Monday 22 February 2016

Super Supir

Kerjaya sebagai driver limo atau aku lagi suka nama 'supir' (bahasa Indon haha) sebenarnya sama seperti kita berniaga. Kita perlu laburkan modal untuk beli sebuah limo dari syarikat, kemudian perlu bayar sewa harian, sewa radio trunk & sebagainya. Sama seperti kita buka sebuah kedai, perlu modal permulaan & modal pusingan harian. Cuma bezanya 'kedai' aku ni bergerak & selepas tamat kontrak 5.5 tahun, 'kedai' ni akan jadi milik aku sepenuhnya hehe..


Bila mana bekerja sendiri, masa & income sendiri yang tentukan, tapi dengan izinNya lah kan. Jangan fikir driver limo atau pemandu teksi ni semuanya memilih kerjaya ni sebab kurang pendidikan. Di sini aku mengenali ex-cikgu, ex-manager, ex-businessman & berbagai latar belakang pekerjaan sebelum ni. Kebanyakannya memilih kerjaya ni kerana mereka nak MASA & INCOME yang tiada kekangan.

Agak penat seharian memandu tapi seronok, seronok sebab dapat bantu memudahkan urusan orang lain untuk ke airport atau sebaliknya. Salah seorang 'sifu' pun pernah pesan, tak kisah la makan gaji atau bekerja sendiri, tapi mesti niat di hati tugasan kita ini untuk memudahkan urusan orang lain. Selain itu, aku dapat berbual dengan orang dari seluruh pelusuk dunia. Hahaha tak semua orang ada peluang ni kan, walaupun kadang-kadang macam ayam & itik bercakap.

Bila berbual, mereka akan bertanya apa yang menarik di Malaysia. Selepas cerita lebih kurang, selalunya aku akan tanya semula pada mereka soalan yang sama, secara tak langsung aku dapat lebih info mengenai negara orang lain, betul kan.

Satu lagi perkara yang agak seronok di sini, dapat 'travelling' ke seluruh semenanjung Malaysia. Tapi bergantung pada nasib juga. Kalau dapat 'outstation' trip tu memang seronok lah!! Satu, sebab bayaran agak lebih dari 'local' trip. Kedua, dapat menerokai tempat-tempat yang mungkin tak pernah kita pergi. Bohong lah kalau kata seluruh kawasan Malaysia ni kita dah pergi hehe.. Memang sesuai untuk aku yang suka meronda + gila stereng!! Ketiga, dapat masuk ke kawasan perumahan mewah/eksklusif. Dapatlah cuci-cuci mata tengok rumah-rumah besar, Jangan hanya tengok, sebaliknya jadikan sumber inspirasi untuk lebih maju. Kalau orang lain mampu berusaha, mengapa tidak kita??

Melaka? Celah gigi je hihi
Genting Highlands, Pahang
Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Muar
Pasir Gudang, Johor Bahru
Kuantan, Pahang
Kemaman, Terengganu
Alhamdulillah banyak dah tempat-tempat baru yang telah aku pergi, gambar-gambar ni antaranya je. Selatan dah hujung, Timur dah sampai Terengganu, cuma Utara baru sampai Ipoh je. Harap-harap esok lusa dapatlah ke Penang pula, boleh pekena pasemboq. Cuma tak dapatlah nak pergi menjelajah tempat-tempat menarik & ambil gambar beriya-iya. Kalau kebetulan lalu ok lah. Dah namanya bertugas, walaupun hakikatnya bekerja sendiri tapi tak boleh leka!!

No comments:

Post a Comment