Saturday 20 February 2016

Life Goes On..

Kehidupan terus berlalu. Bila bekerja sendiri memang pendapatan tak tetap, kadang banyak, kadang sedikit. Walaupun begitu, aku sentiasa mengintai-intai peluang lain juga. Nak bekerja makan gaji semula memang dah tak minat. Bukannya apa, bila bekerja sendiri, masa sendiri, income sendiri, buat sikit dapat sikit, buat lebih dapat banyak, tapi ada masanya tak dapat apa-apa hahaha.. Itulah namanya roda kehidupan, kadang di atas, kadang di bawah kan. Satu lagi perkara aku suka bekerja sendiri ni adalah nak mencari rezeki yang berkat. Masa makan gaji dulu banyak mengular, jalan-jaln pergi halfcut, lepak workshop kawan-kawan, lepak kat rumah, tapi yang paling best boleh runner ambil barang kawan kat Kuantan time keje!! Hahaha memang patut lah income tak pernah cukup, menipu bos je. Sekarang ni sendiri bos, sendiri kuli baru tau!!



Lebih kurang dalam bulan Mac 2014, kawanku Amir bertanya, "Ehh Mat ko minat bawak limo tak? Aku dengar banyak kereta baru nak keluar tu" Amir ni antara kawan paling lama aku, kenal dari umur 5 tahun semasa tadika dulu, tahun 1985. Sekarang dah 2016 haha lu pikir la sendiri berapa lama dah. Dulu dia bekerja sebagai runner Proton kat Berkeley Klang. Ofis dia tu pun dulu antara port aku mengular dulu. Bukan takat mengular, kadang-kadang siap follow dia pergi ambil kereta lagi, ada sekali tu sampai Sg Besar!! Hebat tak tahap mengularan aku dulu??

Sesi lawatan ke rumah mertua Amir tahun 2012, alhamdulillah sekarang dah semakin sihat
Lepas berhenti dari Proton tu, dia join Airport Limo, jadi driver limo/teksi airport. Boleh tahan juga lah incomenya masa tu. Tapi dah berhenti selepas diserang strok pada penghujung 2011. Alhamdulillah dah beransur pulih hari ni, cuma masih belum mampu untuk bekerja. Semoga sahabatku yang seorang ni akan terus sihat hendaknya, aminn..

Fikir punya fikir ok juga jadi pak supir ni. Pendapatan lumayan, masa kerja sendiri yang tentukan. Congak punya congak dan bincang dengan isteri, akhirnya aku ambil keputusan untuk menceraikan si Kuning sebagai modal keluarkan sebiji limo. Takpelah rolling untuk dapat pendapatan, tak rugi mana pun.

Maka bulan Mei 2014 bermulalah kehidupan sebagai seorang supir, nombor limo pun memang sesuai dengan aku, LIMO3459W..
34 - umur aku waktu tu
5   - bulan 5 limo keluar
9   - 9 tahun dah kahwin

Hahaha ok tak??


No comments:

Post a Comment