Thursday 29 December 2016

Ride Genting Skyway @ 19/11/2016

Selepas Ride Selatan yang lepas, macam biasa la masing-masing kembali dengan tugasan harian. Tapi bila dah namanya hujung tahun, wife pun dah plan nak bercuti. Bila nama nak bercuti lebih 2 hari, aku pun terpaksa la cari '2nd driver aka co-jp' untuk jalankan limo aku, maklumlah jalan ke tak, sewa harian tetap jalan.

Wife plan nak bercuti dengan familinya ke Pasir Salak, Perak 27 & 28 November, so aku pun dah standby orang untuk bawa limo. Dapat pula driver yang baru nak berjinak-jinak dengan limo, takkan nak bagi 2-3 hari je pulak. Ok lah, aku bagi extra minggu sebelumnya, so dapatlah aku bercuti 2 hari. Dah cuti takkan duduk rumah je kan hehe.. Fikir punya fikir, bawak anak sulung - Idzanee (Jane) yang berusia 9 tahun ride best jugak kan. Nak juga rasa macam mana bro Kembara Classic bawa anak lelakinya ride sana sini. Kalau nak tau boleh jenguk FB nya - Kembara Classic, bukan sembarangan klasik, bawa anaknya sana sini ride Honda Cup je tau!!

Plan asal - Klang > Genting Highlands > Janda Baik > Klang
Memandangkan tak pernah bawa Jane ride (paling jauh pergi Shah Alam je kot sebelum ni), aku plan ride simple je, naik Genting Highlands pastu pekena sup tulang kt Janda Baik. Ok lah tu kan, jalan-jalan cari makan.

Pagi 19/11/2016 tu, selesai je serah limo kepada co-jp, kami pun bergerak dari rumah. Jane yang 1st time nak ride bersama memang dah teruja sejak awal lagi, hehe.. Dari rumah, kami singgah bersarapan sebelum memulakan perjalanan melalui Highway KESAS. Selepas KESAS, kami melalui Highway Elite, NKVE & DUKE sebelum memasuki Highway Karak. Memandangkan ni kali pertama bawa Jane, aku cuma memulas sekitar 80-90 kmh je. Bagi dia biasa dulu, esok-esok dah ok baru kita laju sikit hehe..

1000hrs @ Klang, Selangor

Isi perut dulu lah

1120hrs @ Shell Jalan Duta
Cuaca ketika itu agak cantik. Lebih kurang jam 11.45 pagi, kami dah mula memanjat bukit di Genting Sempah, tapi langit dah sedikit mendung pulak. Hmm takpelah kita jalan dulu tengok amacam. Makin mendaki ke atas, lain macam pulak langit ni. Nak sampai ke atas mungkin selamat lagi, tapi risau kalau hujan masa turun nanti. Baju hujan untuk Jane takde pulak, takkan nak biar dia lencun pulak. So, kita tukar ke plan B, ride sampai Stesen Genting Skyway je & naik ke puncak guna cable car.

1145hrs @ kaki bukit Genting Highlands
Sebelum ni aku pernah melepak kat stesen ni sementara menunggu pak arab naik cable car, so tau la serba sedikit pasal tempat ni. Kawasan parking motorsikal pun banyak & kelihatan selamat. Dah siap mengunci apa yang patut, datang sepasang couple mendapatkan motornya di sebelah motor aku. Sembang punya sembang, brader yang usia lingkungan 40-an ni ride berdua naik LC135 dari Klang.

"Sejak kawin, ni la 1st time ride berdua, dah 20 tahun kot tak ride sama-sama," katanya. Hihihi orang Klang juga. Tiap kali ride, ada saja perkara yang menarik aku jumpa. Borak lebih kurang, aku pun minta diri & kami pun menuju ke kaunter tiket.

1215hrs @ Stesen Genting Skyway

Posing jap, menatang ni ada berdekatan kaunter tiket
Harga tiket cable car RM6.40 (sehala) & RM12.80 (2 hala) tak kira umur. So belilah 2 hala siap-siap. Ok tiket dah ada, jom kita naik cable car..







Naik sampai ke puncak Genting Highlands ni memang dah banyak kali tapi dah tentulah bawa penumpang naik limo. Kali ni, sama-sama 1st time naik cable car Genting Skyway ni hahaha.. Ok juga sebab dapat menikmati pemandangan sepanjang perjalanan & tak perlu nk penat-penat layan corner. Menghampiri puncak, keadaan dah mula berkabus. Ok lah sejuk sikit.

Lebih kurang 20 minit, kami selamat tiba di Genting Highlands. Keluar je dari cable car, Jane terus bersuara, "Pa, nak main game," katanya. Hehe aku dah agak dah. Ok no problem memang nak layan dia hari ni. Kami pun berjalan menuju ke Indoor Theme Park. Kat sini guna sistem macam Touch n Go, so kena beli kad dengan kredit, pastu gunalah sampai habis kredit. Hahh layann..








Beli kad harga RM25 tapi sekejap je habis. Mana taknya, satu game lebih kurang RM3-4, memang sekejap je la haha.. Boleh la tu buat lepas gian sebab kat rumah bukan ada apa-apa game pun, lebih-lebih pun tumpang tab mamanya.

Dah selesai 'bergame', kami melepak sekejap di luar bangunan. Suhu pun ok sedikit sejuk sekitar 22 darjah celcius tapi hujan dah mula turun. Hmm harap-harap hujan di atas ni je lah. Perut pun dah lapar, jomlah kita turun semula ke bawah.







Dalam cuaca hujan yang sejuk, kelihatan pemandangan sekitar yang agak menarik. Akan tetapi, makin menghampiri Stesen Genting Skyway di bawah, makin lebat pula hujan, Ahh sudah camne gaya ni. Lebih kurang jam 2 petang, kami selamat sampai di stesen & hujan sedang turun dengan lebatnya. Ok kita solat dulu kat surau sementara tunggu hujan berhenti.

Dah selesai solat, tunggu punya tunggu hujan tak juga berhenti. Aku tak kisah sangat makan lewat tapi kesian pula Jane. Kami pun berjalan la mencari apa yang patut. Dapatlah sebotol air & semangkuk megi in cup yang boleh tahan harganya. Hmm hentam je la..

Hujan lebat yang betul-betul lebat!!

Licin megi kikiki..
Makan sudah, melopong pun sudah, hujan tak berhenti juga. Tak boleh jadi ni pukul berapa pula nak sampai rumah. Aku pun buat keputusan, Jane pakai baju hujan, manakala aku pakai seluar hujan je. Yelah dia kat belakang kurang risiko nak lencun, yang penting tak kesejukan. Dah siap semua, jam 3.30 petang kami pun bergerak turun. Lebih kurang 10 minit ride, hujan pun berhenti. Alhamdulillah, dapat la berhenti sekejap sambil menikmati pemandangan.

Ni baju ke jubah kikiki..


Oleh kerana masa tak mengizinkan, tak dapatlah nak pekena sup tulang kat Janda Baik. Kami meneruskan perjalanan pulang & singgah sebentar di Hentian Sebelah Gombak untuk makan. Selesai makan, kami pun terus pulang ke Klang. Singgah berehat sebentar di Plaza Tol Seafield sebab risau hero aku ni kot letih ke mengantuk ke, bagi la dia regangkan otot sekejap.

1600hrs @ Hentian Sebelah Gombak, Highway Karak

1700hrs @ Plaza Tol Seafield
Lebih kurang jam 5.30 petang, kami pun selamat sampai di rumah. Perjalanan kali ni tak sampai 200 km pun. Bukan jarak yang aku cari tapi pengalaman, pengalaman pertama ride dengan anak bujang. InshaAllah lepas ni kita ride jauh sikit ye Jane, nanti kita beli helmet baru hehe..


#letsride
#everyonecanride
#ride2gether
#ridegentingskyway


- MattHafidz -

1 comment:

  1. Terbaik dan tahniah diucapkan. Teruskan sebagai hobi ok... Banyak yg akan dipelajari bersama. Dan pasti akan bersama selamanya dengan cerita sembang siap gelak ketawa kelak bila bersamanya nanti macam kawan kita.

    ReplyDelete