London-Malaysia
Sebenarnya ramai bikers Malaysia yang dah mengembara dengan dua roda ke pelbagai lokasi di dunia ni. Aku?? InshaAllah ada rezeki & masa hujung tahun ni nak mula merentas border, target ride selama 2 minggu dengan kuda merahku. Doakan semoga termakbul & aku akan plan ke destinasi seterusnya selepas tu, aminn..

Friday 19 May 2017

Ride Bukit Kepong @ 13/05/2017 (PART 2)

Dah selesai makan, kami bergerak ke Masjid Jamek Bandar Tangkak yang terletak hanya lebih kurang 1 km dari kedai makan tadi. Ride, ride juga, solat jangan dilupa..

1415hrs @ Masjid Jamek Bandar Tangkak,Johor

Alamak pegawai JPJ datang check motor!!
Ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki ke masjid ni. Hati terpaut kepada senibina masjid ni semasa sesi menyusun route untuk ride ni tempoh hari. Darah senibina tu masih ada tau walau tak praktis hihi.. Di luar masjid tersergam sebuah bangunan dengan bentuk yang unik, dipercayai adalah bangunan masjid lama Tangkak. Binaan ini dikekalkan di tengah kawasan masjid yang baru & dijadikan sebagai Pusat Pengajian Al-Quran Ledang.

Ruang solat utama




Seperkara lagi yang menarik di negeri Johor ni adalah kesemua masjidnya menggunakan konsep warna yang sama, biru & putih. Kalau tak percaya cuba perhatikan jika ke negeri Johor, warna biru, putih disertakan dengan bendera negeri yang berkibar megah. Seragam & menarik!!

Bangunan masjid lama yang dikekalkan


Selesai solat & berehat seketika, kami meneruskan perjalanan menuju ke destinasi seterusnya, Gunung Ledang. Memandangkan waktu agak singkat kerana ini adalah 'day ride', cukuplah sekadar singgah sebentar di pintu utama Taman Negara Gunung Ledang untuk mengabadikan sedikit kenangan bersama. 

1510hrs @ Taman Negara Gunung Ledang,Johor


Pemandangan yang sememangnya memukau pemikiran aku seketika

Kau panas kau kipas


Susunan kuda besi dari kiri - abg Zul, Zul, aku, cikgu Shah, abg Masri, Joe, Mirul, Akashah, ust Lutfi & Johan


Gambar ihsan Mirul
Dah selesai berposing lebih kurang, kami bergerak menuju ke destinasi utama, Bukit Kepong. Perjalanan agak mencabar dek kerana trafik yang sibuk di jalanraya yang berselekoh & agak sempit. Bermula lah sesi potong memotong hinggalah ke simpang 3 menghala ke Bukit Kepong. 

Masing-masing dah berhenti & berkumpul di simpang, tiba-tiba kelihatan Akashah & cikgu Shah tak membelok. Ahh sudah!! Selaku rider dengan tunggangan di selekoh ala-ala Randy Mamola, Joe pun mengejar mereka berdua. Lama juga kami menunggu, hampir 20 minit akhirnya mereka bertiga pun tiba. Masing-masing ketawa terbahak, mana taknya, Akashah & cikgu Shah kononnya mengejar kami di depan, memang dipulas abis la throttle. Hahaha tak cukup nafas Joe mengejar mereka berdua. Nasib baik ada traffic light sebagai penyelamat, kalau tak mau sampai Segamat!!

"Haa baru kamu tau Honda memang laju, selalu kata Yamaha - Semakin Di Depan, ini 'Semakin Mengejor" kata abg Masri kepada Joe ahahahaha..

Terbukti 6-speed DOHC lebih 'nakal' hahaha - gambar ihsan ust Lutfi

Selesai sesi kejar mengejar, moh le kita - gambar ihsan Mirul
Akhirnya jam 4.15 petang, kami berjaya tiba di Galeri Darurat Bukit Kepong. Tak jauh mana pun dari Gunung Ledang tadi, lebih kurang 30 km je hehe..

1615hrs @ Galeri Darurat Bukit Kepong,Johor
"Susun motor elok-elok bang, baru la nampak konvoi, cantik sikit nak ambil gambar" kata abang polis di pintu masuk. Hehe mungkin memang tugas mereka untuk memastikan tempat ini sentiasa dalam keadaan kemas & teratur. 



Alhamdulillah touring kami ke sini kali ini

Sungai Muar menjadi saksi peristiwa hitam Balai Polis Bkt.Kepong





Antara aset polis dalam menjaga keamanan negara
"Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong adalah kejadian serangan komunis yang berlaku semasa keadaan darurat di Persekutuan Tanah Melayu selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut, balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950.
Dalam kejadian tersebut, sekitar 25 orang anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota Polis Marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru. Dalam kejadian ini, 17 orang anggota polis dan hampir 40 orang komunis telah terkorban. 
Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik dalam penyembelihan berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis. Apabila mereka memulakan pengepongan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat. Ini disebabkan faktor kelebihan senjata dengan jumlah keanggotaan yang ramai & keadaan balai polis yang terpencil."
Sumber Wikipedia





Gambaran bagaimana bermula serangan sehinggalah kemusnahan balai polis







Tayangan petikan dari filem Bukit Kepong

Insaf sungguh mereka ini

Design tingkap lama yang dimodenkan

Minat untuk mengetahui sejarah peristiwa Bukit Kepong dengan lebih mendalam membuatkan kami terleka. Galeri ini memaparkan latar belakang kominis beserta barang-barang tinggalan mereka, pendudukan mereka di Tanah Malaya, keadaan ketika serangan, keadaan negara semasa darurat, pembentukan Malaysia & pelbagai info lagi. Sesuatu yang wajar untuk kita ambil ikhtibar, selain menanam semangat patriotik untuk pertahankan tanah tumpah darah kita.

Al-Fatihah buat wira-wira Bukit Kepong..


Selesai sesi pembelajaran sejarah, lebih kurang jam 5.15 petang kami kembali menggolekkan tayar. Nak cari minum petang katanya, kami menuju ke Bandar Muar. Menghala ke Muar, kami menggunakan Jalan Muar-Labis (Route J32). Seperkara yang bagus negeri Johor adalah keadaan jalanraya yang elok, tak berlubang-lubang seperti di tempat sendiri hehe.. Mungkin kerana setiap tahun diadakan Kembara Mahkota Johor, maka keadaan jalanraya memang sentiasa dalam keadaan baik. Siapa yang untung? Rakyat juga kan..

Gambar ihsan Mirul

1745hrs @ Pekan Pagoh,Johor

Berhenti sat sebab ada yang kehingan skru no.plat hihi

1815hrs @ BHP Bkt.Pasir,Muar,Johor


Oleh kerana masing-masing tak pasti nak menghala ke mana, aku pun mengajak ke Medan Selera Bentayan. Hahaha ke sini lagi kita Joe. Mungkin ada yang kata makanan di sini tak lah sesedap mana, tapi aku suka konsep tempat makan sebegini, lebih santai & tenang. Nak makan pun ada banyak pilihan.

1845hrs @ Medan Selera Bentayan,Muar,Johor


Keadaan yang sama semasa Ride Selatan tempoh hari, melepak hingga hari gelap hihihi.. Mi bandung, murtabak, nasi goreng cili api, yong tau fu & satar menjadi pilihan kami. Nak balik jauh lagi ni, kena la isi tenaga cukup-cukup hehe..



Hampir jam 8.00 malam, barulah kami bergerak semula. Dari Bandar Muar, kami terus ke exit Highway PLUS & menghala ke R&R Ayer Keroh untuk berhenti mengisi minyak. Oleh kerana ada yang dah mula keletihan & terasa 'hilang punggung' dek seharian ride, kami melepak lama sedikit di sini. Tak ada apa yang nak dikejar memandangkan keesokan harinya adalah hari Ahad, tak perlu paksa diri sendiri. Kalau ada yang letih kita rehat, kalau mengantuk kita tidur lah hahaha..

2040hrs @ R&R Ayer Keroh


Penglipurlara mesti duduk tengah hahaha

Jauh menung orang bujang sorang ni
Bila masing-masing dah rasa ok, kami menyambung semula perjalanan. Dari R&R Ayer Keroh, kami berhenti pula di R&R Seremban untuk solat jama' ta'khir, minum & mengisi minyak. Lagipun ni adalah hentian terakhir untuk semua bersama sebelum berpecah pulang ke rumah masing-masing.

2200hrs @ R&R Seremban


Walau baru pertama kali jumpa & ride bersama, tak kering gusi borak dengan abg Masri


Dah puas berehat & bergelak ketawa, kami pun berangkat pulang, Alhamdulillah tepat jam 12.00 malam aku tiba di rumah. Dah biasa ride dua hari, bila ride sehari rasa macam tak puas pula hahaha.. Apapun terima kasih pada semua yang terlibat dalam menjayakan Ride Bukit Kepong 2017 ini. Aku bukanlah ketua tapi sekadar penyusun jadual untuk memudahkan pergerakan, yang penting adalah kerjasama dari semua yang boleh bersatu hati dalam apa jua keadaan.


So next week inshaAllah dah masuk bulan Ramadhan, aktiviti ride dibekukan seketika sehingga selepas raya kot - diri sendiri pun tak boleh jamin hihi.. Selamat berpuasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak, jom kita pulun buat amal ibadah di bulan yang penuh keberkatan nanti.

- matthafidz-

#ridebukitkepong2017
#kapcaitourer
#letsride
#everyonecanride