Sunday 14 May 2017

Ride Lembah Bujang @ 24-25/03/2017 (DAY 2)

Woww lama sungguh siaran tertunda kali ni. Maafkan hamba sebab sibuk dengan urusan harian, nak layan blog ni kena ada mood baru bole jadi hehe.. Ok jom kita sambung..

Hari pertama kami dah ride sejauh 400 km, hari kedua mungkin dalam lingkungan 500 km. Biasa lah bila ride santai ni banyak persinggahan & lencongan, so tak boleh pasti berapa jauh perjalanan hari kedua ni. Kami bergerak lewat sedikit pada hari kedua. Dah setel check out, hampir jam 9 pagi baru kami menggolekkan tayar. Destinasi utama dah tentu lah ke Lembah Bujang, Kedah. Apapun, sebelum kita melintasi Jambatan Pulau Pinang, kita 'tawaf' pulau sat, alang-alang dah sampai sini kan.

0840hrs @ EQ Feringghi Hotel, Batu Feringghi, Pulau Pinang
Dari hotel, kami akan menuju ke kawasan Balik Pulau. Ini merupakan kali pertama nak redah laluan ni sebab sebelum ni jika bercuti di sini dah tentu patah semula ke Bandar Georgetown & terus keluar dari pulau. Melalui kawasan tumpuan di Batu Feringghi yang sememangnya 'happening' pada waktu malam ini, keadaan masih lengang & tenang di waktu pagi.

Tenang-tenang saja di waktu pagi

Hard Rock Hotel, Pulau Pinang


Tumpang posing sat naa..
Kemudian kami berhenti seketika di Empangan Teluk Bahang, menikmati pemandangan indah ciptaan Ilahi di sini. Allahuakbar bukit bukau/gunung berlatarkan langit yang sayup mata memandang memang 'kegemaran' aku untuk menikmatinya. Kelihatan beberapa orang berbasikal ni jalanraya yang sememangnya lengang & tenang, memang sangat sesuai la untuk berkayuh.

Empangan Teluk Bahang, Pulau Pinang


Macam tak percaya dah sampai ke sini motor ni hihi..

Empangan tunggal di negeri mutiara



Dah rakam serba sedikit gambar sebagai memori & kenangan, kami kembali menggolekkan tayar. Ramai yang kata laluan ni memang port orang layan 'corner'. Hahaha memang betul pun tapi sebab jiwa 'touring' tu lebih lagi, takdelah meleleh sangat air liur nak melayannya, acah-acah 'corner' je sambil menikmati pemandangan. Lagipun keadaan jalanraya agak lembab dek hujan semalam, tak payah la cari penyakit hihi..







Keadaan jalanraya yang agak sempit membuat kami lebih berhati-hati. Ada ketika terpaksa berhenti untuk memberi ruang kepada bas untuk mengambil selekoh. Kawasan kehijauan ni memang menenangkan jiwa. Tiba di kawasan Balik Pulau, kami berhenti seketika di Kedai Jeruk Madu Pak Ali untuk membeli sedikit ole-ole.

Balik Pulau, Pulau Pinang



Dari Balik Pulau, kami melalui Relau. Boleh tahan juga layan mendaki bukit ni sampai ada yang terpaksa guna gear 2 hehe.. Jam 10.15 pagi, kami menghampiri Jambatan Pulau Pinang, jambatan pertama yang mana kali pertama juga la aku lalu dengan kuda merah ni.

1015hrs @ Jambatan Pulau Pinang


Babai Penang, che balik dulu naa..

Bukan main seronok si Pejal
Dari Pulau Pinang, kami menggunakan Highway PLUS. Jarak pun tak jauh mana lebih kurang 32 km sahaja. Lebih kurang jam 10.50 pagi, kami membelok di exit Sg.Petani Selatan. Ketika ini, matahari dah mula tegak atas kepala, ditambah pula dengan perut yang belum diisi, fuhh kena berhenti recaj tenaga la. Kami pun berhenti seketika di Restoran Pelita Nasi Kandar untuk sesi brunch. Lokasi kedai ni agak strategik kerana tak jauh dari plaza tol & berdepan dengan petrol stesen Caltex, boleh la isi minyak sekali.

1040hrs @ Plaza Tol Sg.Dua, Pulau Pinang

Makan sat..
Dah selesai makan & isi minyak, kami meneruskan perjalanan menuju ke Merbok. Haihh sayup-sayup kelihatan Gunung Jerai di hujung jalan, macam memanggil-manggil pula haha.. Keadaan trafik memang agak tenang di kawasan ini, ditambah pula dengan kehijaun alam di kanan kiri jalan, memang mengasyikkan. Menuju ke Lembah Bujang, kami melintasi kawasan Tapak Arkeologi Kedah Tua di Sg.Batu, yang mana telah diisytiharkan sebagai tamadun terawal & tertua di Asia Tenggara. Hmm lain kali boleh singgah pula.



Jam 12.15 tengahari, kami tiba di Lembah Bujang. Alhamdulillah tercapai hasrat nak ke sini. Tanpa melengah masa, kami terus meletakkan motor & memulakan kembara untuk meneroka tinggalan sejarah ini.

1215hrs @ Lembah Bujang, Merbok, Kedah


Kisah berkenaan Lembah Bujang ni kalau nak tulis memang panjang. InshaAllah aku akan buat post lain ye. Apa yang pasti bukan sekadar candi-candi yang mungkin kita kenal semasa belajar sejarah di zaman sekolah dulu, malah banyak tinggalan sejarah ditempatkan di sini.. So boleh layan serba sedikit gambar-gambar dulu..







Penat ke bang..














Panaih lit lit..

Haa yang tu bukan candi tau





Sejam lebih juga kami menghabiskan masa di sini. Kesian kawan aku sorang ni yang baru recover dari eksiden tempoh hari terpaksa menapak memanjat tangga, namun tak putus semangat ronda habis kawasan ini. Rasa tak puas kerana tak dapat nak teliti dengan lebih lagi segala perihal sejarah ini, namun oleh kerana perjalanan masih jauh, ada baiknya kami kembali menggolekkan tayar. Lebih kurang jam 1.50 petang, kami bergerak meninggalkan Lembah Bujang. Destinasi seterusnya adalah Taiping, Perak untuk berhenti solat & berehat. Kami bercadang melalui jalan biasa melintasi kawasan Sg.Petani, Kulim, Selama & Taiping.

Berbekalkan bateri handphone berbaki tak sampai 50% dek kerana dah guna untuk 'photoshoot', aku menggunakan GMaps untuk memandu arah kami. Mujur ada USB port di motor boleh la bertahan sikit. Tapi oleh kerana menggunakan data & GPS, laju pula disedutnya bateri handphone aku ni. Akhirnya, memasuki kawasan Padang Serai, terus tak boleh on dah. Hahaha alahai kami pun berhenti sebentar di bus stop, sambil tunggu handphone dicaj sedikit. Sementara itu aku cuba mendapatkan petunjuk jalan menggunakan handphone Pejal yang bateri berbaki tak sampai 50%. Dah tu skrin pula tak jelas angkara terjatuh semasa kemalangannya tempoh hari. Hahaha naik juling mata baca map!! Memang silap aku kerana tak download offline map. 10 minit terkandas, bateri handphone aku baru ada 5%. Ok takpe dah dapat petunjuk lebih kurang tadi, kita jalan je la.

Melepasi kawasan Hi-Tech Industri Kulim, jam 2.40 petang kami berhenti untuk mengisi minyak di stesen minyak Caltex Sg.Ular. Sempat juga bertanya dengan pekerja di kaunter. Ok sahih jalan yang kami guna ni. Selesai isi minyak, kami menuju ke Masjid Al-Furqan, Sg.Ular, yang terletak berhampiran dengan Caltex tadi. Berehat, solat sambil mengecaj handphone hehe.. Dah tumpang caj handphone di masjid, jangan lupa menyumbang di tabungnya ye.

Lembah Bujang, Kedah ke Changkat Jering, Perak
Jam 3.30 petang, kelihatan langit semakin gelap. Ahh sudah, nampak gaya kena beredar segera. Tak sampai 15 minit ride, hujan turun dengan lebatnya. Hihihi terpaksa la berhenti semula. Oleh kerana semalam dah basah kuyup, hari ni aku kena pakai baju hujan sebab tak tahan air bertakung dalam kasut. Kasut memang waterproof tapi seluar tak, memang ke dalam kasut jugalah perginya. Pejal pula terpaksa la meng'kebal'kan diri meredah hujan.

"Kita pun tak tau kat mana sekarang ni, dah dekat pukul 4 ni tapi kat Kedah lagi haha.. Jalan je la Mat, slow-slow kayuh," kata Pejal.

1600hrs @ Jalan Kulim-Serdang (Route 136), Kedah
Dari kawasan kampung, kami melewati kawasan yang tidak berpenghuni, kawasan hutan barangkali. Tak sempat nak kenal pasti sebab fokus kepada lane jalan. MashaAllah hujan memang sangat lebat ditambah lagi dengan berada di tengah kawasan yang tinggi-tinggi pokoknya, jarak penglihatan hanya sekitar 50 meter untuk hampir setengah jam. Berhati-hati kami meredah hujan hinggalah memasuki Jalan Sg.Tengas (Route K907), hujan mulai reda & akhirnya berhenti. Alhamdulillah syukur. Syukur juga dah redah hujan lebat, kami dihadiahkan dengan panorama yang sangat indah..

SUBHANALLAH..

1700hrs @ Jalan Sg.Tengas (Route K907), Kedah

Lihatlah kegelapan yang telah kami tinggalkan hehe..





Menghampiri Selama, Perak

Jam 5.30 petang, kami tiba di Taiping, Perak. Agak sibuk suasana ketika itu dengan jumlah trafik yang banyak menyebabkan kami membatalkan hasrat untuk berhenti berehat di sini. Kami meneruskan perjalanan hinggalah ternampak sebuah kedai makan di kawasan Changkat Jering. Haa jom lah rehat & makan sat..

1730hrs @ Taiping, Perak - Alahai gelap lagi depan tu hihi..

Chop Mee Kari, Changkat Jering, Perak
Nampak macam glamer je Chop Mee Kari yang terletak di Jalan Air Kuning (Route A109) ni sebab memang ramai pelanggan yang sedang makan. Memang rezeki kami la dapat singgah di sini gamaknya. Oleh kerana teman tak gemor mi kari, teman oder nasi goreng ikan rebus sebab menu yang lain dari lain. Sedap juga ditambah pula perut yang sememangnya lapar selepas meredah hujan lebat tadi hehe..


Nasi goreng daging kicap vs ikan rebus
Dah selesai makan & berehat, jam 6.30 petang kami bergerak menuju ke Kuala Kangsar, melalui kawasan Bukit Berapit, yang mana jalanrayanya bersebelahan dengan highway. Kalau guna highway memang akan nampak lori merangkak-rangkak memanjat bukit di sini.




Selepas berhenti mengisi minyak di Petronas Padang Rengas, jam 7.00 malam kami tiba di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar. Niat di hati nak Maghrib di sini tapi ada lagi setengah jam baru masuk waktu Maghrib, lalu kami meneruskan perjalanan.

1900hrs @ Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak

Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, Perak
Walaupun hari dah gelap, cabaran harus diteruskan. Kali ni, dari Kuala Kangsar kami akan terus melalui jalan biasa hingga ke Tapah. Hahaha memang mencabar mental & fizikal melalui jalanraya yang bukan sekadar gelap, malah sunyi & berselekoh..

Dari Kuala Kangsar, kami melalui Manong, Beruas (sepatutnya tak lalu tapi terlepas simpang), Bota, Pasir Salak & akhirnya tiba di Tapah pada jam 10.00 malam. Syukur tiada kejadian yang tak diingini berlaku. Apa yang pasti, jika melalui route ni waktu siang memang menarik kerana melalui jalan di kawasan perkampungan, tepi Sungai Perak, kawasan sawah padi & lain-lain. Kelihatan juga petunjuk arah ke makam-makam Sultan Perak terdahulu, rasanya lebih 10 buah makam di sepanjang perjalanan dari Bota ke Tapah.

2010hrs @ Shell Beruas, Perak - Berhenti pergi toilat jap, sejukk..

2050hrs @ Shell Titi Gantung, Perak

2200hrs @ Shell Tapah, Perak

Cari air panas jap
Jam 11.00 malam, kami kembali menggolekkan tayar. Dari Tapah, kami menggunakan Highway PLUS pula. Hahh nasib baik motor tak kena tol, kalau tak memang jimat banyak ni sebab tak banyak guna highway haha.. Dengan kelajuan 85-90 kmh, jam 12.40 malam kami tiba di Hentian Sebelah Rawang. Isi minyak, solat, berehat & isi perut sebelum menghabiskan perjalanan kembali ke rumah masing-masing.

0120hrs @ Hentian Sebelah Sg.Buloh - Memang santai habis ride ni hihi..
Alhamdulillah jam 2.30 pagi aku selamat tiba di rumah, manakala Pejal extra lagi 30 minit ke Banting. Ride yang paling santai dengan lebih 60% berada di jalan biasa yang sama-sama tak pernah lalu. Apapun TQ Pejal, sama-sama berjaya menjalani ujian mental, ride slow & steady, sorang sebab motor memang tak boleh nak laju, sorang lagi kena tahan nafsu memulas throttle hahaha.. 


Pejal dah buktikan EX5 standard pekak berusia 9 tahun yang ditunggang hari-hari ke tempat kerja pun boleh ride lebih 1,000 km dalam masa 2 hari. So apa tunggu lagi?? Jangan fikir berapa jauh kita hendak tuju tapi berapa banyak pengalaman & kenangan yang akan kita cipta..

#ridelembahbujang2017
#kapcaitourer


- matthafidz -

2 comments: