Monday 14 March 2016

Yamaha Y15ZR aka LC150

Sesudah RG Sports aka motor Meganathan ditalakkan, dengan berbekalkan sedikit modal, penghujung tahun 2015 aku pun mencari-cari LC135 2nd hand. Hmm payah la pulak nak dapat yang 'standard mendet', kalau ada pun harga demand la pulak. Aku pun sesaja melepak dengan Joe sambil berborak pasal motor. Niat hati nak tanya dia ok ke kalau aku beli LC135 baru je terus, dah tentu 'tingting' takde masalah.

"Ala alang-alang nak beli baru, ko ambil Y15 terus la, LC135 dulu pun kita dah pakai apa," kata Joe sambil menyembur racun Roundup ke muka aku. Hahaha balik rumah aku menung memikirkan cadangan Joe tu. Betul jugak kan. Hebat tak hebat la Yamaha ni, sejak Y15 ni dilancarkan, dah jadi macam satu fenomena baru sampai kawan-kawan yang tak pernah aku dengar naik motor sebelum ni, tiba-tiba beli Y15 dan pergi ride hahaha.. Ok lah aku pun tak nak ketinggalan la. Apa lagi terus melawat segala kedai motor yang ada sekitar Shah Alam, Klang & Banting, akhirnya..


Hari pertama selepas keluar kedai, lama tak bawa kapcai berclutch nih hehe
Setelah menunggu lebih kurang sebulan (biasalah model terbaru Yamaha mesti hotcake, kena tunggu lama sikit), akhirnya keluarlah sebijik Y15 pada 04/01/2016. Sebenarnya kedai dah call suruh ambil minggu sebelumnya tapi aku minta register tahun 2016. Yelah tinggal beberapa hari saja lagi kan, rugilah aku hehe.. Terdapat 3 warna ketika itu, Hitam, Merah & Biru (Movistar). Warna hitam nampak macam kurang menyerlah, biru Movistar pulak memang mengancam tapi memandangkan ianya limited edition, aku rasa tak perlulah. Pertama sebab harga agak lebih sikit dari warna lain, keduanya biasalah kalau nama 'limited' ni dah tentu nanti akan jadi buruan penyamun. Motor ni aku nak guna harian, so merah lebih sesuailah, lagipun barulah seragam dengan kereta aku, ditambah pula dengan no.plat yang sama tapi tak serupa hehe..

Kalau dibanding dengan LC135, motor Y15ZR ni tak banyak bezanya (kalau ditunggang sambil memejamkan mata la). Sitting position lebih kurang je cuma tork agak kuat sedikit, mungkin sebab 150cc agaknya. Namun dari segi rupa memang banyak lah perbezaannya. Jika dibandingkan dengan motor yang sekelas dengannya, Suzuki Belang 150cc, aku rasa Yamaha mendahului dari segi design, cuma kalah kat enjin Belang DOHC manakala Y15ZR SOHC. Maka bermulalah perjalanan hidup aku bersama kuda merah ni hehe..




Oleh kerana saiz tayar belakang yang agak lebar (120/70), aku menukar tayar depan standard kilangnya Dunlop 70/90 ke Maxxis 90/80. Barulah rasa lebih stabil, lebih-lebih lagi ketika meredah hujan lebat. Seperkara lagi yang penting, kerana motor ni lebih pada kegunaan harian, aku memasang topbox Givi. Senang nak letak baju hujan & dokumen penting. Topbox tu tak payah pening-pening nak cari kat kedai motor biasa, pergi je terus ke Givi Point di Jalan Ipoh KL, boleh cuci mata pilih mana model yang berkenan & harga memang berpatutan. Pasang pun tak sampai 10 minit dah siap.

Nak ubahsuai lebih-lebih memang bukan akulah orangnya. Pada aku janji motor ni selesa & selamat dah mencukupi. Lagipun model baru yang masih 'under warranty', dengan sistem injection yang baru untuk motor kapcai, tak tau lagi apa masalah yang akan timbul. So kita pakai je la apa yang ada kan. Apapun alhamdulillah syukur rezeki Allah bagi, kebetulan Y15 yang aku beli sama warna dengan Y15 yang mula-mula aku tengok kat kedai dulu. Hehe memang dah jodoh agaknya.

22 comments:

  1. Salam bro,
    Tayar depan msuk 90/80,mudguard kene modi/korek2 ke bro?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam bro 90/80 masuk x kene fender ke , fork ke?? mmg selamat ke?? klu 100 bole x?

      Delete
    2. Tgk brand tyr n jenis sport rim,kalau guna sport rim std kebanyakan tyr 90/80 bole lepas,tp klu guna rim racing boy depan saiz 2.50 kena korek sket mudguard,or biar je dia makan sendiri nanti lama2 ok la hehe..

      Delete
  2. givi box sekali rack berapa rm kena bos?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa beli tu RM280 rack n box siap pasang, kalau rajin survey kadang2 ada kedai biasa bole dapat lg murah dari Givi Point, advantage pergi kt Givi Point semua model box ada, so boleh pilih mana yg sesuai

      Delete
    2. Box givi yg bro pakai tu saiz brape?

      Delete
    3. 32L kalau x silap,skrg dh pakai 43L punya

      Delete
  3. Sekadar tnya kalau sy tukar depan size 80/80 corsa racing ok x?

    ReplyDelete
  4. Dulu pakai RXZ,2 thn lebih main moto,jual,pakai keta,17 thn berlalu x pegang moto,keluar y15zr terus beli,suka tgk design y15zr..😁😂

    ReplyDelete
  5. Y15 ni fenomena ni...macam rd125lc juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul bang,yg x penah naik moto pun beli hahaha

      Delete
  6. Rim std y15 saiz paling kecik belakang boleh masuk ape saiz ye boss?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paling kecik skrg ni 1.6 kot tp bkn utk on road la

      Delete
  7. Terbaik bossku...

    http://paanhealersblog.blogspot.com/?m=0

    ReplyDelete
  8. Rim standard blakang tayar paling kecik sz apa je boleh masuk??

    ReplyDelete
  9. Maaf saya off topic, saya nk modify tayar belakang ex5 saya jadi 80/90 (asal 70/90)... Boleh saya tahu apa parts/components yang perlu saya modify supaya boleh masuk??

    ReplyDelete
  10. maaf tanya kalu y15 depan rim 1.85 pakai tayar sz80/80. rim blkg sz 2.50 pakai sz tayar sz 100/70 ok tak

    ReplyDelete
  11. 90/80 x bergesel ngan mudguard ke bos, sbb sye pon cadang nak tukar tayar 90/80 Y15 V1

    ReplyDelete