Tuesday 15 March 2016

Ride Ohh Ride

Rentetan dari soloride aku tempoh hari, ramai yang memberi respon yang macam-macam, tak kira la kawan kampung, kawan sekolah mahupun kawan kerja. Antara soalan bertalu-talu yang aku terima..
"Oit lepas ni ride ajak lah aku"
"Hang gila ka ride sorang-sorang"
"Takde keje ke apa"

Dan berbagai lagi jenis soalan. Hahaha lantak la apa orang nak kata, yang penting aku dapat pengalaman baru. Sebenarnya seronok juga buat soloride nih, kita sendiri kawal masa & keadaan, lebih-lebih lagi untuk orang yang macam aku ni, suka tengok pemandangan, tengok awan, tengok pokok & macam-macam. Cuma ada ketikanya rasa janggal bila takde teman nak bergelak ketawa semasa di jalanraya. Yang penting motor dalam keadaan baik & semangat yang tinggi. Tenaga tu akan datang kemudian hehe..

Kalau diikutkan sejarah ride ni, aku dah mula dari zaman tingkatan 4 lagi, tahun 1996. Tiap kali hari raya, aku akan bersama-sama kawan sekolah akan berhari raya bersama-sama. Masa tu lesen L je & motor abang aku la yang jadi mangsa ketika itu - Suzuki Panther Gamma. Kebiasaannya kami akan spend masa 2-3 hari bersama, beraya dari rumah ke rumah & tempat permulaan adalah Sg Besar oleh kerana majoriti tinggal di sana.

Dari Sg Besar kami akan ke Sabak Bernam, patah semula ke Kuala Selangor, kemudian ke Klang, Shah Alam, KL & destinasi terakhir sudah pastinya rumah aku di Banting. Rumah Joe di Sg Hj Dorani juga adalah antara checkpoint kami untuk bermalam. Masa tu helmet, jacket/sweater & tentu sekali motor adalah pinjaman belaka hahaha.. Pakai je apa yang ada, yang penting dapat berkumpul beramai-ramai.

Tapi dah tinggal kenangan bila masing-masing dah bekerja & berumahtangga. Yelah kena utamakan keperluan kan. Rakan sekolah yang masih aktif adalah Joe yang sememangnya rider dari zaman belajar, Cikgu Omar yang dah selesai pusing Malaya dengan Honda Wave 100 & Opie yang dah selamat ke Siam tahun lepas naik RXZ. Rakan kampung macam Ijal & Pejal takyah cerita la sebab dah jadi darah daging orang Banting kot bab-bab ride ni hahaha.. Semoga kami akan terus memutarkan roda di jalanraya, mencipta kenangan & pengalaman yang tidak mungkin boleh dijual beli, sambil menikmati keindahan alam yang tiada batasnya.

#letsride
#everyonecanride

No comments:

Post a Comment