Sunday 13 March 2016

Legasi LC 135

Pertengahan tahun 2015, ada timbul kekecohan yang Yamaha akan mengeluarkan model motosikal yang baru, LC juga tapi 150cc katanya. So macam-macam la gambar yang keluar kat internet. Bila tengok spesifikasinya memang agak menarik bagi peminat kapcai macam aku ni. Akhirnya bulan Ogos 2015, terlancarlah motor tersebut. Aku pun tak melepaskan peluang mengintai & membelek motor ni kat kedai..


Fisrt time tengok kat GT Max Sri Muda
Agak menarik LC baru ni, atau nama barunya Y15ZR. Bagi ex-owner LC135, dah tentu boleh kenalpasti perbezaannya. Enjin dengan sistem injection mirip FZ150i, meter digital dengan RPM, ekor ala-ala R6, rim belakang lebih lebar memang membuatkan air liur meleleh tanpa disedari. Haihh tapi harga boleh tahan dekat RM10k juga nih. Takpelah tengok je la dulu..

Bila dah tengok LC baru ni, idea lama muncul kembali. Bukan nak beli motor baru, tapi gian pula nak ride. Asyik pegang stereng je, seat limo tu pun naik nipis dah hahaha.. Tapi takkan nak ride naik RG kot, tak lalu nak melayan minyaknya. Hmm aku pun beritahu hasrat aku yang mulia ni kat tuan penasihat - Joe. Dia pun gelak-gelak sambil jawab "Aku pun gian jugak ni Mat tapi tu la keje banyak kan, tapi kalau ko ON aku pun ON!!"

Hahaha ayat hujung tu yang aku suka dengar. Ok kena susun strategi, 1st kena tukar motor la macam ni. Memandangkan ketika ni wife aku agak sibuk dengan kerjanya & aku pula membantunya sekali-sekala, aku perlukan sebuah motor dengan topbox, senang nak sumbat segala surat & dokumen. Rasa macam nak beli FZ, tank besar senang nak ride nanti hihi.. Tapi macam leceh je nak cilok-cilok dalam KL. Teringin jugak nak beli 125Z tapi nanti susah pulak nak parking takut kena samun. Fikir punya fikir, LC135 jugalah kesudahannya. Apa lagi survey la harga, 2nd hand paling murah untuk LC135 2nd generation (selepas model BLC139 aku tu) pun dalam RM4k, itupun belum tentu ok ke tak. Motor 4-stroke ni kalau dah sakit memang sakitlah poket.

Ok takpe, range harga dah tau. So kena la jual RG Meganathan aku tu untuk topup modal. Nak dijadikan cerita, syukur Allah mudahkan urusan aku. Pagi aku masukkan iklan dalam mudah.my, lebih kurang pukul 12 tengahari ada buyer call. Deal punya deal, pukul 2 petang dia datang, test motor, bayar cash & terus ajak aku pergi JPJ buat tukar nama. Hahaha cuak juga sebenarnya nak jual RG tu, ada buyer ke tak, tapi dah rezeki memang tak ke mana la. Alhamdulillah setakat ni rekod menjual kenderaan sendiri ni agak baiklah;

1. Spirit, EX5, 125Z, SRE, Lagenda - trade in kedai (semua terus tahan motor takut salin barang kecuali SRE, dapat juga buka rim LC ori haha)
2. LC135 - 2 hari iklan, buyer datang dari Sepang & bayar cash
3. Satria kuning - 1 hari iklan, buyer datang dari Terengganu & bayar cash 

Berdiri nak start tu, kuat tak kuat la compression hihi
Haha memang hebat mudah.my nih. Pukul 6 petang selesai segala urusan. Buyer dengan gembira bawa pulang motor, aku dengan gembira dapat duit hehe.. Ada la untung sikit. So masa untuk mencari LC 2nd hand pula..

No comments:

Post a Comment