Thursday 18 May 2017

Ride Bukit Kepong @ 13/05/2017 (PART 1)

Alhamdulillah diberi peluang menjenguk blog kali ni. Selepas Ride Jerai 2017 yang julung kali disertai beramai-ramai, masing-masing asyik bertanya bila ride lagi. Sebenarnya ada juga acara ride lain yang tak dapat aku join, takpe lah siapa yang free on je la kan.

Diskus punya diskus, dapat date & kata sepakat nak menghala ke selatan tapi 'day ride' je. Ada yang teringin nak ke JB & Tg.Piai, tapi bila kira-kira route 800km lebih, semua terdiam. Aku pun rasa macam misi mustahil je, tapi kalau ada yang sahut cabaran on je hahaha.. Finally semua bersetuju untuk menjejak sejarah di Bukit Kepong, Johor.

0630hrs @ Petronas Johan Setia,Klang,Selangor
Maka pada pagi 13/05/2017, kami memulakan kembara kami. Seperti biasa, 6.30 pagi aku dah terpacak di RV point. Kami akan menghala ke Bkt.Kepong melalui jalan biasa & hanya akan menggunakan highway semasa balik nanti. Misi kali ni adalah Fort Supai, Gunung Ledang & Bkt.Kepong.

Jarak perjalanan yang sedang-sedang elok untuk day ride
Ride kali ni agak menarik kerana disertai oleh abg Masri (RS150), ayah kepada Mirul, yang mana memang dah lama dalam dunia dua roda ni terutamanya sukan motorcross, kali ni nak layan ride kapcai katanya. Bersama abg Masri, dua orang rakannya, abg Zul (LC135) & cikgu Shah (RS150). Riding partner aku, Joe dah tentulah ada hehe.. Mirul juga turut serta bersama rakannya Johan (Ninja 250), peserta tunggal yang takde bakul di motor.

Dari Klang, kami bergerak ke Shell Jenjarom untuk bertemu pula dengan Zul (Y15), ust Lutfi yang kali ni muncul bersama kuda Y15 & rakannya Akashah (RS150). Wahh meriah ada pelbagai jenis kuda besi kali ni. Bila semua dah sedia, tayar golek dimulakan dengan bacaan doa oleh ust Lutfi, memohon keselamatan perjalanan kami.

0720hrs @ Shell Jenjarom,Selangor
Dari Jenjarom, kami menghala ke pekan Banting. Belum pun sempat tiba di kawasan Morib, hujan sudah mula turun. Bak kata Joe, kalau ride dengan aku tak sah kalau tak hujan hahaha.. Rasa malas nak berhenti bertukar 'racing suit' kami teruskan sahaja perjalanan. Alhamdulillah hujan tak lah lebat mana tapi lencun juga lah hehe..

0800hrs @ Route 5 Bagan Lalang,Selangor
Melalui Route 5, terhidang pemandangan pantai berhampiran jalanraya di kawasan Batu Laut & Tg.Sepat, disusuli pula dengan pemandangan ladang kelapa & kelapa sawit di sekitar Bagan Lalang. Melepasi 90 km pertama, kami berhenti seketika di Shell Lukut untuk mengisi minyak.

0845hrs @ Shell Lukut,Negeri Sembilan

Amboi amboi amboi sempat jirus kuda lagi
Dah isi minyak, perut pula minta diisi. Oleh kerana tak plan nak ke kedai mana satu, kami singgah di sebuah warung tepi jalan di kawasan Port Dickson. Menunya simple hanya nasi lemak & beberapa jenis lauk sahaja tapi memang menyelerakan. Nak kata sedap pun ya, nak kata lapar sebab redah hujan pun ya hahaha..

0915hrs @ Port Dickson,Negeri Sembilan

Ust Lutfi,Mirul & aku la sapa lagi

Simple tapi sedap!!

Abg Zul (baju biru) & abg Masri (baju merah) masing-masing fokus makan 100% hihihi
Perut dah kenyang, kami kembali menggolekkan tayar menuju ke Kuala Linggi, Melaka. Keadaan trafik yang agak lengang memang sesuai untuk bersantai-santai. Melepasi kawasan Pasir Panjang, ada yang dah tak boleh tahan bila dihidangkan dengan selekoh ala-ala Sg.Koyan. Hihihi lantak kome la. Dah separuh perjalanan aku rasa macam dah terlajak simpang. Berhenti seketika di tepi jalan check Gmaps, memang sah dah terlepas! Terpaksa aku mengejar semua rakan tapi berjaya jumpa separuh sahaja. Yang lain dah terlepas jauh dok leka melayan jalan yang sunyi hahaha..

1000hrs @ Pantai Teluk Kemang,Negeri Sembilan

Hampir 10 minit juga kami menunggu di tepi jalan akhirnya ada yang menelefon. Tu pun sebab ada yang baru sedar macam nak menghala ke Mambau/Seremban. Hahaha.. Biasalah tu sekali sekala lepas gian. Dah dapat berkumpul semula, kami kembali bergerak menuju ke destinasi seterusnya.

Fort Supai terletak di Kuala Linggi, Melaka yang merupakan sempadan Negeri Sembilan/Melaka. Tiada sebarang papan tanda penunjuk arah ke Fort Supai, hairan juga. Yang ada hanyalah Medan Ikan Bakar Terapung Fort Supai. Akhirnya kami tiba di lokasi tapi tiada akses, seakan terlindung. Ya memang betul, terlindung dek banglo yang didirikan di tepi pantai. Kami terpaksa melalui lorong kecil di belakang banglo untuk sampai ke tapak sejarah ini. Tanpa sebarang papan tanda, alhamdulillah kami berjaya sampai.

Lorong kecil tidak bertar di belakang banglo 
Agak terkejut bila sampai di kawasan ini. Tapak bersejarah yang telah diwartakan sebagai warisan sejarah negara ini. terbiar begitu sahaja. Tak terurus & dipenuhi semak samun. Apa dah jadi..???

1100hrs @ Fort Supai,Kuala Linggi,Melaka


"Berdasarkan sejarah, Kota Bukit Supai merupakan sebuah kubu yang dibina di atas kawasan berbukit berhampiran muara Sungai Linggi. Sebelum kubu itu dibina, Belanda terlebih dulu dikatakan cuba untuk menguasai perdagangan bijih timah di lembangan Sungai Linggi yang memisahkan antara Melaka dengan Negeri Sembilan.
Akibat daripada rasa tidak puas hati, masyarakat Bugis yang kebanyakannya terlibat secara langsung dengan aktiviti itu bangkit menentang Belanda sehingga tercetusnya peperangan pada tahun 1756. Setelah hampir dua tahun, peperangan itu menemui noktah apabila kedua-dua pihak bersetuju untuk berdamai. Sebagai tanda simbolik kepada perdamaian itu, kota tersebut telah dibina di atas Bukit Supai.
Bagaimanapun, Belanda yang berjaya menakluk Melaka menjadikan kota itu sebagai pos kawalan bagi mengawal dan memantau aktiviti perdagangan di muara Sungai Linggi termasuk kapal-kapal dagang yang melalui Selat Melaka.
Kedudukan Bukit Supai yang dikelilingi hutan paya bakau juga merupakan lokasi yang sangat strategik bagi sebuah kubu pertahanan kerana ia sukar untuk diceroboh oleh musuh ekoran akar pokok bakau yang berselirat dan berceracak selain tumbuh di kawasan berlumpur. Selepas Belanda berundur, kota itu ditinggalkan begitu sahaja. Disebabkan ia terbiar selepas peperangan tamat, sebahagian struktur binaan kubu di situ turut musnah ditelan zaman."

- Kosmo


Tangga utama ke kota
Lokasi yang sama satu ketika dahulu, perhatikan pokok berbatang Y (sumber Google)


Dipercayai terdapat binaan bangunan di dalam kota ini tapi telah lupus ditelan zaman

Binaan batu laterit di sekeliling kota yang sebesar padang bola sepak

Sini semak sana semak

Replika meriam yang dihalakan ke muara sungai

Jangan nak bawa balik plak Joe tau la raya dah dekat



Pandangan sebelah kiri kota, kawasan banglo yang telah menutup pintu utama kawasan kota bersejarah ini


Pandangan sebelah kanan kota, terdapat binaan bangunan yang terbiar

Terdapat tapak bekas binaan di sebelah kiri jalan, berkemungkinan bekas binaan seperti gambar berikut

Gambar beberapa tahun dahulu (sumber Google)


Kononnya bangunan untuk pusat pelancongan tapi terbengkalai begitu sahaja



Rasa agak sedih kawasan bersejarah ini terbiar sebegini rupa. Tidak terurus, tiada sebarang papan tanda petunjuk jalan dari luar, malah jalan utama telah disekat pula, seakan ingin dibiarkan lupus ditelan usia. Semoga pihak bertanggungjawab dapat mengambil langkah yang sepatutnya untuk mengekalkan warisan sejarah negara ini.




Dari Fort Supai, kami bergerak menuju ke Jasin sebagai laluan ke Tangkak. Melalui kawasan pantai di Pengkalan Balak memang menenangkan. Kalau berdua sahaja dengan Joe ni pasti kami akan berhenti cari air kelapa dahulu hehe.. Perhentian berikutnya terpaksa dibatalkan kerana Petronas Tangga Batu tutup la pula, maka kami terus melajakkan perjalanan menuju ke Petronas Ayer Keroh. Mujur ada yang bawa minyak 'spare', boleh membantu kepada yang memerlukan.

1245 @ Petronas Ayer Keroh,Melaka
Selesai mengisi minyak & berehat seketika, perjalanan diteruskan. Aku hanya mengikut panduan GMaps, manakala yang lain membontoti ku. Tiba-tiba kami menghala ke pintu masuk UTEM!! Ahh sudah.. tapi ternyata aksi bersahaja hon & angkat tangan kepada polis bertugas membolehkan kami berjaya meloloskan diri melepasi pintu lain menghala ke Jasin!! Aku pun musykil sebenarnya tapi hentam je la. Tak cuba tak tau kan hahaha..

1310hrs @ Jasin,Melaka



Sekitar 1.20 petang, kami tiba di kawasan Bandar Tangkak. Misi mencari nasi goreng udang selambak tenyata gagal kerana kedainya hanya dibuka selepas 6 petang. Ishh kena repeat la camni hehe.. Perut pun dah berkeroncong, kami terus menuju ke kedai berhampiran, RZ Desa Corner. Kita serannggg!!

1330hrs @ RZ Desa Corner,Tangkak,Johor



Kurang bernasib baik kerana banyak lauk yang dah habis. Memang ramai pun pelanggan di kedai ni, tak hairan la boleh jadi begitu. Ada lagi sikit asam pedas, dapatlah sikit sama merasa. Apapun, masakan di kedai ni sedap & harga memang berpatutan. So kalau ke Tangkak, boleh cuba makan di kedai ni, yang terletak di tepi jalan utama.




Bersambung...


No comments:

Post a Comment