Wednesday 21 September 2016

Ride Pantai Timur @ 03/09/2016 (DAY 1)

Pejam celik pejam celik dah bulan September. Lagi 3 bulan je nak masuk 2017, maknanya umur pun akan makin bertambah. Apapun alhamdulillah masih bernafas, diberikan kesihatan & kekuatan untuk meneruskan hidup hingga ke hari ni.

Lama tak cerita pasal ride kan. Sebenarnya selepas 'Ride Satar' bulan Jun tempoh hari, ada satu lagi ride - Ride Sahur ke Asam Pedas Melaka, tapi malangnya dah kehilangan gambar-gambar yang disnap la pulak!! Tak banyak mana pun sebab ride malam tapi gambar boleh menceritakan segalanya. Takpe nanti kalau jumpa aku post dalam blog ye..

So berbalik pada tajuk di atas (dah macam surat rasmi zaman sekolah hahaha), selepas Hari Raya Aidilfitri yang lepas aku, Joe, Ijal & beberapa rakan lagi rancang untuk ke pantai timur pula. Kali ni kami akan ride 2 hari. Rancangan asal dari Klang terus ke Kuala Kangsar lalu Highway PLUS, kemudian ke Gerik, Jeli, Rantau Panjang, Kota Bharu, kemudian melalui jalan pantai ke Kuala Terengganu, Kuantan & melalui Highway LPT untuk pulang ke Klang.

Rancangan asal total lebih kurang 1,200 km untuk 2 hari ride
Dah set tarikh & masa, sorang demi sorang tarik diri atas sebab kerja & hal masing-masing. Akhir sekali tinggal lah aku & Joe. Joe yang sememangnya rindu nak panjat Lebuhraya Timur-Barat memang ON lah. Ok no problem kita ride berdua je lah ye.. Hari pertama kami akan ride terus ke Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan. Manakala hari kedua kami akan ride pulang dari Kota Bharu terus ke Klang, Selangor.

Maka tanggal 03/09/2016 sesudah solat Subuh, aku pun bergerak ke RV biasa kami - Caltex Bandar Puteri Klang. Selesai isi minyak & mengemaskini barang masing-masing, jam 6.30 pagi kami pun memulakan perjalanan.

Sebelum keluar rumah, macam biasa reset trip meter ke 0 km
6.15am @ Caltex Bandar Puteri - check apa yang patut sebelum bergerak
 Oleh kerana hanya berdua, Joe mengubah sedikit laluan..

"Kita tak payah lalu highway la Mat"
"Hentam la aku follow je"

Jarak tak jauh beza tapi masa bertambah, layann..
Hahaha kalau dikira jarak tak jauh beza dari perancangan awal, tapi masa kami akan bertambah lebih kurang 2 jam. Nama pun ride santai, takde apa yang nak dikejarkan, kita enjoy perjalanan kita. Joe memang agak arif laluan ke Pantai Timur, so aku follow je. Maklumlah zaman belajar di Politeknik Kota Bharu dulu pun memang dia naik motor je. Last dia ride ke sana dengan Wak Omar tahun lepas, tapi lebih kental sebab masa tu dia ride Yamaha Lagenda 115cc & Wak Omar ride Honda Wave 100cc!!

Dari Klang, kami menghala ke kampung halaman Joe di Sg.Hj.Dorani, Sg.Besar. Mujur hujan baru berhenti sewaktu kami melalui kawasan Sekinchan, kalau tak pagi-pagi dah sarung baju hujan hahaha..

Jam 7.50 pagi kami pun sampai di checkpoint pertama, disambut oleh Mamat, adik bongsu Joe dengan juadah sarapan yang memang menyelerakan..

7.50am @ Sg.Hj.Dorani, Selangor - sarapan sat
Sarapan nasi lauk haruan, puyu sambal, arnab goreng, beserta tempoyak & timun, ekau adoo??
Tu dia sarapan kami pagi tu, memang selera mencekik dalam kedinginan pagi di tepi bendang hahaha.. Tak tipu memang rasa tak nak berhenti makan, tapi jauh lagi perjalanan ni. Part paling best bukan sekadar sarapan, siap ada bekalan sekali untuk makan tengahari nanti, memang jimat & terbaik la hihihi.. Perut dah kenyang, jam 8.30 pagi kami pun bergerak menuju ke Pekan Sg.Besar untuk mengisi minyak.


Gambar kredit untuk Mamat. Rumah & keluarga tepi bendang ni dah aku kenali sejak zaman sekolah dulu, inshaAllah ada rezeki akan sampai lagi pada masa akan datang

Dari pekan Sg.Besar, kami menuju ke checkpoint seterusnya - Manong, Perak. Manong adalah tempat untuk kami mengisi minyak nanti, al-maklumlah naik kapcai tangki minyak tak cukup besar. Walaupun begitu, masing-masing membawa minyak 'spare' sebotol. Ketika ini hari dah semakin cerah, cuaca pula sangat baik. Melalui Sabak Bernam, kami melintasi sempadan Selangor-Perak, kemudian berhenti berehat & mengerjakan apa yang patut seketika di Masjid Al Jabariah, Lambor Kiri, Perak.

9.50am @ Masjid Al Jabariah, Lambor Kiri, Perak
Dah masuk waktu ke?? 
Hai la rambutan kenapalah luar pagar masjid duduknya, kalau tak dah tentu penuh bakul ni hihihi..
Perjalanan kemudiannya diteruskan melalui Bota Kiri, Parit & Manong. Allahuakbar ini adalah kali pertama aku melalui kawasan ni. Memang rugi bebenor rasanya takde action cam kerana tak dapat rakam pemandangan & suasana kampung yang menghijau. Sangat mendamaikan, membuatkan kami ride sekitar 70 kmh sahaja, memerhatikan keadaan sekeliling. Lebih kurang jam 11.00 pagi kami tiba di stesen Petronas Manong, Perak.


11.00am @ Petronas Manong, Perak
Tu dia Banjaran Titiwangsa, mu tunggu kami datang!!
Sebelum sampai ke Manong, kami melalui jalan kampung yang menyusuri Sungai Perak di sebelah kanan kami. Sambil mengambil selekoh-selekoh berhampiran sungai, di hadapan kami pula sayup-sayup kelihatan Banjaran Titiwangsa. Manong ini terletak di dalam kawasan Kuala Kangsar, Perak. Ada beberapa sungai/air terjun yang menarik di sini, antaranya Lata Ulu Kenas, Lata Guar, Lata Pecah Batu, Lata Ulu Jeliang & berbagai lata lagi. 

Ok selesai mengisi minyak & berehat, perjalanan diteruskan lagi. Dari Manong, kami bergerak pula menuju ke Bandar Diraja Kuala Kangsar sebelum ke Gerik, Perak.

11.45am @ Bandar Kuala Kangsar, Perak

Tu dia 341 km lagi hahaha..
Menuju ke Gerik, kami melewati kawasan Kuala Kangsar, tapi tak melalui 'trademark' bandar ini iaitu Masjid Ubudiah. Kalau ikutkan hati, semua tempat pun nak singgah, tapi risau bila pula nak sampai Kelantan nih hahaha.. So kami sekadar berhenti di tempat yang berada di sepanjang laluan kami sahaja.

Di Kuala Kangsar keadaan trafik agak sibuk, namun kembali tenang apabila menuju ke Lenggong, Perak. Keadaan jalanraya yang lapang & tenang mengizinkan kami memecut sedikit sekitar 90-100 kmh. Walaupun begitu kena sentiasa berhati-hati kerana banyak kenderaan lain yang lebih laju dari kami.

Jam 12.10 tengahari, kami tiba di Jambatan Raja Muda Nazrin, yang melintasi Tasik Raban, Perak. Nak berhenti atas jambatan je ke?? Panas terik woo!! Jom kita lepak tepi Tasik Raban jap..

12.10pm @ Jambatan Raja Muda Nazrin, Lenggong, Perak
Panaih panaih jom cari tempat teduh Joe!!










Bayaran tandas awam, orang miskin percuma katanya, tapi janganlah semua buat-buat miskin pulak hihihi..
Ini adalah kali ke-2 aku sampai ke sini. Tasik Raban ini terletak di kawasan Lenggong, Hulu Perak. Di sinilah terletaknya empangan pertama Asia Tenggara yang dibina pada tahun 1927, iaitu Empangan Chenderoh. Di sini juga terdapat Kg.Jenalik, yang mana pernah terkenal pada tahun 2000 kerana kes al-Maunah. Menurut Joe, keadaan sekitar tidak seperti dahulu yang meriah dengan pengunjung, malah terdapat sebuah R&R Tasik Raban terletak berhampiran kawasan ini yang telah ditutup sepenuhnya (boleh lihat gambar di post 'Syamille Agro Farm @ 12/02/16'). Adakah kurang promosi pelancongan di sini??

Lama juga kami melepak di sini, memerhatikan gelagat budak-budak yang memancing ikan, sambil menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Subhanallah memang sangat memukau pandangan dengan pemandangan tasik berlatar belakang gunung ganang, awan & langit yang membiru. Allahuakbar memang rezeki kami berada di sini dalam keadaan cuaca sangat baik walaupun panas terik. 

OK time's up!! Jam 12.50 tengahari kami kembali mendapatkan kuda besi masing-masing untuk sesi ride menuju ke pekan Gerik pula..

IKLAN - singgah pekena air tebu sat
Jam 1.45 tengahari kami selamat tiba di Masjid Jamek Gerik. Rasa tak sedap hati sebab motor rasa lain macam sepanjang perjalanan dari Tasik Raban tadi. Nak kata jalan bumping kuat sangat, tengok Joe steady je. Hmm apekehenya pulak la ni..

1.45pm @ Masjid Jamek Gerik, Perak
Check punya check, fork depan bocor rupanya. Alahai sampai pun tak lagi nih. Fork ni aku dah keraskan sikit sebab terasa kurang selesa semasa ride sebelum ni, tapi apa nak buat ada masalah teknikal pulak. Bincang punya bincang, jangan kalut-kalut, kita solat & makan tengahari dulu. Selesaikan apa yang perlu dulu, masalah kita selesaikan kemudian.

"Ala rilek Mat, aku dulu dari Kelantan nak sampai ke Sg.Besar, 2x tukar piston 100 Sports hahaha.." kata Joe.

Dugaan datang melanda
Alhamdulillah selesai solat jamak di sini
Jeng.. Jeng.. Jeng.. Langit dah gelap la pulak

Makan tengahari ditaja oleh Wak Limah, jimat wehh hihihi..
Keadaan masjid ini memang sangat selesa, dari ruang solat, parking, tandas, bilik air, mungkin memang disediakan untuk orang yang bermusafir/perjalanan jauh. Yelah lokasi pun di laluan utama Perak-Kelantan kan, memang sesuai la. Selesai solat, kami pun makan tengahari. Makan apa?? Kan tadi dah ada bekal dari kampung Joe, hahaha.. Memang jimat!! Sambil makan, sambil tengok langit, alahai dah gelap la pulak kawasan Banjaran Titiwangsa tu. Ada yang layan corner dalam hujan jugak ni nanti. Hujan ke apa ke misi harus diteruskan.

Habis je makan, jam 2.30 petang kami bergerak ke Petronas yang terletak betul-betul di hadapan masjid ini. Kalau orang isi minyak tapi kata tak jumpa masjid tak tau la nak kata apa hehehe..


Haa inilah dia Petronas yang diviralkan dalam FB baru-baru ni sebab ada tanda harga minyak di signboard utama, ala-ala kat Alabama katanya
Selesai mengisi minyak, misi mencari bengkel motor untuk membaiki fork pun bermula. Banyak juga kedai yang kami pergi..

1st - tak boleh buat, try pegi kedai lain
2nd - kedai 1st suggest, tapi sparepart takde
3rd - Joe pegi runner, pun takde sparepart
4th - takde sparepart, pergi kedai hujung katanya

Ahh sudah!! Kami pun baru perasan memang tak nampak sebiji pun Y15ZR di kawasan Gerik ni selain dari kami berdua. Masalah model baru ni sparepart memang lambat la nak sampai ke kawasan yang jauh dari kilangnya di Sg.Buloh, lagi pulak kawasan yang mungkin kurang sambutan. Hmm takpe kita try kedai hujung tu..

5th - jawapan yang sama!!

Aku & Joe dah termenung, aku pandang Joe, Joe pandang aku, hujan pula dah mula turun dengan lebatnya, masing-masing jem tak boleh fikir dah!! Perjalanan jauh lagi ni, sampai pun belum lagi. Aku cuba memujuk budak pomen berbangsa melayu di bengkel tu, buatlah macam mana pun janji boleh jalan.

"Ok sat bang, nanti saya tengok, saya kasi setel motor ni dulu ya" katanya dalam slang Siam sambil menggodek sebiji motor Modenas Kriss.

Sambil menyiapkan kerjanya, dia berbincang dengan tokey kedai (yang sememangnya kedai sparepart). Last-last dia pun bagi cadangan kat aku. Kita buat camni, bla.. bla.. bla.. Ok ngam, janji boleh selesai masalah aku nih. Fuhh alhamdulillah, lega rasanya.

Ming Wai Motor, kalau breakdown di kawasan ni boleh la cari kedai ni, sangat membantu



Sementara tunggu motor dibaiki, kita pekena kopi jantan dulu lah, kasi recaj sikit tenaga. Sehari ride dengan Joe memang tak kering gusi, ada saja idea dia hehe.. Tunggu punya tunggu, nampaklah kami bahawa perancangan Allah itu memang yang terbaik. Dalam masa menunggu, hujan berhenti & hari pun cerah. Alhamdulillah.. 

Lebih kurang jam 4.45 petang, motor pun siap. Dah delay 2 jam nih, takpelah kita kayuh pelan-pelan. Yang penting sampai dengan selamat. Agak terkejut masa buat bayaran, sangkaan aku mungkin dalam RM50 sebab kerja agak leceh, tapi lebih kurang RM30 je. Alhamdulillah, kalau ada masalah motor boleh la ke kedai ni ye..

RM29.20 termasuk GST
Dari pekan Gerik, kami mula memasuki Lebuhraya Timur-Barat yang menghubungkan Gerik, Perak dengan Jeli, Kelantan. 1st time aku lalu sini, memang agak teruja nak melayan selekoh-selekoh, tapi bukanlah meleper gila-gila pun, slow & steady je hehe..




5.10pm @ Tugu Peringatan JKR Lebuhraya Timur-Barat, Perak
Jalanraya hubungan Gerik-Jeli ini telah mula dibina pada tahun 1970, tapi hanya mula dibuka kepada lalulintas pada tahun 1982 akibat tragedi beberapa serangan komunis & kemalangan yang berlaku semasa kerja pembinaan. Oleh itu tugu ini telah dibina bagi mengingati jasa mereka yang telah berkorban untuk kemudahan kita hari ini. Al-fatihah buat mangsa yang beragama Islam..

Perjalanan diteruskan lagi. 15 minit kemudian kami tiba pula di kawasan Taman Negeri Belum atau nama omputihnya 'Royal Belum'. Melalui jambatan pertama yang melintasi tasik ini memaparkan pemandangan yang cukup indah. Kami pun berhenti la sekejap untuk menikmati keindahan alam semulajadi ini..




5.30pm @ Royal Belum, Perak

Maklumat lebih lanjut mengenai Royal Belum ni boleh didapati di sini..

http://www.royalbelum.my/bm/

Keadaan bahu jalan yang agak sempit membataskan kami untuk berhenti. Ini adalah jambatan pertama. Ada lagi sebuah jambatan selepasnya yang lebih panjang & lebih indah pemandangannya, tapi malang tiada tiada tempat yang sesuai untuk berhenti, hanya mampu merakam dalam ingatan je la nampaknya.

Dari Royal Belum, jalanraya mulai basah sedikit, mungkin kerana hujan sewaktu kami di Gerik tadi. Kelihatan beberapa kemalangan jalanraya yang mana kesemuanya mungkin terbabas sewaktu mengambil selekoh. Jadi, jika anda melalui jalanraya ini sila lebih berhati-berhati.

Hari mulai gelap, gerimis mula turun. Memang kena redah hujan lah gamaknya ni hehe.. Perjalanan mendaki Banjaran Titiwangsa ini agak selesa dengan Yamaha Y15ZR kerana tak perlu menukar gear pun, maintain gear 5 sahaja, lebih lagi kedua-dua motor masih dalam keadaan standard kilang, cuma penambahan top box GIVI & tayar depan yang lebih lebar sahaja ditukar.

Jam 6 petang kami tiba di Hentian Banjaran Titiwangsa, yang mana merupakan antara kawasan tertinggi di Lebuhraya Timur-Barat ni. Hujan pula dah mulai turun, hahaha apa lagi masa untuk bertukar la!! Sambil menyarung baju hujan, sambil menikmati pemandangan. Dengan angin kuat yang bertiup, pheww sejuk woo!!






6.00pm @ Hentian Banjaran Titiwangsa, Perak
Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahuakbar..

Memang memukau mata, tapi tak boleh lepak lama sebab hujan mulai lebat. Dah siap bertukar menjadi 'angkasawan' kami pun meneruskan perjalanan. Keadaan jalanraya yang agak licin mengizinkan kami memulas throttle sekitar 60-70 kmh sahaja.

Akhirnya pada jam 6.30 petang kami tiba di sempadan negeri Perak-Kelantan. Fuhh besor bebenor negeri kamu ni yeop!! Alhamdulillah.. tapi jauh lagi Kota Bharu wehh hahaha..


6.30pm @ sempadan negeri Perak-Kelantan


Dalam keadaan hujan, kami meneruskan perjalanan menuju ke Jeli, Kelantan. Hari pula dah semakin gelap. Walaupun perjalanan agak jauh, tapi tak terasa letih kerana menikmati pemandangan alam. Jam 7.15 malam, kami tiba di stesen minyak Shell, Jeli. Memandangkan minyak 'spare' masih belum digunakan, kami habiskannya dahulu.

Di sini kami bertemu dengan seorang pakcik, berumur 62 tahun menunggang Modenas Kriss 110cc, plat Penang. Mula-mula dia tanya pasal motor kami. Sembang punya sembang, pakcik ni dari Kulim, kononnya nak ke Alor Setar tadi, tiba-tiba rasa nak melawat anaknya di Politeknik Ketereh, terus dia redah Lebuhraya Timur-Barat. Dengan tiada baju hujan, tabah betul pakcik ni hehe.. Tapi itu la dia kasih sayang seorang ayah yang rindu pada anaknya. Terlupa pula nak bergambar dengan dia. Katanya memang dia dah biasa 'ride' ke merata tempat dari muda lagi. Agaknya kami nanti pun macam ni agaknya hahaha..

Tak lama lepas tu dia minta diri sebab hari dah semakin gelap, nak cari bengkel motor katanya sebab lampu belakang tak hidup, takut orang tak nampak. Semoga selamat perjalanan pakcik, kami pun meneruskan perjalanan menuju Kota Bharu pula.



7.15pm @ Shell Jeli, Kelantan
Dari Jeli, perjalanan agak mencabar kerana hujan turun dengan lebatnya. Dalam keadaan gelap, lebih mencabar bagi aku kerana inilah pertama kali melalui kawasan ni. Hujan terus turun dengan lebatnya, masing-masing kuatkan semangat meredah dalam keadaan sejuk hahaha.. Akhirnya hujan pun berhenti sebelum memasuki kawasan Machang. Jam 8.40 malam, kami berhenti seketika di stesen minyak Machang untuk berehat. Fuhh..

8.40pm @ Petron Machang, Kelantan
Dalam keadaan sejuk akibat hujan tadi, perut pun dah mula berkeroncong. Bincang punya bincang, kami bersetuju untuk makan malam bersama rakan lama Joe, Nizam sewaktu mereka belajar di politeknik dahulu. Dari Machang, kami menghala ke Nilam Puri. Lapaq wehh..



9.30pm @ Nilam Puri, Kelantan - pekena sup la bagi panas badan
Cadangan asal nak ke sebuah gerai yang menjual air buah. Menurut Joe, memang ramai pengunjung gerai tu kerana menjual air buah yang jarang didapati di tempat lain, seperti air ciku, air nangka & berbagai air buah lagi la. Tapi malangnya tak buka pula gerainya, alahai takde rezeki la. Kami pun singgah di sebuah kedai tomyam, bersama rakan Joe. Sup daging, sup tulang & sup perut santapan kami malam tu. Lama juga melepak, biasalah dah lama tak jumpa macam-macam cerita la yang keluar kan.

Makan sudah, 'berkekek' pun sudah, jam 11 malam kami pun menuju ke tempat penginapan kami di Wakaf Che Yeh. Jarak perjalanan hanya 15 minit dari tempat kami makan tadi.

Dynasty Inn - terletak betul-betul di tapak pasar malam Wakaf Che Yeh. Hotel ni aku dah booking melalui booking.com, dapatlah diskaun sikit dari harga asal. Hajat hati nak mandi & tidur, tapi pasar kat depan ni masih meriah la pulak. Rugi rasanya kalau tak ronda-ronda ni hahaha.. Kami pun check-in, mandi & turun semula hehe..




2 katil bujang, TV, aircond, water heater & free WIFI, harga RM89 untuk 1 malam, ok la kan







Perfume gantung 2 botol RM8 je, yang belakang tu tengah khusyuk main karom hahaha..
Keris, parang, kapak, pedang pun ada
Diam-diam je ko meniaga jam kat sini ye Joe hahaha..
Macam-macam kunci ada
Kalau di KL, lebih kurang macam uptown lah, tapi kawasan ni sangat besar. Kebanyakan barang-barang yang dijual adalah barang-barang dari Siam. Kalau nak cari baju, seluar jeans, pakaian wanita memang sangat banyak pilihan.

Sesi cuci mata berakhir jam 12.30 malam. Esok pagi nak ride lagi kan, maka kami pun pulang lah ke tempat penginapan kami. Fuhh jam 6 pagi keluar rumah, hampir jam 1 pagi baru nak melelapkan mata. Satu hari yang panjang namun penuh dengan kenangan & pengalaman..

Kisah bersambung..


-MattHafidz-

8 comments:

  1. Itu hujan tu 60-70 turun dari banjaran. Cuba kalau kering...mau berdesup..aku yg x berani pon layan 80 jugak

    ReplyDelete
  2. Itu hujan tu 60-70 turun dari banjaran. Cuba kalau kering...mau berdesup..aku yg x berani pon layan 80 jugak

    ReplyDelete
  3. Antara jalan yg best aku pernah lalu. Highway timur barat. Aku plan nak lalu route ni la dulu (ikut jalan lama smpi grik) tp dah bawak org tua aku lajak highway masuk penang dulu baru ke grik n kelantam. Balik ikut ganu jalan pantai Tp naik kereta n 3 malam la haha.. aku tak kental mcm ko.. salute

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha mmg best pun route ni,dari kpg lalu tasik,naik gunung,last skali lalu tepi pantai,jom next year plak

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  4. Haha.. moto takde mat n tak kental mcm lu.. aku terinspirasi dari geng gs mana tah yg lalu outermost road covering peninsular msia dulu.. diorg buat skali harung.. aku buat santai2 sambil cuti2 banyak part.. cuma yg pantai barat je aku lum buat lalu jalan paling tepi dr perlis smpi jb.. asyik main highway je.. dari desaru smpi tumpat lajak keatas grik masuk kedah insyaallah dah setel pada pendapat aku..

    ReplyDelete