Tuesday 15 March 2016

Ride Daun Teh @ 31/01/16 Part Two

Ramai juga geng motor yang mengisi minyak di Shell Ringlet. Dalam ramai tu aku tertarik dengan sekumpulan 4-5 buah LC135 plat Selangor yang terdiri dari brader-brader lingkungan umur 50an. Tapi tak sempat nak bertegur sapa, cuma sempat berbual dengan geng Suzuki Belang dari Gombak yang juga hendak pulang. Katanya sehari sebelum itu mereka terserempak dengan sekumpulan rider Y15 dari utara. Memang aku ada terbaca dalam group FB Y15 yang geng utara ni buat ride dari utara ke Cameron Highlands, Fraser Hill & Genting Highlands minggu tu. Hahaha dahsyat fenomena motor nih. Sembang punya sembang, kena alih motor pulak sebab kawasan agak sempit. Aku pun terus minta diri & meneruskan perjalanan, menuju ke destinasi yang tak pernah aku pergi hehe..


First time melalui laluan ini, aku dihidangkan dengan pemandangan kebun-kebun sayur di lereng bukit. Satu pemandangan yang menyegarkan mata & fikiran. Keadaan trafik di sini agak lengang, hanya sesekali berselisih dengan 'pickup' yang membawa barang-barang ataupun pekerja. Mungkin kawasan ni akan sibuk di waktu petang & malam dengan lori-lori mengangkut sayur-sayuran agaknya.





Perjalanan diteruskan lagi. Dari pekan Ringlet, melepasi kawasan kebun sayur, laluan mulai sunyi. Memang sangat lengang & aku pun sekadar bersantai memulas throttle, nak kata laju pun tak, nak kata slow pun tak. Tak lama selepas itu, aku ternampak satu binaan yang terlihat seakan-akan empangan. Owh ya memang betul, ini adalah Empangan Ulu Jelai yang masih dalam pembinaan. Dikhabarkan kawasan empangan ini akan dibangunkan untuk pelancongan bagi membantu ekonomi orang asli di sekitar kawasan ini. Aku pun singgah sekejap untuk melihat sendiri empangan tersebut.



Empangan Ulu Jelai, Cameron Highlands, Pahang

Hebat kuasa Allah menganugerahkan kebijaksaan kepada manusia untuk membina empangan ini. Bermula dari empangan, laluan menjadi sedikit menarik dan mencabar. Jalan rata & selekoh-selekoh yang menanti memang menggiurkan hahaha.. Walau bagaimana pun, aku takdelah layan sangat atas faktor keselamatan. Di sini juga dapat kenalpasti kekurangan Y15 ni - sistem suspensi yang kurang mantap, lebih-lebih lagi bila mengambil selekoh yang agak panjang, rasa nak terbang ke tepi!! Haihh kena upgrade sikit la nampaknya.




Menyusuri Banjaran Titiwangsa di laluan ini terhidang pemandangan yang sangat indah. Subhanallah memang tak dapat digambarkan. Aku terpaksa menghadkan aktiviti 'pengambaran' memandangkan keadaan sekeliling yang terlalu sunyi. Kalau ada teman ni memang penat la dia melayan aku manjang nak ambil gambar haha.. Walau bagaimanapun, sebahagian dari laluan ini agak berbahaya. Jalanraya mulai beralun & berlubang. Ketika ini aku maintain kelajuan 70-80kmh sahaja oleh kerana sistem suspensi yang dah menjadi terlalu lembut & membuai apabila agak lama berfungsi. Lebih kurang jam 2.10 petang, aku selamat sampai di Felda Kg. Koyan. Terus aku menghala ke Petronas..


Felda Sg. Koyan, Pahang

Selesai isi minyak & membeli sebotol 100 Plus, aku pun parking motor di kawasan belakang Petronas untuk berehat seketika & mengerjakan solat. Datang seorang brader menyapa aku. Rupa-rupanya Y15 ni yang menarik perhatian dia. "Nak pergi kedai tengok sendiri tak sempat lagi, ada pula kat sini," Sembang punya sembang, brader ni bekerja sebagai site supervisor di projek Empangan Ulu Jelai. Katanya dah 90% siap & empangan berkenaan dah mula menadah air. Sepanjang projek tu berjalan, dia berulang-alik dari Felda Sg Koyan ke sana dengan motor je, kadangkala tamat kerja jam 2 pagi pun dia redah juga. Alhamdulillah tak pernah berlaku perkara tak diingini & laluan tersebut pun taklah sunyi sangat kerana ramai orang asli yang menggunakan laluan itu pada waktu malam untuk pergi berburu. Tapi ramai juga bikers yang dah terkorban di laluan tu kerana over-shoot melayan corner. So kalau ada yang nak melalui laluan tu hati-hatilah ye..

Lama juga berbual dengan brader tu, aku minta diri untuk bersolat. Selesai solat, sambung semula sesi tayar golek. Cuaca ketika itu memang agak panas. Dari Sg Koyan, aku meneruskan perjalanan menghala ke pekan Raub & Bentong. Lebih kurang jam 3.50 petang, aku tiba di Dataran Raub. Take 5 sekejap & meneruskan perjalanan ke Bentong pula.


Nak terus ke nak ke kanan nih hihi
Dalam cuaca yang agak terik, aku tiba di Petronas Bentong pada jam 4.20 petang. Di Bentong ni terdapat satu tempat makan yang agak glamer di kalangan bikers - Lemang To'ki, konon nak singgah mengeteh tapi memandangkan masa dah singkat, aku lupakan hasrat & teruskan perjalanan sebab target nak sampai semula ke Klang sebelum hari gelap.

Selesai isi minyak, perjalanan di teruskan melalui Highway Karak menghala ke Kuala Lumpur. Agak memberangsangkan Y15 ni apabila boleh maintain gear 5 tanpa sebarang masalah kekurangan tenaga ketika mendaki menuju ke Genting Sempah. Aku kemudiannya berhenti di Hentian Sebelah Gombak. Jam menunjukkan pukul 5 petang dan terpaksa membatalkan hasrat untuk mengeteh sekali lagi oleh kerana cahaya matahari yang menghadap tempat minum. Hahaha jalan je lah.

Last pitstop - Hentian Sebelah Gombak
Ada juga hasrat sebenarnya untuk minum di kawasan KL tapi rasa malas nak melencong dah. Aku pun meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir - Klang. Alhamdulillah lebih kurang jam 6 petang, aku selamat tiba di Bandar Putera, Klang. Kali ni baru betul singgah kedai mengeteh jap hahaha..

Syukur berjaya melaksanakan soloride walaupun tak jauh mana. Dapatlah serba sedikit pengalaman kali ni kan. Kos pun takdelah banyak mana..

Petrol;
1. Klang > R&R Rawang - balance sedia ada dalam tank lebih kurang RM5, tak abis pun
2. Petronas R&R Rawang - RM5
3. Shell Sungkai - RM7 + RM3 (minyak spare)
4. Shell Ringlet - RM5
5. Petronas Sg.Koyan - RM4
6. Petronas Bentong - RM5

Makan/minum:
1. Breakfast @ R&R Rawang - RM6.50
2. Air mineral - RM2
3. Lunch @ Tanah Rata - RM5
4. 100 Plus - RM2
5. Minum petang @ Klang - RM4

Lain-lain:
1. Teh 3 kotak - RM31

TOTAL RM84.50



Tu pun minyak spare tak guna & ada balance lebih kurang RM3 minyak lagi dalam tank. Dengan kos sebegitu untuk perjalanan sejauh 525.2km ni memang berbaloi la rasanya. Terima kasih Yamaha untuk sistem injection pada Y15ZR yang sememangnya menjimatkan bahan api. InshaAllah akan ada ride lagi selepas ini. Tunggu..

#letsride #everyonecanride

No comments:

Post a Comment