Monday 22 February 2016

Super Supir

Kerjaya sebagai driver limo atau aku lagi suka nama 'supir' (bahasa Indon haha) sebenarnya sama seperti kita berniaga. Kita perlu laburkan modal untuk beli sebuah limo dari syarikat, kemudian perlu bayar sewa harian, sewa radio trunk & sebagainya. Sama seperti kita buka sebuah kedai, perlu modal permulaan & modal pusingan harian. Cuma bezanya 'kedai' aku ni bergerak & selepas tamat kontrak 5.5 tahun, 'kedai' ni akan jadi milik aku sepenuhnya hehe..


Bila mana bekerja sendiri, masa & income sendiri yang tentukan, tapi dengan izinNya lah kan. Jangan fikir driver limo atau pemandu teksi ni semuanya memilih kerjaya ni sebab kurang pendidikan. Di sini aku mengenali ex-cikgu, ex-manager, ex-businessman & berbagai latar belakang pekerjaan sebelum ni. Kebanyakannya memilih kerjaya ni kerana mereka nak MASA & INCOME yang tiada kekangan.

Agak penat seharian memandu tapi seronok, seronok sebab dapat bantu memudahkan urusan orang lain untuk ke airport atau sebaliknya. Salah seorang 'sifu' pun pernah pesan, tak kisah la makan gaji atau bekerja sendiri, tapi mesti niat di hati tugasan kita ini untuk memudahkan urusan orang lain. Selain itu, aku dapat berbual dengan orang dari seluruh pelusuk dunia. Hahaha tak semua orang ada peluang ni kan, walaupun kadang-kadang macam ayam & itik bercakap.

Bila berbual, mereka akan bertanya apa yang menarik di Malaysia. Selepas cerita lebih kurang, selalunya aku akan tanya semula pada mereka soalan yang sama, secara tak langsung aku dapat lebih info mengenai negara orang lain, betul kan.

Satu lagi perkara yang agak seronok di sini, dapat 'travelling' ke seluruh semenanjung Malaysia. Tapi bergantung pada nasib juga. Kalau dapat 'outstation' trip tu memang seronok lah!! Satu, sebab bayaran agak lebih dari 'local' trip. Kedua, dapat menerokai tempat-tempat yang mungkin tak pernah kita pergi. Bohong lah kalau kata seluruh kawasan Malaysia ni kita dah pergi hehe.. Memang sesuai untuk aku yang suka meronda + gila stereng!! Ketiga, dapat masuk ke kawasan perumahan mewah/eksklusif. Dapatlah cuci-cuci mata tengok rumah-rumah besar, Jangan hanya tengok, sebaliknya jadikan sumber inspirasi untuk lebih maju. Kalau orang lain mampu berusaha, mengapa tidak kita??

Melaka? Celah gigi je hihi
Genting Highlands, Pahang
Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Muar
Pasir Gudang, Johor Bahru
Kuantan, Pahang
Kemaman, Terengganu
Alhamdulillah banyak dah tempat-tempat baru yang telah aku pergi, gambar-gambar ni antaranya je. Selatan dah hujung, Timur dah sampai Terengganu, cuma Utara baru sampai Ipoh je. Harap-harap esok lusa dapatlah ke Penang pula, boleh pekena pasemboq. Cuma tak dapatlah nak pergi menjelajah tempat-tempat menarik & ambil gambar beriya-iya. Kalau kebetulan lalu ok lah. Dah namanya bertugas, walaupun hakikatnya bekerja sendiri tapi tak boleh leka!!

Saturday 20 February 2016

Life Goes On..

Kehidupan terus berlalu. Bila bekerja sendiri memang pendapatan tak tetap, kadang banyak, kadang sedikit. Walaupun begitu, aku sentiasa mengintai-intai peluang lain juga. Nak bekerja makan gaji semula memang dah tak minat. Bukannya apa, bila bekerja sendiri, masa sendiri, income sendiri, buat sikit dapat sikit, buat lebih dapat banyak, tapi ada masanya tak dapat apa-apa hahaha.. Itulah namanya roda kehidupan, kadang di atas, kadang di bawah kan. Satu lagi perkara aku suka bekerja sendiri ni adalah nak mencari rezeki yang berkat. Masa makan gaji dulu banyak mengular, jalan-jaln pergi halfcut, lepak workshop kawan-kawan, lepak kat rumah, tapi yang paling best boleh runner ambil barang kawan kat Kuantan time keje!! Hahaha memang patut lah income tak pernah cukup, menipu bos je. Sekarang ni sendiri bos, sendiri kuli baru tau!!



Lebih kurang dalam bulan Mac 2014, kawanku Amir bertanya, "Ehh Mat ko minat bawak limo tak? Aku dengar banyak kereta baru nak keluar tu" Amir ni antara kawan paling lama aku, kenal dari umur 5 tahun semasa tadika dulu, tahun 1985. Sekarang dah 2016 haha lu pikir la sendiri berapa lama dah. Dulu dia bekerja sebagai runner Proton kat Berkeley Klang. Ofis dia tu pun dulu antara port aku mengular dulu. Bukan takat mengular, kadang-kadang siap follow dia pergi ambil kereta lagi, ada sekali tu sampai Sg Besar!! Hebat tak tahap mengularan aku dulu??

Sesi lawatan ke rumah mertua Amir tahun 2012, alhamdulillah sekarang dah semakin sihat
Lepas berhenti dari Proton tu, dia join Airport Limo, jadi driver limo/teksi airport. Boleh tahan juga lah incomenya masa tu. Tapi dah berhenti selepas diserang strok pada penghujung 2011. Alhamdulillah dah beransur pulih hari ni, cuma masih belum mampu untuk bekerja. Semoga sahabatku yang seorang ni akan terus sihat hendaknya, aminn..

Fikir punya fikir ok juga jadi pak supir ni. Pendapatan lumayan, masa kerja sendiri yang tentukan. Congak punya congak dan bincang dengan isteri, akhirnya aku ambil keputusan untuk menceraikan si Kuning sebagai modal keluarkan sebiji limo. Takpelah rolling untuk dapat pendapatan, tak rugi mana pun.

Maka bulan Mei 2014 bermulalah kehidupan sebagai seorang supir, nombor limo pun memang sesuai dengan aku, LIMO3459W..
34 - umur aku waktu tu
5   - bulan 5 limo keluar
9   - 9 tahun dah kahwin

Hahaha ok tak??


Friday 19 February 2016

Misi Postpone!!

Masa terus berlalu dah masuk tahun 2013. Aku sibuk dengan tugasan aku, Joe pula macam biasa sibuk di bengkel keretanya. Kekangan masa membuatkan misi Ride Semenanjung Malaysia terpaksa dilupakan seketika. "Postpone dulu la nampaknya mat, keje pun menimbun nih haha.." kata Joe. Nampak gaya macam tu la, takpe fokus pada keperluan dulu walaupun perasaan membuak-muak nak ride hehe..

Demi tugasan & bisnes yang aku jalankan ketika itu, terpaksa beli sebuah kereta. Yelah, macam mana nak angkut barang guna motor. Kereta yang sedia ada isteri nak guna. Survey punya survey dapatlah sebijik Proton Satria 1.6 (A), harga agak murah sebab gearbox dah kong, roadtax pun dah lama mati & keadaan memang tak hensem langsung!! Komen Joe bila tengok Satria yang aku beli ni "Oit ni kereta ke apa yang ko beli ni" Hahahaha..

Otai alignment Husin Kg Jawa in action

Sebenarnya Ijal yang beli kereta ni. Selang sehari dapat pula Satria lain yang berkondisi on the road. Memang dia jadi king Satria masa tu sebab entah bape kali dia beli, jual, beli, jual!! Meniaga katanya haha.. Satria biru ni pula kena modal lebih sikit, so lama jugak la aku sadaikan kat rumah. Slow-slow buat lah. Akhirnya siaplah untuk kegunaan harian & kerja-kerja mengangkut barang hihi..


Biar tak laju janji selesa & sedap mata memandang
Dari kategori kereta tersadai, siap juga akhirnya walaupun tak cukup puas. Cukuplah tu kalau dilayan terus tak boleh berhenti. Si kuning ni lah aku bawa ke hulu ke hilir buat kerja, tapi tak lah jauh mana cuma dalam Lembah Klang je. Ada la 2-3 kali jauh sikit perginya, follow Hamka pergi drag kat Melaka & Perak.

Bila dah sibuk dengan kereta, LC aku pun tersadai. Bila bekerja sendiri ni cabaran menguruskan kewangan tu agak tinggi. Sampai satu tahap nak guna modal, memang tak fikir benda lain lah. Nak meminjam kawan-kawan untuk modal berniaga memang aku jauhkan sama sekali. Memang tak suka meminjam kecuali kalau dah terdesak. Maka akhirnya terpaksa lah aku ceraikan si LC huhu.. Alhamdulillah sampai hari ni masih berkhidmat dengan cemerlang bersama owner baru yang kerja di KLIA..

Hari terakhir bersama, lama sangat sadai sampai luntur kaler jadi putih hahaha

Tamat Zaman Bekerja

Tahun 2011 adalah tahun terakhir aku bergelar 'pekerja makan gaji'. Sebenarnya dah lama terfikir untuk berhijrah & memulakan sesuatu yang baru tapi tak cukup kekuatan. Atas dorongan isteri, akhirnya aku meletakkan jawatan setelah berkhidmat hampir 7 tahun di CWT Commodities. Oleh kerana plan untuk bekerja sendiri memerlukan aku bergerak ke sana sini berjumpa orang, rasanya memang kena upgrade motor lah hehe..

Beberapa hari selepas keluar keadi, ini lah namanya sepakat membawa berkat hahaha

Dari Lagenda disumpah menjadi LC135 pula. Tapi ada kisah disebalik pembelian motor ni hahaha.. Sebelum beli, aku & Joe dah plan sesuatu. Kita beli motor sama-sama, lepas tu kita ride keliling Semenanjung Malaysia!! Punyalah berkobar-kobar masa tu, sama-sama tunggu plat BLC sempena motor LC kan, warna sama hitam, no.plat pun dah dekat-dekat je kan. Haha kembar tak seiras ni memang syok la kalau ride berdua.

Merata juga aku bawa motor ni. Runner sana sini, lepas juga lah sampai ke Bentong & Melaka tapi solo ride lah sebab hal kerja. Henjut je apa yang ada, banyak jimat tu kalau nak banding guna kereta kan haha.. Joe pula tak banyak guna sebab dia memang kat bengkel je setiap hari.

Benda wajib dalam topbox tu adalah spray rantai, tools, baju hujan & sandal

Pada aku LC135 ni antara motor kapcai 4-stroke yang terbaik. Maintenance pun senang, jaga minyak hitam & rantai je. Atas highway memang pulas throttle habis punya haha.. Dari mula keluar kedai sampai la saat ditalakkan masih boleh maintain top speed hampir 140kmh, tapi tak sehebat 1st model LC135 yang takde cut-off pada CDI nya, senang-senang boleh cecah 160kmh. Ala cukuplah tu kan, nak laju lagi tukar kunci la hahaha.. 

Ride @ Pulas Throttle ke Pulau Pangkor

Tanggal 7 Ogos 2010, semua rider berkumpul di Esso BBK jam 8 pagi. Tapi jumlah makin lama makin bertambah sebab ramai yang nak join last minit. Last-last total ada 37 biji motor yang nak pergi hahaha.. Semuanya Yamaha belaka - RXZ, 125Z, LC135, Lagenda & paling legend kawan sekolah aku bawak SSTwo Racing Spirit!!

Perjalanan ke Pulau Pangkor pun bermula. Ride ni aku namakan 'PULAS THROTTLE KE PULAU PANGKOR', bagi nama lain sikit sebab asal konvoi je mesti nama RIDE TO.. tak pun KONVOI KE.. Siap ada stiker tau tapi organizer sendiri tak dapat haha hampeh betul. Bermula dari Klang, kami melalui jalan persekutuan Kuala Selangor > Sabak Bernam > Sitiawan > Lumut.

Antara pitstop dalam perjalanan, berhenti isi minyak & ambil nafas di Petronas Sg Besar


Selamat tiba di Lumut lebih kurang jam 12 tengahari. Oleh kerana jumlah motor yang agak besar, kami menyewa sebuah tongkang dari Kg Aceh untuk membawa kesemua motor ke Pulau Pangkor. Kalau nak naik feri biasa yang kat Lumut tu memang sampai ke petang tak boleh selesai kot sebab feri penumpang bole bawa tak lebih 5 biji motor rasanya.

Sementara menunggu tongkang sampai kita posing lah, naik terbakar jugalah kulit dek cuaca panas 
Ni lah kuda besi aku ketika itu hahaha
Acara membawa motor ke atas tongkang, Tuan Penasihat (Joe) berposing la pulak 
Motor je naik tongkang, rider naik feri lah
Selamat tiba di Pulau Pangkor jam 3 petang
Bercuti pun tak lama, sekadar 2D1N je. Dapatlah juga melepaskan lelah penat bekerja & melepaskan gian masing-masing nk pulas throttle kan haha.. Apapun terima kasih pada kawan-kawan yang turut serta konvoi ni. Sampai lah ke tahun 2016 nih masih ada suara-suara yang minta aku organize konvoi/ride yang seumpama ini. InshaAllah akan diusahakan tapi kita ride jauh sikit la boleh ke hihi..


Brado ni tetap champion bab motor hingga ke hari ni hehe
Ronda keliling pulau



Wak Mahmud & geng runner Klang yang sentiasa aktif berkonvoi hingga hari ni, lu orang memang sempoi!!



Tempat penginapan kami, memang selesa untuk menginap berkumpulan & mempunyai ruang parking motor berpagar
Yamaha only hehehe

On the way pulang, singgah jenguk tempat kami menimba ilmu satu ketika dahulu - SMKASL
Alhamdulillah selamat tiba di Klang jam 9 malam

Pencetus Idea

Dalam sibuk bekerja, ada juga la masa mengeteh dengan kawan-kawan. Salah sorangnya kawan sekolah menengah nama Joe @ Ntot. Joe ni kaki pancing, segala lubuk, hutan, laut semua dia redah. Takat kolam tu celah gigi je hehe.. Ntah mana datang angin tiba-tiba keluar idea..

"Mat, jom ride, aku gian la lama tak ride"
"Nak pergi mana?"
"Pangkor jom, jalan-jalan ambil angin pulau"

Joe sampai hari ni masih gagal memancing aku untuk join dia memancing hahaha..
Hahaha.. macam best je kan. Joe ni masa zaman belajar kat Politektik Kota Bharu dulu naik motor je ulang alik ke kampungnya di Sg. Besar. Semua motor dia henjut, RXZ, 100 Sports & macam-macam lah. Senang cerita Lebuhraya Timur-Barat tu memang dalam poket dia, kira rider kental jugak lah hahaha!! 

So apa lagi, kasi plan lebih kurang & ajak kawan-kawan yang berminat. Kebetulan pula masa tu kawan aku, Ijal nak jual Yamaha Lagenda, aku pun terus jual SRE apek jual sayur tu & sambar Lagenda dia, dia pulak ambil Yamaha LC135. Nak ride jauh sikit ni naik motor selesa sikitlah kan hihi..

Plan asal nak pergi dalam 10 biji motor/rider je, tapi makin hari makin bertambah. Hantamlah janji sama-sama boleh ride. Minggu terakhir sebelum ride tu ada lebih kurang 30 biji motor. Walau apa pun keselamatan kena jaga. Oleh kerana nak berkonvoi dengan jumlah yang agak besar, aku pun buat surat makluman kepada Balai Trafik Klang (atas nasihat rider-rider yang selalu berkonvoi dalam kumpulan yang besar), kalau jadi apa-apa pihak polis dah sedia maklum lah.

Thursday 18 February 2016

Dua Roda Kembali

Bila dah bekerja, dah tentu kena travel ke tempat kerja. Cara yang jimat naik motor lah kan. So kembalilah menunggang 'kuda' besi nih. Dari Honda EX5 HP upgrade ke Yamaha 125Z sebab kena travel Banting-Klang tiap hari. Alhamdulillah bila dah kahwin, terus menetap di Klang, so macam membazir je pakai 2T nih, tempat kerja dah la macam padang pasir naik jahanam motor wehh.. So downgrade 4T semula, bukan EX5 tapi Yamaha SRE!! Hahaha motor ni memang kelakar, masa beli pun memang kurang selera, rupa motor apek jual sayur, dengan kaler hijaunya. Tapi sebab recomended oleh pomen, beli juga la. Nanti kita upgrade la slow-slow, lagi syok dari EX5 katanya. Tiga hari guna, ENJIN PECAH masa pergi kerja. Hahaha memang naya betul, terus upgrade la apa lagi hahaha..

Macam ni la rupanya masa beli tapi ni ensem gak ni ada sportrim

Ni la rupa sebelum diceraikan, NOS katanya hahaha
Masa ni memang sibuk kerja. Sabtu ke, ahad ke semua pun langgar. Kadang-kadang hari biasa sampai 2 pagi tak balik lagi kalau ada shipment masuk. Tapi jadi person in-charge taklah teruk mana kerja, cuma kena spend masa kat tempat kerja untuk monitor operations. Mulalah mengisi masa yang ada surfing internet mencari apa yang patut hinggalah dipertemukan dengan kisah ini..

Buku kisah Ekspedisi Merdeka KL-London

Wow!! Memang teruja membaca kisah Kapten Azizi Hashim & rakan-rakannya ride Kawasaki Versys 650 dari Malaysia ke London. Merentasi 18 negara dengan jarak perjalanan melebihi 20,000 km pergghhhh memang penuh cabaran & pengalaman. Terus 'add friend' FB Kapten Azizi, follow perkembangan & kisah permotoran beliau hingga ke hari ni hehe.. Sejak itu mula la timbul minat nak 'crossborder' jugak, tapi masih hangat-hangat taik ayam lagi ni hahaha..

So kalau berminat nak tahu lebih lanjut mengenai Ekspedisi Merdeka KL-London (EM1M) ni boleh rujuk di http://www.em1m.shakespot.net/

Sebenarnya ramai rider yang mengembara dengan motor, tak kisah motosikal berkuasa tinggi atau kurang kuasa, cuma tak ramai yg mem'buku'kan macam Kapten Azizi ni. Ramai silent rider di luar sana tu. Apapun, EM1M ni antara pencetus untuk aku meneroka alam & tempat-tempat menarik di Malaysia ni, disamping menambahbaik pengalaman sendiri mengendalikan kenderaan.

Dua Roda ke Empat Roda Lah Pulak!!

Dengan Spirit ni la aku berulang alik ke kampus PJ & kemudiannya ke Gombak ketika tu. Pantang ada kawan ajak meronda, ON saje hahaha.. Masa tu takdelah 'crossborder' macam zaman sekarang ni. Tapi jodoh tak panjang dengan motor ni apabila tergolek dekat kawasan Morib. Bukan beracing pun, lembu melintas tak sempat nak brek, bawak 60kmh je pun hahaha.. Adehh merasa juga lah 10 hari dok kat Hospital Klang. Sampai la hari ni masih ada 'plate' besi kat peha ni hehe..

So bila dah eksiden, beralihlah ke roda empat la pulak. Tak puas lagi layan roda dua tapi apakan daya kan. Maka 'terlayan' kereta la pulak lepas tu wakaka.. Pun sama jugak, asal ada yang ajak meronda ON saje. Memang suka meronda la senang cerita. Kalau keluar malam minggu tu boleh drive sorang-sorang walaupun yang lain dah ternganga berdengkur haha..

Chasis & enjin je Perodua ni, abih aku convert menatang nih. Masa ni Kancil Turbo memang dah 'king k-car' la hahaha..
Sang Kancil ni berkhidmat sampai la start keje. Ni lah kereta ambil adik balik asrama, bawa kawan-kawan pergi minum & pelbagai aktiviti. Kecil bukan sebarang kecil sampai Kuala Perlis jugak nih wehh hahaha.. Bila dah keje, upgrad la kereta yang selesa sikit. Alhamdulillah sampai hari ni takdelah silih berganti kereta cuma barang-barang kereta sikit-sikit je hihi.. Tu pun dah slow bila dah mula ada anak, komitmen bertambah. Haa masa tu baru tau mana satu kemahuan, mana satu kehendak. So kita utamakan yang penting lah kan. Nafsu kereta/motor ni kita tolak tepi sikit, jangan buang terus nanti payah nak cari semula haha..

Pembuka Bicara

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Alhamdulillah menjebakkan diri semula ke ruang 'blog' ni. Hahaha apa pun, sekadar nak berkongsi serba sedikit pengalaman & minat. Aku ni bukanlah seorang pomen mahupun golongan profesional dalam bidang permotoran ni, cuma aku juga punya minat yang tersendiri. Memang dari sekolah rendah perasaan minat kepada kereta & motosikal/motor tu memang tak pernah padam. Bila dah minat, mestilah ada impian kan. Impian nak memiliki kereta & motor idaman pun masih belum terlaksana. Umur dah menuju ke angka 40 dalam masa beberapa tahun lagi ni hahaha. Takpelah rezeki masing-masing, syukur dengan apa yang ada tapi tetap berusaha & berdoa semoga satu hari nanti impian akan terlaksana.

OK tak payah meleret-leret, blog ni sekadar nak berkongsi pengalaman berkenaan kenderaan yang pernah aku miliki, pengalaman mengembara/bercuti & mungkin juga terdapat sedikit tips-tips yang berguna. Ini blog aku, so sukahati aku la nak cerita pasal apa pun kan hahaha.. Firstly kita cerita pasal kenderaan yang pernah aku guna/miliki. Semua kecil-kecilan je, roadtax murah-murah & masih tak perlu lesen B Full pun lagi hahaha.. Satu perangai aku yang tak boleh nak ubah bila ada kenderaan ni, tak kisah la kereta ke, motor ke, aku mesti nak kenderaan tu dalam keadaan 'hensem', selamat & selesa untuk digunakan. Ada orang yang mementingkan kelajuan, takpun nak yang 'rare' je, tapi bagi aku biar tak laju & 'rare' mana pun, janji diri sendiri enjoy.

Posing dengan kembar Racing Spirit budak Andalas hahaha, Opie yang sememangnya kawan baik sejak zaman sekolah dulu sampai la sekarang, brado ni banyak koleksi motor dari zaman dulu hingga kini kekeke.. 

Hahaha yang sebelah kiri tu adalah kuda pertama yang aku tunggang. Yamaha SSTwo Racing Spirit, limited & memang laju ni hahaha.. Hadiah untuk keputusan SPM yang mengejutkan ramai orang masa tu. Memang masa sekolah dah target menatang tenggiling ni, yang mana dikategorikan sebagai 'king' kapcai masa tu. Tak lama lepas keluar result SPM, abah ajak ke kedai motor di Jalan Klang Lama (ada lagi kedai tu sampai hari ni) untuk booking motor. Bila sampai kedai tengok harga agak mahal banding motor lain. Abah pun bukanlah orang berada, hanya pegawai kerajaan ketika tu tapi sebab janji seorang ayah pada anaknya kan. So aku bagitau abah beli Modenas Kriss je pun ok dah. Masa tu kaler hitam Merdeka Edition yang stripe bendera Malaysia tu kalau korang tau lah. Lepas booking jeling-jeling juga Racing Spirit ni tapi takpelah beli ikut kemampuan kan.

Lepas 2 minggu abah ajak pergi kedai ambil motor, sampai kedai aku pun beriya la tengok Kriss hitam kat depan kedai sementara abah berurusan kat dalam. Tuptup cina kedai tu tolak sebijik Spirit merah keluar kedai, "Nah lu punya kunci.."

Aik, apa dah jadi nih?? Tapi tu lah kasih sorang ayah kan, cuba memenuhi impian setiap anaknya. Rupa-rupanya dalam diam dia minta kedai tukar motor. Happy memang tak terkata masa tu hehe.. Abah pun tersenyum melihat aku gembira walaupun akan bertambah komitmen untuk membayar motor aku pula lepas ni. Apapun abah & mak memang parents yang terbaik. Semoga kita sebagai anak dapat beri yang terbaik kepada mereka, sementara mereka masih ada ni. Nak balas semula jasa mereka memang tak terbalas lah kan. Lepas solat jangan lupa doakan untuk mereka..


Atas nama menghargai pemberian & pengorbanan abah, aku pun jaga la motor ni sebaik mungkin. Kalau difikir-fikir, memang tak terhitung pengorbanan abah & mak semasa membesarkan anak-anaknya. Alhamdulillah kedua-duanya masih ada lagi, nak balas semula jasa mereka memang tak termampu. So kita cubalah bahagiakan & gembirakan mereka sehabis baik..