Saturday 19 May 2018

Ride Taiping Bandar Warisan @ 23/02/2018

Rindu rasa nak 'membebel' kat blog ni tapi masa mencemburui aku gamaknya hehe.. Alhamdulillah hari ni baru dapat menjengah ke blog yang dah bersawang. Ada 3 cerita yang dah terkumpul hahaha.. Ok kita mula dengan yang ni..

Pada 23 Februari 2018 yang lepas, aku berpeluang ride ke Taiping, Perak. Sebenarnya pergi atas urusan kerja yang tak dapat diselesaikan beberapa hari sebelum tu. Ya, pada 18 Februari 2018, kami sekeluarga dah bermalam di Taiping kerana urusan kerja wife di pejabat tanah keesokan harinya, tapi malangnya tak dapat diselesaikan & untuk menjimatkan kos, terpaksalah aku 'repeat' berseorangan kali ni. 

Jam 7.00 pagi, aku bergerak dari Klang & terus menghala ke PLUS Highway. Dengan kelajuan sekitar 110-120 kmh, aku berhenti untuk mengisi minyak & sarapan ringkas di Hentian Sebelah Tg.Malim. Kemudian berhenti pula di Hentian Sebelah Spg.Pulai untuk mengisi minyak & tiba di Pejabat Daerah & Tanah Larut, Matang dan Selama yang terletak di Bandar Taiping sekitar jam 11.00 pagi.

1000hrs @ Hentian Sebelah Simpang Pulai,Perak
Alhamdulillah hampir sejam urusan kerja pun selesai. Kerja dah selesai, apa lagi kita kasi ronda la. Dari pejabat tanah, aku menghala ke stesen minyak Petron yang terletak di tengah bandar. Isi minyak dulu la..

Di hadapan bangunan Majlis Perbandaran Taiping, pondok je ada telefon tadak

Dataran Warisan Taiping yang terletak di hadapan bangunan pejabat tanah

1200hrs @ Petron Taiping,Perak
Pam minyak analog yang masih disimpan di sini
Dari Petron, aku memulakan golekan tayar menghala ke Muzium Perak. Dalam perjalanan ke sana, mula kelihatan banyak bangunan lama di kiri & kanan jalan. Sesuai dengan gelaran Taiping Bandar Warisan, bandar yang telah dibuka pada sekitar tahun 1880-an oleh penjajah Inggeris ini mempunyai tarikan & keunikan binaan bangunan lama yang tersendiri.

Wisma Perwira

Kediaman lama para pegawai yang dijadikan pejabat

Muzium Perak yang terletak bertentangan dengan Penjara Taiping
Bangunan Muzium Perak ini telah dibina pada tahun 1883 & merupakan muzium pertama di Malaysia. Di sini diletakkan bahan koleksi etnologi, sejarah, alam semulajadi, arkeologi & etamobologi yang sebahagiannya dikelasifikasika sebagai koleksi nadir (rare) berusia lebih seratus tahun.

Ianya menjadi 'one stop centre' untuk pengunjung menikmati & memahami warisan & budaya di sini. Terdapat 4 galeri utama di sini;

1. Galeri Alam Semulajadi
2. Galeri Pameran Kebudayaan
3. Galeri Pameran Orang Asli & Tembikar
4. Pameran Luar


Kelihatan bangunan Penjara Taiping di hadapan

Gerabak keretapi yang digunakan pada abad ke-19 untuk menghubungkan Taiping ke Port Weld

Dandang janakuasa mudah alih berenjin stim yang digunakan untuk mengepam air di lombong bijih timah 

Kereta Bedford (hijau) yang digunakan pihak British sebagai propaganda terhadap komunis & berfungsi sebagai ambulans semasa Perang Dunia ke-2

Alat pemadam air yang digunakan pada pertengahan abad ke-19



Kereta jenama Star buatan UK yang menggunakan engkol untuk dihidupkan, 4-speed manual 1,945cc tuu
Oleh kerana hajat hati nak sampai ke rumah sebelum hari gelap, aku sekadar bersiar-siar di ruang pameran luar muzium sahaja. Kalau masuk ke dalam nanti mau 2 jam tak keluar hahaha.. Terima kasih rakan ATM, Bro Azman Ali yang selalu berkongsi kisah kembaranya menjejak sejarah, membuatkan aku juga tertarik untuk mengambil tau serba sedikit hal sejarah, walaupun sebenarnya aku selalu tidur dalam kelas sejarah dulu, rasa otak tak berhubung bila cerita sejarah masa tu hahaha.. 

Selesai meronda di kawasan luar muzium, aku kembali menggolekkan tayar menuju ke Bukit Larut, yang merupakan salah satu tarikan pelancong ke sini.

Penjara Taiping yang dibina pada tahun 1879


Menuju ke Bukit Larut, aku melewati kawasan Taiping War Cemetery (Tugu Peringatan Perang) yang berada di kiri & kanan jalan. Tugu peringatan ini menempatkan para pejuang yang telah terkorban dalam Perang Dunia Ke-2 (1939 - 1945). Terbahagi kepada dua bahagian, di sebelah kanan adalah golongan penganut agama Kristian, manakala di sebelah kiri adalah golongan penganut agama Islam & golongan Gurkha.


Taiping War Cemetery 1939-1945

MRSM Taiping yng terletak di kaki Bukit Larut
Menghampiri kawasan Bukit Larut terdapat simpang tiga, yang mana simpang ke kiri menghala ke MRSM Taiping, manakala ke kanan adalah Bukit Larut.

Memandangkan aku tak plan apa-apa aktiviti di sini, cukup sekadar dapat sampai di kaki bukit ni. Jarak dari kaki bukit ke puncak adalah sekitar 10 km. Untuk naik ke Bukit Larut, atau dikenali juga sebagai Maxwell Hill, terdapat dua cara - berjalan kaki atau menggunakan perkhidmatan Jeep/Land Rover di sini. Kenderaan awam memang tak dibenarkan masuk kerana keadaan jalan yang agak curam & sempit. Bak kata seorang rakan, laju makaih depa bawak naik & turun, memang kecut perut lalu di tepi gaung tapi pemandu Land Rover di sini memang 'well-trained' hehehe..

Dengan ketinggian 1,250 meter dari paras laut, Bukit Larut merupakan antara kawasan lembap di dalam Malaysia yang menerima julat hujan yang tinggi. Suhu di waktu malam boleh mencecah sehingga 10 darjah celcius. Ianya merupakan kawasan persinggahan orang British satu ketika dahulu. Dengan kawasan yang kecil & terhad, memang tiada apa-apa pembangunan dilakukan di sini sepertimana Cameron Highlands & Genting Highlands, tapi memang sesuai untuk menikmati keindahan alam semulajadi. InshaAllah lain kali aku naik atas pulak..

1310hrs @ Bukit Larut (Maxwell Hill)
Pintu masuk utama - kenderaan awam kena parking di luar pagar



Batu 0km yang menjadi buruan sesetengah rakan hihi..
Selesai 'menyiasat' serba sedikit perihal Bukit Larut ni, aku berehat seketika sambil menikmati makan tengahari. Terdapat beberapa gerai makan di luar pintu pagar utama, so jangan risau anda tak mati kelaparan selepas berjalan kaki naik & turun bukit hahaha..

Makan dah sudah, aku bergerak menuju ke Taman Tasik Taiping. Semasa 'sesi lawatan' sebelum ni bersama famili, tak sempat nak ronda di kawasan tasik sebab kami banyak habiskan masa di dalam Zoo Taiping. Salah satu perkara yang membuat aku teruja di sini adalah deretan pokok yang berusia ratusan tahun. Perghh memang mengasyikkan..

Laluan ke pintu masuk utama Zoo Taiping


Plan asal cuma nak lalu je di kawasan tasik ni sambil mengambil gambar, tapi tak boleh 'move-on' dengan deretan pokok di sini hahaha.. Subhanallah memang cantik. Terus cari port parking jap untuk menikmati keindahan ciptaan Allah ni.. 

Sekitar Taman Tasik Taiping

Gazebo yang paling hampir dengan Zoo Taiping, boleh dengar bunyi harimau mengaum dari sini


Berlatarbelakang Bukit Larut





Tasik ini merupakan bekas kawasan lombong yang dibangunkan menjadi kawasan rekreasi awam. Dengan keluasan sekitar 62 hektar, kawasan ini memang sesuai dijadikan tempat untuk beriadah & berehat. 


"The streets are shaded by rows of the angsana trees, which at irregular intervals bursts forth into a riot of blossoms, even more yellow than those of the laburnum. These it rains down in golden snow upon the streets, providing a carpet fit for a Sultan, for yellow is the royal colour in the East.
With its golden snow, the angsana spreads abroad an almost overpowering scent, even more sweet than the smell of the pinang blossom.
Most of the towns in Malaya have planted this Pterocarpus Indicus as shade tree, but in Taiping it has grown to a greater height than elsewhere."

Cuthbert Woodville Harrison, An Illustrated Guide to the Federated Malay States (1911)


Sejam juga aku berada di kawasan tasik ni, hmm memang mengasyikkan. Lebih kurang jam 2.30 petang, aku mula bergerak meninggalkan kawasan tasik, menghala ke kawasan bandar pula.


Kafe & gerai yang berbentuk gerabak keretapi lama

The New Club

Pasar Taiping



Deretan bangunan lama berlatarbelakang Bukit Larut



Masjid India Taiping
Dari kawasan bandar, aku menuju pula ke Tekah Airport yang terletak sekitar 5 km dari Bandar Taiping. Lapangan terbang lama ini terletak di kawasan Assam Kumbang, berdekatan dengan Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia, Taiping. Dibina pada tahun 1929, ianya merupakan lapangan terbang yang tertua di Malaysia.

Lapangan terbang ini digunakan untuk pesawat pegawai British & penerbangan domestik. Ianya juga menjadi sejarah ketika Presiden Indonesia - Sukarno mendarat di sini pada tahun 1945 untuk berbincang kemungkinan penggabungan Malaysia-Indonesia dengan sekiranya Indonesia mencapai kemerdekaan. Malangnya perbincangan itu gagal & Indonesia mencapai kemerdekaan mereka sendiri tanpa penggabungan dengan Malaysia.

Pada tahun 2007, dimana ianya terpilih menjadi pengkalan kepada Global Flying Hospitals (GFH), tetapi malangnya oleh kerana landasan yang pendek, ianya telah ditukar ke Lapangan Terbang Subang. 

1500hrs @ Tekah Airport



Dah 'menyiasat' lebih kurang, aku singgah sebentar di sebuah gerai berdekatan Tekah Airport. Pekena teh ais madu sambil berbual-bual dengan pasangan suami isteri yang berniaga di sini. Menurut mereka, Tekah Airport ini memang sudah lama tidak beroperasi & hanya digunakan sebagai pusat latihan beberapa agensi seperti Pertahanan Awam, Bomba & sebagainya.


Teh ais madu siap ada aiskrim memang mantop!!
Dah berbual lebih kurang, jam 3.30 petang aku meminta diri untuk bergerak pulang. Sempat kot sampai Klang sebelum gelap hehe.. Kalau dilayan Taiping ni memang tak cukup sehari, banyak lagi tempat yang aku tak sempat singgah. Nampak gaya memang kena 'repeat' la haha.. Seronok, memang seronok berada di sini.

Memang Taiping mempersonakan..
Dari Taiping, aku menuju ke Changkat Jering untuk menghala ke PLUS Highway. Sebaik sahaja berada di atas highway, hujan pun turun dengan lebatnya. Hampir sampai ke Terowong Menora barulah hujan berhenti. Kemudian hujan semula di kawasan Tapah hinggalah menghampiri Rawang. Walaupun berbaju hujan, tapi kalau dah lebat sepanjang jalan memang tembus juga, puaslah main hujan hihi.. Terima kasih kepada tayar FDR yang memberi cengkaman terbaik walaupun ketika hujan lebat.

18,000km ketika ni, walau dah 'petak' tapi tak mengecewakan ketika hujan
Lebih kurang jam 7.00 malam, aku dah memasuki KESAS Highway. Singgah sebentar di Hentian Hicom mencari setin nescafe. Sempatlah berbual-bual dengan dengan sorang brader Yamaha R25 yang baru pulang dari kerja. 

1930hrs @ Hentian Hicom,KESAS Highway
Tak lama lepas tu ternampak kelibat sebuah Yamaha FZ150 yang seakan aku kenal corak modifikasinya, geng touring ni. Setelah bertegur sapa, dapatlah berkenalan dengan sorang rakan baru dari group FB ATM (Adventure Touring Malaysia) juga, Fakrurrazi.


Dari Terengganu nak ke rumah abangnya di Jalan Kebun,Shah Alam katanya
Masa memang selalu cemburu dengan aku haha.. Tiba-tiba petir berdentam-dentum, kilat sabung menyabung, apalagi kami pun bergegas meneruskan perjalanan masing-masing. Tak sampai 5 minit di atas motor, hujan turun kali ni dengan sangat lebatnya. Oleh kerana dah hampir sampai Klang, memang malas la nak berhenti pakai baju hujan lagi.

Alhamdulillah jam 8.10 aku selamat tiba di rumah dalam keadaan lencun abis hahaha.. Biarlah basah kuyup pun, tapi perjalanan hari ni akan kekal dalam memori..


-matthafidz-





2 comments: