Thursday 29 December 2016

Ride Genting Skyway @ 19/11/2016

Selepas Ride Selatan yang lepas, macam biasa la masing-masing kembali dengan tugasan harian. Tapi bila dah namanya hujung tahun, wife pun dah plan nak bercuti. Bila nama nak bercuti lebih 2 hari, aku pun terpaksa la cari '2nd driver aka co-jp' untuk jalankan limo aku, maklumlah jalan ke tak, sewa harian tetap jalan.

Wife plan nak bercuti dengan familinya ke Pasir Salak, Perak 27 & 28 November, so aku pun dah standby orang untuk bawa limo. Dapat pula driver yang baru nak berjinak-jinak dengan limo, takkan nak bagi 2-3 hari je pulak. Ok lah, aku bagi extra minggu sebelumnya, so dapatlah aku bercuti 2 hari. Dah cuti takkan duduk rumah je kan hehe.. Fikir punya fikir, bawak anak sulung - Idzanee (Jane) yang berusia 9 tahun ride best jugak kan. Nak juga rasa macam mana bro Kembara Classic bawa anak lelakinya ride sana sini. Kalau nak tau boleh jenguk FB nya - Kembara Classic, bukan sembarangan klasik, bawa anaknya sana sini ride Honda Cup je tau!!

Plan asal - Klang > Genting Highlands > Janda Baik > Klang
Memandangkan tak pernah bawa Jane ride (paling jauh pergi Shah Alam je kot sebelum ni), aku plan ride simple je, naik Genting Highlands pastu pekena sup tulang kt Janda Baik. Ok lah tu kan, jalan-jalan cari makan.

Pagi 19/11/2016 tu, selesai je serah limo kepada co-jp, kami pun bergerak dari rumah. Jane yang 1st time nak ride bersama memang dah teruja sejak awal lagi, hehe.. Dari rumah, kami singgah bersarapan sebelum memulakan perjalanan melalui Highway KESAS. Selepas KESAS, kami melalui Highway Elite, NKVE & DUKE sebelum memasuki Highway Karak. Memandangkan ni kali pertama bawa Jane, aku cuma memulas sekitar 80-90 kmh je. Bagi dia biasa dulu, esok-esok dah ok baru kita laju sikit hehe..

1000hrs @ Klang, Selangor

Isi perut dulu lah

1120hrs @ Shell Jalan Duta
Cuaca ketika itu agak cantik. Lebih kurang jam 11.45 pagi, kami dah mula memanjat bukit di Genting Sempah, tapi langit dah sedikit mendung pulak. Hmm takpelah kita jalan dulu tengok amacam. Makin mendaki ke atas, lain macam pulak langit ni. Nak sampai ke atas mungkin selamat lagi, tapi risau kalau hujan masa turun nanti. Baju hujan untuk Jane takde pulak, takkan nak biar dia lencun pulak. So, kita tukar ke plan B, ride sampai Stesen Genting Skyway je & naik ke puncak guna cable car.

1145hrs @ kaki bukit Genting Highlands
Sebelum ni aku pernah melepak kat stesen ni sementara menunggu pak arab naik cable car, so tau la serba sedikit pasal tempat ni. Kawasan parking motorsikal pun banyak & kelihatan selamat. Dah siap mengunci apa yang patut, datang sepasang couple mendapatkan motornya di sebelah motor aku. Sembang punya sembang, brader yang usia lingkungan 40-an ni ride berdua naik LC135 dari Klang.

"Sejak kawin, ni la 1st time ride berdua, dah 20 tahun kot tak ride sama-sama," katanya. Hihihi orang Klang juga. Tiap kali ride, ada saja perkara yang menarik aku jumpa. Borak lebih kurang, aku pun minta diri & kami pun menuju ke kaunter tiket.

1215hrs @ Stesen Genting Skyway

Posing jap, menatang ni ada berdekatan kaunter tiket
Harga tiket cable car RM6.40 (sehala) & RM12.80 (2 hala) tak kira umur. So belilah 2 hala siap-siap. Ok tiket dah ada, jom kita naik cable car..







Naik sampai ke puncak Genting Highlands ni memang dah banyak kali tapi dah tentulah bawa penumpang naik limo. Kali ni, sama-sama 1st time naik cable car Genting Skyway ni hahaha.. Ok juga sebab dapat menikmati pemandangan sepanjang perjalanan & tak perlu nk penat-penat layan corner. Menghampiri puncak, keadaan dah mula berkabus. Ok lah sejuk sikit.

Lebih kurang 20 minit, kami selamat tiba di Genting Highlands. Keluar je dari cable car, Jane terus bersuara, "Pa, nak main game," katanya. Hehe aku dah agak dah. Ok no problem memang nak layan dia hari ni. Kami pun berjalan menuju ke Indoor Theme Park. Kat sini guna sistem macam Touch n Go, so kena beli kad dengan kredit, pastu gunalah sampai habis kredit. Hahh layann..








Beli kad harga RM25 tapi sekejap je habis. Mana taknya, satu game lebih kurang RM3-4, memang sekejap je la haha.. Boleh la tu buat lepas gian sebab kat rumah bukan ada apa-apa game pun, lebih-lebih pun tumpang tab mamanya.

Dah selesai 'bergame', kami melepak sekejap di luar bangunan. Suhu pun ok sedikit sejuk sekitar 22 darjah celcius tapi hujan dah mula turun. Hmm harap-harap hujan di atas ni je lah. Perut pun dah lapar, jomlah kita turun semula ke bawah.







Dalam cuaca hujan yang sejuk, kelihatan pemandangan sekitar yang agak menarik. Akan tetapi, makin menghampiri Stesen Genting Skyway di bawah, makin lebat pula hujan, Ahh sudah camne gaya ni. Lebih kurang jam 2 petang, kami selamat sampai di stesen & hujan sedang turun dengan lebatnya. Ok kita solat dulu kat surau sementara tunggu hujan berhenti.

Dah selesai solat, tunggu punya tunggu hujan tak juga berhenti. Aku tak kisah sangat makan lewat tapi kesian pula Jane. Kami pun berjalan la mencari apa yang patut. Dapatlah sebotol air & semangkuk megi in cup yang boleh tahan harganya. Hmm hentam je la..

Hujan lebat yang betul-betul lebat!!

Licin megi kikiki..
Makan sudah, melopong pun sudah, hujan tak berhenti juga. Tak boleh jadi ni pukul berapa pula nak sampai rumah. Aku pun buat keputusan, Jane pakai baju hujan, manakala aku pakai seluar hujan je. Yelah dia kat belakang kurang risiko nak lencun, yang penting tak kesejukan. Dah siap semua, jam 3.30 petang kami pun bergerak turun. Lebih kurang 10 minit ride, hujan pun berhenti. Alhamdulillah, dapat la berhenti sekejap sambil menikmati pemandangan.

Ni baju ke jubah kikiki..


Oleh kerana masa tak mengizinkan, tak dapatlah nak pekena sup tulang kat Janda Baik. Kami meneruskan perjalanan pulang & singgah sebentar di Hentian Sebelah Gombak untuk makan. Selesai makan, kami pun terus pulang ke Klang. Singgah berehat sebentar di Plaza Tol Seafield sebab risau hero aku ni kot letih ke mengantuk ke, bagi la dia regangkan otot sekejap.

1600hrs @ Hentian Sebelah Gombak, Highway Karak

1700hrs @ Plaza Tol Seafield
Lebih kurang jam 5.30 petang, kami pun selamat sampai di rumah. Perjalanan kali ni tak sampai 200 km pun. Bukan jarak yang aku cari tapi pengalaman, pengalaman pertama ride dengan anak bujang. InshaAllah lepas ni kita ride jauh sikit ye Jane, nanti kita beli helmet baru hehe..


#letsride
#everyonecanride
#ride2gether
#ridegentingskyway


- MattHafidz -

Friday 16 December 2016

Ride Selatan @ 06/11/2016 (DAY 2)

Tu dia tertangguh sekian lama lagi hihihi.. Ok kita sambung cerita..

Jam 6.30 pagi kami dah terjaga. Selesai solat subuh, sambil bersiap sambil menyembang perancangan untuk hari ni. Suasana di kawasan ni agak tenang, mungkin kerana bukan kawasan tumpuan. Lagipun deretan bangunan di sini pun masih baru. Jika ada yang berhajat, Hotel Alam Indigo ni terletak berdekatan dengan Silka Hotel JB & Tesco Plentong. Harga pun berpatutan untuk bilik yang agak selesa, 2-single bed, aircond, water heater & semestinya FREE wifi, hanya RM55 (sebelum tax hihi), so lebih kurang RM30 sorang lah. Paling penting motor boleh parking depan lobi dengan selamat hehe..

Pagi ni plan nak bersarapan bersama abang Aziz PG, salah sorang admin FB Group ATM (Adventure Touring Malaysia). Kami pernah bertemu sekali je semasa majlis hari raya ATM di tempat Abi Khalid. Itupun cuma sempat bertegur sapa sahaja, maklumlah admin memang sibuk hihi.. Tak ingat pula aku pernah cerita sebelum ni yang FB Group ATM ni menghimpunkan pelbagai pengembara-pengembara Malaysia yang dah menjelajah ke serata dunia. Yang menariknya bukan hanya dengan motosikal tapi dengan pelbagai cara, jelajah dunia dengan basikal pun ada tau. Nak tau lebih lanjut boleh jenguk di ADVENTURE TOURING MALAYSIA

Ada holder handphone kan senang sikit hehe..
Dah selesai check-out,lets roll
Selesai checkout, jam 8.30 pagi kami pun bergerak menuju ke Taman Rinting, Pasir Gudang. Tak jauh pun lebih kurang 15 minit je. Bersebelahan dengan Mydin Mall, terdapat sebuah Restoran Mi Rebus Hj Wahid, 'the best mi rebus in town' kata abg Aziz. Dari jauh dah kelihatan kelibat abg Aziz menanti kami. Walaupun baru kenal, abg Aziz melayan kami macam dah kenal lama. Sambil makan, sambil bersembang perihal touring & overland. Memang seronok menyembang dengan orang yang banyak ilmu & pengalaman ni. Kalau nak tau, abg Aziz ni dah banyak kali overland dengan motor, kebanyakannya solo ride. Ni yang membuak-buak perasaan nak overland juga ni, tapi masa belum lagi mengizinkan, InshaAllah sampai masa nanti aku pulas la throttle nanti hehe..

Terima kasih daun keladi dapat makan free
Memandangkan masing-masing ada urusan, tak boleh la nak lepak lama. Kami nak ke Tg.Piai manakala abg Aziz nak ke Senai, so kita jalan sekali la katanya.  Ok cun, kami pun follow dia sambil ronda JB sat..



Bahan bukti dah sampai JB nih hehe



Istana Bukit Serene, Johor Bahru
Ronda punya ronda, kami dibawa ke batu 0 km yang terletak di hadapan Majlis Bandaraya Johor Bahru, bukti dah sampai JB ni katanya. Kemudian berposing pula di hadapan Istana Serene, kediaman rasmi Sultan Johor yang terletak berhadapan Danga Bay. Kali terakhir aku sampai sini 3 tahun lepas kot, itupun waktu malam tapi masih boleh nampak lagi Singapore di seberang laut. Tapi hari ni dah penuh dengan bangunan yang masih dalam pembinaan.

Selesai berposing, masing-masing pun membawa haluan. Dari JB, kami melalui Lebuhraya Pontian-Skudai, rintik-rintik hujan dah mula turun, ishh awal pula hujan hari ni. Kami meneruskan juga perjalanan dengan harapan hujan main-main je kot, tak sampai 15 minit kot akhirnya lebat juga. Hihihi terpaksa la berhenti untuk 'bertukar'..

1020hrs @ Lebuhraya Pontian-Skudai, Johor
Dari Lebuhraya Pontian-Skudai, kami menuju ke Pekan Nenas, singgah sebentar mengisi minyak ke dalam botol spare & kemudian berhenti di Masjid Jamik Kiyai Hj Abdul Jabbar, Pontian, mengerjakan apa yang patut sambil menyimpan semula baju hujan, hari dah panas bro!!

1110hrs @ Masjid Jamik Kiyai Hj Abdul Jabbar, Pontian, Johor
Dah selesai segala urusan, kami meneruskan perjalanan melalui pekan Kukup, ada pula Petronas rupanya, satu lagi stesen minyak yang tak dapat aku kesan dalam Gmaps!! So kalau nak ride naik kapcai tak perlu risau kalau takde minyak spare. Melalui kawasan kampung yang agak lengang ni memang tenang je rasanya. Lebih kurang jam 12.00 tengahari, kami pun selamat tiba di Taman Negara Tg.Piai, Kukup..

Simpang terakhir menuju ke Tg.Piai, kalau dah sampai sini memang dah dekat sangatlah

1200hrs @ Taman Negara Tg.Piai, Kukup, Johor - akhirnya sampai jua


Group ER6 dari Klang/Shah Alam

Sempat monyet ni rembat air jagung aku haha
Kebetulan semasa kami tiba, ada sekumpulan geng ER6. Sembang punya sembang, mereka dari sekitar Klang & Shah Alam. Mereka bermalam di sekitar kawasan ni & akan terus pulang ke Klang selepas makan tengahari. Sehaluan la kita cuma bezanya mereka akan guna highway, kami pula belum pasti haha..

Memandangkan cuaca yang agak terik ketika ni, kita lapik perut dulu dengan air jagung & nuget ayam untuk tambah tenaga katanya. Dah selesai mengunyah, kami pun masuk dalam. Ada kaunter la pulak. Cadangan asal nak posing kat batu landmark Tg.Piai je sebab jauh lagi perjalanan kan, tapi awek jual tiket cakap yang free takat pondok jual tiket je. Hahaha hampeh tul. Hmm ok lah alang-alang dah sampai kita ronda la abis-abis dalam tu Joe. Ok jawabnya. Bab ni memang aku suka Joe, aku bagi cadangan dia ok je, bila dia pulak bagi cadangan aku pun ok jugak, tu yang senang ride berdua hihi..

Ok jom kita terjah Penghujung Benua Asia - Taman Negara Tg.Piai..

RM5 sorang je tapi naik tercabut lutut berjalan, berbaloi-baloi haha..

Tu dia batu kegilaan ramai, sibuk bebenor bos layan customer hihi..


Info mengenai Tg.Piai
Dari laluan utama, kami melalui pusat informasi yang memaparkan latar belakang tempat ini dan juga sedikit informasi mengenai pokok-pokok bakau di sini. Kemudian kami berjalan di dalam hutan paya bakau menuju ke jeti memancing. Takde yang memancing ikan pun, cuma memancing gambar muka sendiri menggunakan monopod kikiki..

Sedikit informasi bole didapati di Taman Negara Tanjung Piai   


Nun hujung tu jeti memancing

Dari jeti patah semula ke darat, misi mencari glob, kelihatan hutan paya bakau yang dijaga rapi
Jeti dah sampai, misi mencari glob pula. Pergi-balik jeti tadi dah 700 meter lebih, nak menghala ke glob lebih kurang 500 meter pula. Kena patah balik ke daratan tau. Fuhh puas menapak hari ni!! Walau bagaimanapun tak terasa letih sebab berjalan sambil menikmati keindahan alam di dalam kehijaun hutan paya bakau ni.

Makan dalam kiki..

Berlengas dah wehh


Fuhh akhirnya, abaikan model bertiga di belakang tu



Kalau nak tau, berjalan menuju ke 'glob sakti' ni ada kawasan pelantar yang agak rendah. Jika air laut pasang, pengunjung tak dibenarkan berjalan ke glob. So kami agak bernasib baik hari tu kerana selepas dah melepak & berposing di glob, air pun dah mula pasang hehe.. Glob ini adalah sebagai mercu tanda titik 'Penghujung Benua Asia', bermakna kami dah sampai ke penghujung, anda bila lagi hihihi..

Sedar tak sedar sejam juga berada di sini. Dah habis ronda, kami pun beransur. Geng ER6 tadi pun bergerak sama. Dari Tg.Piai, kami singgah sebentar di Petronas Kukup untuk mengisi minyak. Kemudian meneruskan perjalanan ke Pontian. Tiba di simpang traffic light Pekan Pontian, nampak macam ada kawasan menarik di sebelah kiri tu. Singgah la jap..

1315hrs @ Pontian, Johor - Perghh memang panas time ni


Nampaknya kawasan dataran ni baru siap dibina, so orang Pontian ada la tempat melepak di tepi pantai waktu lapang. Dari Pontian, kami melalui kawasan Ayer Baloi, Benut, Tampok, Rengit, Senggarang sebelum memasuki kawasan Batu Pahat. Cadangan asal nak singgah di pasar karat Rengit, tapi oleh kerana cuaca yang agak panas, rasa malas pula nak menyinggah. Kita terus je la cari nasi beriyani Batu Pahat. Pemandangan di sepanjang perjalanan agak menarik, dengan keadaan permukaan jalanraya yang kebanyakannya lurus & rata, kawasan kampung di kiri kanan jalan, trafik pula agak tenang cuma sesekali sedikit sibuk di kawasan pekan-pekan kecil. Sesekali kami perlahan melihat keindahan masjid-masjid yang dijaga rapi di sini, yang kebanyakannya berwarna putih, dengan bumbung/kubah berwarna biru.

Take 5 sat!

Perut pun dah mula berkeroncong, kami pun terus menuju ke destinasi seterusnya. Lebih kurang jam 3.00 petang, kami tiba di Kompleks Niaga Benteng Peserai, Batu Pahat. Jom kita pekena beriyani!

1500hrs @ Kompleks Niaga Benteng Peserai, Batu Pahat, Johor


Buskers menghiburkan pengunjung
Kalau ikut cerita orang, Beriyani Mohd.Shah yang paling top di sini. Memang betul pun, pengunjung yang tak makan di sini pun akan 'tapau', bukan sebungkus tapi 5, 10, 13!! Perghh memang sedap la ni kot. Ramai tak ramai la yang beli sampai Joe terpaksa pergi 2 kali sebab tunggu nasi. Aku pula dah lapar sangat malas nak tunggu. terus ke kedai sebelah, Sri Benteng Beriyani Gam, tapi malangnya beriyani gam hanya dijual seminggu sekali sahaja. Hmm takde rezeki. Takpe la kita try beriyani kambing tengok amacam.

So kami pun cuba satu sama lain. Memang ada kelainannya, beriyani Sri Benteng guna beras panjang manakala Mohd.Shah guna beras pendek, tapi yang pendek rasa lain macam. Memang sedap!! Tapi lauk kambing Sri Benteng memang sedap. So masing-masing ada kelebihan tersendiri la.

Tak putus q kat Nasi Beriyani Mohd Shah


Mohd.Shah vs Sri Benteng


Dah selesai makan, minum & melepak, kami meneruskan perjalanan. Singgah mengisi minyak di Shell Batu Pahat & berhenti di Masjid Darul Bayan, Batu Pahat untuk solat. Cuaca ketika ni memang sangat terik, tambah pula perut dah kenyang dengan beriyani, mula la berat rasa mata serupa ada gam hahaha.. Takpelah takde apa yang nak dikejar pun. Kami berehat seketika, solat & mandi. Mandi wehh badan dah berlengas, baru la segar biji mata hehe.. Lama juga kami melepak di sini untuk mengumpul semula tenaga.


1630hrs @ Masjid Darul Bayan, Batu Pahat, Johor
Memandangkan hari pun dah petang, kami terus bersantai-santai sahaja. Kalau ikut plan asal nak terus lalu jalan biasa terus ke Banting, tapi dah lewat ni kena naik highway la. Dari Batu Pahat, lebih kurang jam 6.15 petang kami melewati kawasan Muar. Hmm terasa kering pula tekak ni. Nak minum ke Joe?? Jomm.. Aku pun tak tau sangat kawasan Muar ni, tapi kalau hantar penumpang ke sini aku akan singgah di Medan Selera Bentayan, yang terletak di tepi Sungai Muar dan bersebelahan dengan stesen bas. So ke sana jugalah aku tuju nampaknya haha..

1815hrs @ Bandar Muar, Johor



Kawasan ni memang agak menarik untuk bersantai-santai sambil menikmati pelbagai jenis makanan. Apa yang ada di sini?? Kalau dah nama Muar, dah tentu ada mi bandung. Selain itu ada juga pelbagai jenis mi, nasi goreng, ala-carte, roti john, kacang pool, satay, kerang bakar, stimboat, western food, ehh banyak sangat la kalau nak senaraikan haha.. Memang rambang mata nak pilih, perut kenyang pun boleh jadi lapar tau!

Medan Selera Bentayan, Muar, Johor



Mi bandung, stimboat & satay clear!!
Lepak punya lepak, hari dah semakin gelap. Kalau ikutkan lebih kurang 200 km nak sampai Klang ni tapi masing-masing tak kisah apa pun haha.. Dah nama pun 'Ride Santai' kan. Dah siap makan, tapau mi bandung untuk tersayang, kami pun bergerak pulang.


Dari Muar, kami melalui Lebuhraya AMJ menuju ke Ayer Keroh, Melaka. Jam 8.15 malam, kami tiba di Dataran Ayer Keroh. Berhenti berehat seketika sebelum singgah di Shell Ayer Keroh untuk mengisi minyak & solat. Stesen minyak Shell ni antara tempat 'favourite' aku singgah kalau hantar penumpang ke sini. Suraunya agak selesa & terletak bersebelahan dengan medan selera.

2015hrs @ Dataran Ayer Keroh, Melaka


Selesai solat, kami meneruskan perjalanan menuju ke Plaza Tol Ayer Keroh. Melalui Highway PLUS, kelihatan banyak kenderaan yang menuju ke utara oleh kerana hari Ahad, ramai yang pulang semula ke sarang untuk bekerja keesokan harinya kan. Namun alhamdulillah trafik lancar & kami berhenti seketika di R&R Seremban, macam biasa untuk mengisi minyak & berehat.

2145hrs @ R&R Seremban, Negeri Sembilan
Dah selesai berehat, kami meneruskan perjalanan, terus ke rumah masing-masing. Alhamdulillah jam 11.00 malam kami tiba dengan selamatnya.

2300hrs @ Klang, Selangor

Total perjalanan kali ni 1,097.7 km, taklah sejauh Ride Pantai Timur. Bukanlah jarak perjalanan yang kami kumpul, tapi pengalaman & kenangan yang tak dapat dibeli di mana-mana. Apa-apa pun terima kasih Joe selaku 'riding partner' yang memang sempoi & sama-sama gila hahaha..

Berapa kos untuk ride kali ni..??

DAY 1:
Petrol -
1. Caltex Bandar Puteri Klang - RM10 (untuk botol spare sekali)
2. Petron Hulu Langat - RM5
3. Petronas Kuala Klawang - RM3
4. Petronas Felda Palong 16 - RM3
5. Petronas Muadzam Shah - RM4
6. Petronas Rompin - RM5
7. Petronas Mersing - RM5

Makan/minum - 
1. Breakfast @ Kuala Klawang - RM5
2. Lunch Udang Galah @ Rompin - RM50
3. Dinner @ Plentong - RM10
4. Air mineral & lain-lain - RM20

DAY 2:
Petrol -
1. Petronas Masai - RM5
2. Petron Pekan Nenas - RM6 (untuk botol spare)
3. Petronas Kukup - RM5
4. Shell Batu Pahat - RM5
5. Shell Ayer Keroh - RM4

Makan/minum -
1. Breakfast @ Pasir Gudang - FREE (ditaja oleh abg Aziz PG)
2. Lunch Beriyani @ Batu Pahat - RM10
3. Minum petang @ Muar - RM15 (siap tapau mi bandung hihi)
4. Air mineral & lain-lain - RM20

LAIN-LAIN:
1. Hotel - RM60 (sorang RM30)

TOTAL RM220.00 (lebih kurang la ni)

Pantai timur sudah, selatan sudah, ke mana pula selepas ni??

#letsride
#rideselatan
#ride2gether
#everyonecanride

- Matt Hafidz -